Pra Piala Dunia:Keputusan terkini Malaysia vs Taiwan

Keputusan terkini/penuh perlawanan Malaysia vs Taiwan bagi pusingan kelayakan Pra-Piala Dunia.

Malaysia 2 vs Taiwan 1

Entri penuh sila….

Assalamua’laikum.

Ada yang turun ke Bukit Jalil ke malam ni? Aku pasti akan turun juga, tapi hanya turun dari tingkat atas ke ruang tamu untuk menonton siaran langsung perlawanan Malaysia vs Taiwan.

Aku agak, kalau Malaysia dapat kekalkan momentum dan disiplin permainan yang tinggi, 2 gol insyaAllah dalam tangan malam ni sebagai bekalan ke perlawanan timbal balik nanti.

Dah lama tak tengok kelibat penyerang ‘bayangan’ Super Mokh iaitu Safee Sali. Harap ada impak besar yang beliau lakukan malam ni.

Ayuh semua rakyat Malaysia! Inilah saatnya untuk kita buktikan yang kita benar-benar punya semangat patriotik! Jangan kita hanya teruja bila pasukan EPL nak datang jer@baring atas jalan berpekik terlolong hohohohhh~

Paling tidak, ucapkan SELAMAT BERJUANG untuk mereka.

® hafizmd – teruja sokmo dengan bola sepak! sampai  si dia cakap, “eh…hari-hari tengok bola…”…keh keh keh