HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Celoteh Kakak #1 Masuk angin

Assalamua’laikum. Di suatu ketika. Abah menyibuk kat sinki dapur. Kakak menjenguk isi meja makan. Mama mengelek Adik. Lalu Abah bersuara. “Kakak nak makan biskut ke?”. Pantas Kakak menjawab, “Tak mau…” “Kenapa Kakak tak nak? Sedap biskut ni…” Mama cuba mencari sebab. Telinga comel Abah bergerak-gerak tanda bersedia menunggu jawapan Kakak. Spontan Kakak menjawab.

Dah ke belum…

Assalamua’laikum. Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik seronok layan kartun Gaban, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?” Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik asyik main lastik-lastik, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?” Satu ketika yang lalu, sedang kami adik-beradik tarik-tarik main kad kereta, Abah datang dan bertanya, “Dah ke belum?” Satu […]

Nak kahwin ke tak nak?

Assalamua’laikum. Aku kembali hari ni dengan mood yang lebih ceria. Kenapa? Haa..jangan nak provok, tajuk di atas langsung takde kaitan dengan aku. Aku dah kahwin dan insyaAllah setia pada yang satu. Sekarang ni, dah masuk musim cuti sekolah, asal cuti sekolah, mesti terus pakat ramai-ramai nak kahwin. Ada yang dah bercinta bertahun-tahun, ada yang baru […]

Al-Fatihah

Assalamua’laikum. Al-Fatihah untuk Abah tercinta yang kembali ke rahmatullah pada 17 September 2011. Semoga Abah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Ameen Ya Rabbal A’lamin. Anak-anak Abah sentiasa mendoakan kesejahteraan Abah di sana. hafizmd – mode: berehat sebentar…

Cabaran Blogger | Satu Hari di Hari Raya

“Apih, tolong Nenek boleh tak?” Suara Nenek tak segagah biasa. “Boleh Nek, Nenek nak apa?” Balas aku cepat, tak mahu Nenek tertunggu-tunggu. “Kang petang nanti, Apih tolong ambil pucuk kemangi, Nenek nak makan buat buka puasa nanti…” “Baik Nek, nanti Apih ambil banyak-banyak untuk Nenek ek, boleh Apih makan sekali, cicah belacan….” Beria benar aku […]

Bila nyawa anak-anak di Tadika menjadi taruhan…

Assalamua’laikum. Berita terkini pasal guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki berparang sejak pagi tadi memang benar-benar buat darah aku berderau tak tentu pasal. Mana taknya, kalau aku yang jadi salah sorang ibubapa kat situ…hanya Allah saja tahu apa perasaan kami. Alhamdulillah, jam 3.41 petang tadi, […]

Pesanan buat Kakak…

Assalamua’laikum. 28 tahun lalu, Abah diceritakan kisah pengorbanan Tok Ma melahirkan Abah… Kini, walau waktu getir sudah berlalu, cerita Tok Ma tetap segar dalam ingatan Abah… 3 tahun lalu, Abah juga punya cerita untuk Kakak… Masa dan saat yang berbeza, tapi skrip pengorbanan yang hampir sama… 3 tahun lalu, Mama yang wajahnya sentiasa menguntum senyuman, […]

Kaedah ramal tanah runtuh?

Assalamua’laikum & Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Takziah dan al-Fatihah untuk saudara-saudara (mangsa tragedi tanah runtuh di Sungai Semungkis, Batu 14, Hulu Langat). Al-Fatihah…… Hujan tak henti-henti dalam 3-4 hari lepas rupa-rupanya Allah selitkan peristiwa yang tak kita jangka. Bila dah berlaku, macam-macam soal yang keluar. Paling menarik, bila ada suara yang mula tanya […]