Bila nyawa anak-anak di Tadika menjadi taruhan…
Assalamua’laikum.
Berita terkini pasal guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki berparang sejak pagi tadi memang benar-benar buat darah aku berderau tak tentu pasal.
Mana taknya, kalau aku yang jadi salah sorang ibubapa kat situ…hanya Allah saja tahu apa perasaan kami. Alhamdulillah, jam 3.41 petang tadi, semua guru dan anak murid selamat tapi lelaki berparang belum tentu selamat sebab tembakan polis tepat ke kepalanya!
Ironinya, aku memang cukup risau. Dengan cerita bermusim pasal pengasuh lalai lalu menyebabkan bayi tercekik susu makin banyak di media massa, ditambah lagi perisa pahitnya dengan cerita lelaki mengamuk berparang masuk tadika….Ya Allah…Engkau selamatkanlah anak-anak kami.
Malam tadi, ada lagi berita pasal bayi yang meninggal (tak pasti samada tercekik susu atau tidak), tapi ibunya terkilan sebab lambat dimaklumkan perihal itu oleh pihak pengasuh. Hati ibu mana tak remuk, anak yang dikandung 9 bulan, anak yang ceria di waktu paginya, akhirnya khabar duka diterima sebaik anak bertukar tangan untuk jagaan sementara. Aku agak, pengasuh jenis ni memang sekadar kerja demi duit semata-mata!
Wahai pengasuh anak-anak kami sekalian, kami memohon jasa baik dan timbang rasa anda, belas ihsan anda untuk menjaga anak-anak kami buat sementara waktu. Bukan nasi beriani gam yang kami minta disuapkan untuk anak-anak kami, bukan ayam percik, ayam golek kami harapkan untuk santapan tengahari anak-anak kami….bukan mandian bertaraf lima bintang yang kami minta…
Wahai pengasuh anak-anak kami sekalian, kami hanya memohon untuk menyuap mereka bila mereka lapar dan dahaga, janganlah dibiarkan si kecil leka dengan botol dimulutnya…mereka tak mengerti itu bahaya yang bakal menimpa…
Wahai pengasuh anak-anak kami, jagalah mereka dengan belas ihsan, kasih dan sayang seorang manusia….
® hafizmd – “abah…kakak tak nak pergi sekolah….”. Kalaulah abah boleh bawak kakak ke pejabat…
bEe risau nak hantar Danish start umah siap nnt ke nursery. Sampai skang masih berfikir dah berhenti keje @ hantar aje. Perkara2 mcm tu buat seriau sungguh!!! Tp kalau berhenti keje, hutang sape nak byr pulak…. aduhai…
huhu…betullah bEe…kalau ikut hati, nak jer bwak anak2 ke opis tiap2 hari…tp kang nanti boss kate buat cam rumah sendri pulak…lau tak bagi wofe kerje…tak larat nak bayar sini sana….huhuhu…
Sebab itu saya tak bagi wife kerja, lebih selamat rasanya jaga anak sendiri.
setuju..tu jugak impian utk wife..ameen
Memang menakutkan apabila hal sebegitu terjadi di negara kita. Harap tiada lagi manusia gila yang berbuat begitu lagi.
ameen…harap modal insan manusia makin baik walaupun byk dugaan dan cabaran sekarang ni
dah ok kan sekarang?
dah…yg mengamuk tu dah selamat dah…
TE takla pandai bergurau dengan budak2 ni..tapi bila ada budak2 ni kena dipantau keselamatan mereka, lihat apa yg mereka buat, apa yg mereka ambil dan main,
Betul tu TE, tapi agaknya mereka nak senang…sampai ada yg sanggup bagi ubat batuk supaya anak2 kecil tidur…senang kerja mereka
jenayah dah sampai ke tadika
memang dah tenat sangat ni
kat mana2 pun dah rasa tak selamat
huuu…kalau dah budaya ‘samseng’ makin subur…kita tunggu saje generasi akan datang…
terkejut kawe masa dengar berita nie.. al-maklumlah ramai sedara mara di muar tu.. Nasib baik tak der apa-apa. Hmmm…apa lah perasaan ibubapa tu semua???. Sure panik giler!!!. Kawe pernah rasa yg lebih kurang gak. Nursery tempat anak kawe terbakar. Masa kena call pasal hal tu.. rasa nak pitam!
kawe pun same…terkejut..lama dah tak dgr insiden camni…mmg kalau kawe..mmg panik..nak pitam tu mesti ada punyelah…
mintak jauhlah anak2 kita dr bala bencana lagu ni…wanau’zubillah..
pssst…bro, ade rase trauma lagi tak kes nursery terbakar tu?
mati dah org tu kena tembak polis ehhh…
tak pasal2 mati katak…..isk3
Terkejut dengar berita tebusan. Ramai juga pusat penjagaan gagal berdaftar dengan Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Antara sebab diberikan adalah kerana birokrasi dan banyak sangat peraturan yang perlu dipatuhi. Elok juga dicadangkan pihak majikan membukan pusat jagaan untuk pekerja mereka.
mmg cukup terkejut dan gerun…
maklumlah, setakat ni akupun ‘terpaksa’ hantar anak2 ke nursery…
mmg kalau pengusaha betul2 nak daftar, aku rase takde masalah pun…tp aku rase mereka ni saje carik alasan malas nak daftar…
kalau ikt prosedur, 21 hari dah boleh dapat lesen…
kalau semua majikan dapat sediakan tmpat asuhan, alangkah indahnya 😀
Mengucap panjang sya dgr cerita mcm ni. Itu belum lagi perasaan ibu bapa kanak2 tersebut. Sya harap bila dikurnia zuriat nanti, sya diberi oleh Tuhan kesihatan yg baik utk mjaga anak itu tanpa perlu susahkn org2 lain.
Itulah Mekar, mmg risau bila dgr2 cerita camni. Lebih2 lagi anak2pun dihantar ke nursery….
Moga impian Mekar tu dipermudahkan Allah…ameen
kalau tak kerja mmg ok je mekar, tapi kalau kerja, susah nak realisasikan perkara tu.. pun berharap dpt jaga anak sendiri.. tapi tak leh kerja la pulak..
InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memberi peluang tu nanti…ameen
sedih baca… kalau abah dah rasa cmtu, mama lagi le.. pe yg boleh buat, berharap sangat agar anak2 ok je kat taska.. harap Allah tentukan yg baik2 buat anak2..
insyaAllah…Allah itu Maha Pelindung yg terbaik utk kita…