Apa maknanya PR blog terkini…

Assalamua’laikum.

Terima kasih pada Sabahan Blogger Club (SBC) yang maklumkan pasal PR update bulan Jun. Bagi mereka yang pentingkan Page Rank blog, inilah saat yang ditunggu. Betul tak? Tapi bagi manusia blogger macam aku, PR yang baru saja diupdate buat aku termenung juga sekejap.

Mana taknya, untuk blog ni yang asalnya berPR 2, kini dah jadi PR1. Tapi bila fikir balik asal tujuan blog peribadi ni dibina, dibelai dan dibaja…hilang terus rasa kecewa. Lainlah kalau blog niche…kalau turun mesti lebih terkesan kecewanya.

Apa maknanya bila Google kemaskini PR pada anda semua?

Bagi aku, aku pecah ikut kategori;

Blog peribadi: Taklah rasa ralat sangat, sebabnya memang aku tak kisah pasal PR untuk blog peribadi. Kalau dapat tu, kira bonus tambahan, kalau tak dapat, tak kisahlah. Itu aku, anda bagaimana?

Blog niche: Memang aku ralat sangat, sebab ada yang dah berPR 2, sekarang dahpun balik jadi kosong, sifar, yellek. Salah sape? Mestilah salah aku sebab tak belai, tak baja blog niche. Padahal blog itulah yang sempat berikan aku rasa manisnya dapat duit USD walau seringgit dua. Itu aku, anda bagaimana?

Jadi apa maknya PR blog terkini pada aku? Maknanya;

  1. Aku kena mula fokus balik kat blog niche yang dah kurang kasih sayang tu, itupun kalau aku masih lagi berminat nak dapat seketul dua USD.
  2. Kalau tak dapat naik juga, jangan risau…rasanya masih ada lagi jalan lain buat duit (blog niche).
  3. Aku kena konsisten dalam aktiviti blog-memblog ni. Aku tetap akan terus berblog walau blog hafizmohd.com ni berPR -7! hohohoho~
  4. Aku kena lebih serius untuk belajar bab-bab SEO, bukan untuk naikkan PR, tapi untuk letak entri-entri aku kat muka pertama google! whooooa~
  5. Maknanya, aku kena baca lebih banyak tips macam yang SBC tulis kat sini –> Kenapa PR masih 0 atau jatuh

Akhirnya, tahniah pada semua sahabat blogger yang blog mereka dinaikkan pangkat, mahupun diturunkan pangkat. Ingat satu benda jer, niat asal kita berblogging!

® hafizmd – Antara kedudukan terkini PR sahabat blogger yang sempat aku intai malam tadi…hehee 😀

Dnobiz PR1 | Suri PR3 | Maza PR2 | Mekar PR2 | Kak Nora PR2 | bEe PR1 | Akubiomed PR2 | Tehr PR2 | SBC PR2 | Benjy PR1 | TE PR2 | Fieza PR2