Kahwin. Bantahan & Tak Pasti. Apa Nak Buat?

cara pikat hati suami

Assalamua’laikum.

Dah kahwin? Bagus. Memang kacak dan cun. Belum kahwin? Tak mengapa. Korang kurang kacak sikit jer berbanding kami yang dah kahwin dan merasai nikmatnya sebuah perkahwinan. Senyum pulak. Dah-dah. Ok. Korang mungkin belum sampai seru kata orang tua-tua. Apa? Calon pun belum ada? Dah cari? Belum? Kena usaha sikit dik. Zaman sekarang, jangan main-main. Macam-macam cerita kita baca. Salah cari teman, teman bawa lari ikut pintu belakang. Dah tak kacak dah.

Aku dapat lagi 2 email yang mintak pendapat pasal nak kahwin ni. Sorang ni tak pasti, dan sorang lagi keluarga pulak membantah (alasan:ada penyakit yang sama dengan keluarga lelaki). Dalam entri-entri kahwin yang dulu, ada yang dah beri pendapat. Aku kumpulkan sekali kat entri ni, moga sesiape sajer yang perlukan pendapat tambahan, bolehlah merujuk entri ini. Jadi, kalau nak kahwin, apa nak buat? Apa baiknya kahwin awal@muda dan bagaimana kalau keluarga membantah?

Baik buruk kahwin muda. Antara pandangan yang diterima;

1. Kak Jie: Kahwin muda, dapat anak awal2..bila usia persaraan, tanggungjawap untuk persekolahan anak-anak pun berakhir. Rasanya kebaikan lebih banyak dari keburukan… jadi fikir-fikirlah.

2. Azizan: Pendapat aku,klu pompuan kawen lewat usia nk melahirkn ank pon cm ssh kn..hehe..umo da tua br nk dpt anak…yg laki plk baik kawen umo lewat 20-an..br ad tanggungjwab skit.

3. Mivida: Banyak kebaikan dari keburukan yang ada bila kawin muda..sekurang2nya mampu menjaga kesucian dalam perhubungan seperti yang telah disyariatkan islam.

4. Amir: Bila kahwin awal biasanya lelaki tak puas hidup sbg org bujang sbb masa zaman bujang kurang tanggungjawab sket thdp keluarga. bila dah ada isteri n anak2, byk kena fikir.

5. Farahdina: Saya kahwin muda, juga, 19 tahun, sekarang dah jadi ibu dan masih belajar.

6. Adele: Mentaliti ibubapa skrg kebanyakannya nakkan anak habis blaja dulu..kunci kpd pernikahan dgn habis blaja dlu..huhu. tapi kalo student dgn student nak kawin, lbih baiklah bertahan smpai hbis blaja sbb isu kewangan mungkin jd pnyebab menggugat rumahtangga melainkan mereka adalah dari keluarga yg berada.

7. Shu: Untuk student yg ingin berkahwin tidak perlu boros. cukup sekadar buat yang termampu dan wajib. Mudah2han dengan perkahwinan serta niat suci kita akan mendapat keberkatan dariNya.

8. Sakini: Seorang pelajar ipta yg akan bkahwin. Saya rasa ada kebaikan dan keburukan dan ia mengikut keadaan individu tu sendiri. Macam2 gak org ckp…yela blaja tak habis lg, takleh nak balas jasa mak ayah lg…tp itula family saya & tunang pon takde halangan. Mereka merestui lg ada. Tak kesahla apa org nk kata yg pasti byk2 bdoa & hanya ALLAH yg lebih mengetahui apa yg terbaek utk hamba-Nya.

Niat kahwin dibantah keluarga? Baca yang ni pula.

1. Azman: Mungkin Ibu-bapa lelaki tu nak merasa dulu hasil(gaji)lelaki tu.Ibu bapa lelaki tu rasakan anak lelaki dia belum cukup matang untuk berkahwin. Untuk berkahwin kena prepare everything,kalau minda dah ready tapi soal kewangan belum tak boleh juga.Penceraian byk berlaku akibat masalah ekonomi sesebuah rumah tangga.

2. Adam Faiz: Adik aku dulu pun nak kahwin di tahun pertama pengajian universiti.. tapi sebagai yang tua kitorang tak galakkan. Adik aku akhirnya ikut nasihat dan sekarang sudahpun berkahwin dengan bahagianya.

3. Suri: Ada juga kawin tapi dalam masa sama kena cari kerja part time, tapi wajib kawin klu dah dua2 berkeinginan ke arah tu dari buat perkara yang dilarang agama. Cari jalan penyelesaian, di selesaikan sebaik blh. Perkara ni tak blh buat main2 sbb skrg byk kes ‘tak tahan’ last2 belajar kemana ..malu di tanggung keluarga.

4. Titan: Kahwin jela. Dah ada anak nanti, barulah terasa. Masa tu, kena survive la.benda baik. Teruskan je.

5. Akubiomed: Di kolej dahulu saya menolak tepi cinta dengan mengikut nasihat orang tua. Ada sebab orang tua melarang bercinta ketika belajar.

6. Nizam: Bersabar je lah, jangan ikutkan sangat kehendak hati. Tamatkan pelajaran dulu dan cari pekerjaan yang sesuai. Memang ada yang kahwin masa belajar dan ok. Tapi ramai ke macam tu? Mampukah kita? Kalau mampu, ok teruskan la.kalau tak, hold dulu.

7. Cik Sembang: Dulu saya tak faham kenapa ibubapa menghalang anak lelaki supaya lewat sedikit berkahwin tapi bila saya ada 3org anak lelaki saya boleh merasakan saya perlu bergantung dengan anak2 lelaki saya. Maksudnya bukan bergantung dari segi duit tetapi bergantung perkara lain.Maklumlah lelaki ni kan pemimpin.

8. Shraqs: Mungkin boleh berbincang dengan keluarga untuk bertunang sahaja dulu, habis belajar, dapat kerja kawinlah.

9. Benjy: Cuba cari masa sesuai berjumpa dengan ibubapa wanita tu agar dapat tahu apa sebabnya.

10. Norasikin: Anak saudara saya kahwin sebaik sahaja lepas SPM. Sehingga kini dah dua kali jatuh talak. Bila fikir kahwin selalu orang fikir yang indah2 je tanpa memikirkan tanggungjawab yang harus dipikul setelah berumahtangga. Pengalaman bekerja pun belum rasa, dah nak rasa pengalaman berumahtangga. Sebaiknya tambahkan ilmu meniti kehidupan berdikari yang kini semakin sukar. Pastikan semua keperluan asas ada dan pendapatan stabil baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, untuk mengelakkan zina, memang wajib kahwin tetapi pastikan anda tahu kehidupan baru yang bakal anda tempuh dan bersedia menghadapinya

Kesimpulan: Setiap masalah, insyaAllah ada jalan selesainya. Jangan ambil jalan mudah dengan lari dari masalah (lari dari rumahpun bukan jalannya). Itu bukan jawapan yang mutlak. Berbincang, dan jangan lupa berdoa.

Ingat satu benda ni jer “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa kita, murka Allah juga terletak pada murka ibubapa kita”. 

Korang nak kasi lagi panjang entri ni? Sila-sila. Nanti, aku update kat atas. Jadi manual cinta terus…hehehe

@hafizmd – harap, dapat beri sedikit idea untuk mereka-mereka yang sedang pening bab-bab sebuah perkahwinan =)