Nak kahwin ke tak nak?

Assalamua’laikum.

Aku kembali hari ni dengan mood yang lebih ceria. Kenapa? Haa..jangan nak provok, tajuk di atas langsung takde kaitan dengan aku. Aku dah kahwin dan insyaAllah setia pada yang satu. Sekarang ni, dah masuk musim cuti sekolah, asal cuti sekolah, mesti terus pakat ramai-ramai nak kahwin. Ada yang dah bercinta bertahun-tahun, ada yang baru bercinta setengah tahun, malah mungkin ada juga yang langsung tak bercinta lagi dan mungkin ada juga yang tak tahu langsung apa itu cinta…yeahaaa!

Eleh-eleh, senyum pulak. Dalam hati ada tamanlah tu. Haaa…encik-encik yang bergelar suami pun senyum? Ada makna ni…keh keh keh. Baiklah. Apa yang aku nak kongsikan ialah hukum perkahwinan bagi lelaki. Maksudnya, kalau korang masih lagi ragu-ragu untuk hantar rombongan meminang anak dara orang, mungkin panduan ni sikit sebanyak boleh beri hint untuk buat keputusan.

1. Wajib kahwin – Ada 4 perkara yang mewajibkan korang cepat-cepat hantar rombongan iaitu;

  • Duit dah berkepuk dalam bank – bayar mahar (mas kahwin) –> hantaran tak termasuk dalam ini hal walaupun itulah yang paling di’geruni’ oleh semua lelaki-lelaki kacak diluar sana
  • Kuat luar dan dalam – maksudnya mampu tunai nafkah zahir & batin untuk isteri
  • Tiada niat jahat – maksudnya korang takde niat nak buli isteri bila dah nikah nanti
  • Benteng nafsu jahat – maksudnya, kalau korang tak kahwin, nafsu korang akan bertukar menjadi ‘nafsu kuda’ @ terdorong untuk berzina

2. Sunat kahwin – Inilah hukum asal perkahwinan & sunat bagi korang yang mampu tetapi aman dirinya dari melakukan maksiat.

3. Harus kahwin – Bagi korang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tak kahwin serta mampu.

4. Makruh kahwin – Ada 3 perkara menyebabkan korang jadi makruh untuk bernikah iaitu;

  • Bimbang akan menzalimi isteri – mungkin ada sifat panas baran@pengalaman lampau yang berkaitan
  • Lemah fizikal – korang tak mampu tunai hak batin kepada isteri walaupun harta bertimbun
  • Waktu peperangan – dimakruhkan untuk kahwin waktu genting sebegini

5. Haram kahwin – Ada 2 perkara yang jelas lagi nyata iaitu;

  • Jelas dan nyata yang korang tak mampu nak tunai hak-hak isteri zahir & batin
  • Yakin yang kalau korang kahwin, pasti korang akan berlaku zalim@membuli isteri sepanjang tempoh perkahwinan

Maka, nak kahwin ke tak nak? Tenangkan diri dan fikir masak-masak. Yang terbaik lakukan solat sunat Istikharah dalam apa jua keadaan. Moga mendapat barakah dalam perkahwinan yang dibina.

Akhir kalam, bagi yang dah ada isteri, korang nilaikanlah sendiri pengorbanan dan kasih sayang tanpa batasan isteri kita sebelum pasang angan-angan menambah cawangan…yeahaaaa!

ยฎ hafizmd – jap lagi nak lunch luar biasa sikit, meraikan kejayaan malam tadi…hehehe