Pesanan buat Kakak…

Assalamua’laikum.

28 tahun lalu, Abah diceritakan kisah pengorbanan Tok Ma melahirkan Abah…
Kini, walau waktu getir sudah berlalu, cerita Tok Ma tetap segar dalam ingatan Abah…
3 tahun lalu, Abah juga punya cerita untuk Kakak…
Masa dan saat yang berbeza, tapi skrip pengorbanan yang hampir sama…

3 tahun lalu, Mama yang wajahnya sentiasa menguntum senyuman, akhirnya melemparkan bukan sedikit kepayahan…
144000 saat penuh pengertian, Mama lalui penuh tabah demi sebuah kecintaan…

Kini, kecintaan Mama terus mekar mewangi semerbak kasturi…
Kakak yang disayangi membesar riang dalam rahmat Ilahi…

Kakak, ingatlah pesan abah yang satu ini…
Walau di mana Kakak berdiri, ingatlah jerit-perit mama selama ini…
Walau di mana Kakak berlari, renunglah wajah kami ini…
Walau di mana Kakak bersendiri, kami tetap di hati…
Walau di mana Kakak nanti, kami tiada galang ganti…

Biar apa yang menanti,
Kakak semat kukuh dalam hati,
Redha Rabbi pada redha Walidi,
Murka Rabbi pada murka Walidi…

hafizmd – SELAMAT HARI LAHIR buat Kakak, abah doakan Kakak menjadi hamba yang solehah sehebat Fatimah Az-Zahra…ameen

43 comments

  1. happy birthday kakak..

    harapan besar seluruh warga ibubapa, mendoakan kakak agar menjadi permata dunia dan akhirat, iaitu wanita solehah!

    ameeennn

  2. nasib baik dah habis puisi ni, lau tak, mau berjujuran air mata mama…huhu..dh bergenang dh ni..hehe.. kakak annur, moga nasihat abah tersayang ni dapat kakak pegang sampai bila2.. harapnya kakak mjadi anak solehah yg berguna utk agama, bangsa dan negara.. moga kakak berjaya dunia akhirat..ameen..

    wpun seribu satu jenis kepayahan yg mama lalui, tidak dihiraukan demi satu nyawa anugerah dari Allah.. rasanya semua ibu de perasaan yg sama kan…

    selamat hari lahir ke3 buat puteri kesayangan mama dan abah, annur syazwani.. moga bahagia hidupmu dunia akhirat..ameen..

    1. 😀

      sebab tu jugak si penulis terpaksa pendekkan puisi…sbb dia juga teringat pengorbanan mama masa melahirkan kakak dan adik…

      ameen…moga kakak ngn adik jadi yg tebaik utk agama, bangsa dan negara…ameen

  3. Hebat sajak ini..

    chip nak balas skit

    Setinggi langit pengorbanan bapa
    Tinggi jua harapan ibu pada anaknya
    jgn la disuatu hari terlupa jasa
    Kelak badan akan binasa

    segunung kasih seorang ibu,
    seluas lautan sayang bapa,
    sepatah jangan melawan ibu,
    hormat bapa tiada alasannya.

    kasih dijunjung……………..

    ” Dah la chip.. nak bersajak post kat blog sendiri”

    Hehehehehe.. Selamat hari lahir buat kakak tersayang….
    (eerr…cikgu tehr..ok x?)

    1. wahhhhh…best sajak ni…best2…pndai chip berpuisi yer 😀

      ameen…kang nanti bila dah pndai baca, nak mintak kakak baca balik puisi chip ni…

      terima kasih atas ucapan

    1. sikit2 bolehlah bro…hehe

      hubungan tu ek? hehe…si blogger fiezaradzi tu adalah isteri kesayanganku merangkap mama kpd kakak dalam puisi ni.. 😀

  4. bestnya dapat Abah yg buat sajak begini..
    Happy Birthday kakak.. semoga kakak menjadi anak yg solehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *