Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
Assalamua’laikum.
Belanja kahwin. 2 suku kata jer, tapi boleh menyebabkan mana-mana lelaki kacak mahupun tak berapa kacak mengalami sindrom tak boleh tidur. Makin dekat hari nak majlis, muka pengantin makin suram dan kadang-kadang bertukar seram. Mana taknya, macam-macam belanja yang si lelaki/wanita tadi fikir. Dari hantaran kahwin yang cecah 12 dulang, hinggalah duit minyak kereta dan juga tol rasmi dan tol tak rasmi. Mau pitam korangkan? Sudahlah majlis bertunang boleh tahan, inikan pulak majlis kahwin.
Maka, aku hairan. Kenapa perlu membazir untuk kahwin? bini muda
Membazir? Serius. Soalan aku bukan provokasi tapi realiti. Hari ni, kalau korang ada RM12K, jangan mimpi lebih-lebih lagi untuk kahwin. Ok. Aku ambil contoh komen Puan Norasikin ni dalam entri: Kahwin-Kemampuan atau Kempunan;
“Kalau termasuk pelamin, mak andam, baju pengantin, bilik pengantin, dulang2 hantaran, maunya lebih 20,000. Anak dah sekolah, hutang tak abis bayo” – Puan Norasikin (Guru Masakan)
RM20,000. Murah atau mahal? Bagi aku, ia masih dalam kategori membebankan. Itu belum lagi masuk kos jurugambar. Lagi satu benda yang menghairankan aku. Kalau takde jurugambar, tak boleh kahwin ke? Bolehkan? Sebab tu aku cakap soalan aku tu realiti bukan provokasi. Sebabnya, apa saja perbuatan samada pengurusan mahupun pekerjaan yang merugikan, ianya adalah pembaziran.
Maka, bagi aku, apa saja belanja yang melampau-lampau untuk urusan sebuah perkahwinan adalah PEMBAZIRAN melainkan kalau tak beli@buat, tak sah rukun nikahnya. Bagi aku juga, sebuah perkahwinan bukan sebuah medan pertunjukan kemewahan (ataupun medan nak tunjuk bini kat atas pelamin) dan prestij. Pendapat aku ni turut disokong oleh komen ini;
“Aku nak nasihatkan. Lelaki – berjimat dan simpan duit. Perempuan – jangan menyusahkan bakal suami sendiri. Mertua – jangan membebankan bakal menantu dan anak sendiri. Semua – jangan nak berlagak kenduri kawin, lebih baik simpan duit untuk anak dan cucu. Permudahkan urusan kawin” – Encik Tehramuan (Cikgu & Blogger )
Tapi, akan ada juga antara kita yang bernada lain. Ada yang fikir, duit dia, suka hatilah nak buat apa. Nak beli apa. Penat kumpul bertahun-tahun untuk sebuah majlis bertaraf 4-5 bintang. Tak aku nafikan, ada yang berfikir, kahwin hanya sekali. Alang-alang kahwin, biar puas hati. Betul ke pemikiran sebegini?
Aku tak berani nak kata betul, tapi aku berani kata Islam itu mementingkan kesederhanaan. Aku tinggalkan korang, wahai lelaki-lelaki kacak dan wanita-wanita anggun dengan soalan-soalan ini untuk sebuah entri: Belanja kahwin. Kenapa sampai membazir?
1. Apakah dengan membeli/menyewa baju pengantin sampai 5 pasang (dari tema Melayu, Jawa, Arab, India, Cina) itu lambang kesederhanaan?
2. Apakah dengan mengupah jurugambar profesional untuk sesi bertunang, akad nikah, sesi outdoor, dalam bilik atas pokok itu lambang kesederhanaan?
3. Apakah dengan majlis bersanding di atas pelamin yang kosnya beribu itu juga lambang kesederhanaan?
4. Apakah dengan adanya DJ yang ghairah memasang lagu tanpa henti itu juga lambang kesederhanaan?
Repekan ni sekadar pendapat peribadi dan mungkin ada yang tak puas hati. Kalau ada, silakan. Aku tau, ramai lagi yang belum kahwin dan berkira-kira bila tarikhnya. Aku tahu korang mungkin pening nak puaskan hati semua orang. Jangan pening-pening. Baca dulu Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 26 ni;
“Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau”
Oh! Ini mungkin salah satu sebab kenapa ramai lagi lelaki kacak lambat kahwin. Korang acu cuba try test entri ni: Lelaki vs wanita – Siapa kahwin awal?
@hafizmd – Ada lelaki kacak mana entah cakap, kalau kita tak punya mimpi, bagaimana mahu membina jalan realiti?
Harap bila sudah sampai masanya anak-anak kita berkahwin nanti, kita cuba berdederhana dalam membuat majlis.
InsyaAllah..harapnya camtulah…ameen
Masalah orang kita terikut-ikut dengan orang lain sebab itu bajet ketika hendak melangsung perkahwinan.
Ikut-ikut yg jadi pening tu…lagipun, kat tv selalu sangat provok kenduri yg grand2…maunye tak terliur…
Ada juga hantaran si gadis tidak tinggi ttp mas kahwin tinggi & membazir kepada perkara-perkara lain seperti tempahan baju kahwin mahal, pelaminan indah, ‘unfair’ door gift to certain guest (hanya org tertentu saja dapat souvenier, etc….
Ada juga diantara si bapa/wali gadis berbicara ‘apalah bleh buat dengan duit sebanyak $$$’ walhal sibapa/wali adalah dari golongan kuat agama. Tetapi apabila nak dapat menantu perempuan, sia ibu siap cakap “Takde diskaun ker”, “Mas kahwin jgn laa mahal, lagi pun niat nak kawin.”…”Gelang? ….blinggggg. terbeliak mata”. tetapi bila naka sendiri kawin mintak mas kahwin tinggi pada pihak lelaki, tak pikir plak. Alasan hantaran tak tinggi tp mas kawin tinggi tak apa……
macam-macam manusia ada sekarang….
walaupun hantaran tidak tinggi tetapi mas kahwin tinggi ditambah lagi emas perhiasan seperti rantai leher, cincin, gelang etc…..ditakuti menimbulkan rasa riak dihati kalangan pihak perempuan ditambah pula cakap belakang tidak enak didengar dari orang sekeliling yang boleh menambahkan fitnah & dosa. perempuan biasalah nak show barang kemas pada kawan-kawan. si ibu gadis pula dgn megah berbicara harga emas perhiasan kepada org lain & mungkin menantu perempuan lain kecil hati kerana perbuatan si ibu walaupun si ibu tidak bermaksud berbuat demikian(mungkin mas kahwin menantu yang lain tidak semahal dengan anak gadisnya) ,….padahal si ibu gadis itu org yang kuat agama
YA! mungkin ada pihak lelaki mampu menyediakan hantaran mahal tetapi pihak perempuan hendaklah bersederhana. keluarga perempuan pula, jgnlah mengiyakan kehendak si gadis walaupun pihak lelaki mampu.
pihak keluarga perempuan perlu juga ambil kira perasaan menantu-menantu perempuan lain yang tidak mendapat mas kahwin tinggi(mungkin disebabkan hendak menjaga hati mertua tidak mahu letak mas kahwin tinggi @ wali suruh ikut mas kahwin semasa negeri @ ikut kemampuan pihak lelaki) .
tetapi hari ini, kebanyakkan ibu bapa gadis tidak memikirkan semua itu, janji si anak gadis sendiri dapat apa yg diimpikan tanpa ambil kira perkara lain walhal ibu bapa gadis berasal dr golongan beragama.
Andai ibubapa dan pengantin faham maksud sederhana, insyaAllah semuanya akan lebih mudah dan ringkas.
Terima ksih utk pandangan saudara.
satu sebab kenapa org suka belanja lebih2… takut masyarakat sekeliling banding2kan majlis anaknya dgn majlis anak org lain..
apa pun, itu mulut org, walau grand mana sekali pun, lau de tak puas hati, akan ade jugak buah mulut org ni..
yg ptg, kita tahu mana yg utama, dan bersederhana.. kdg2 belah pompuan rasa nak buat lebih2 ni, atau pun anak sulung, atau pun yg terkenal gitu.. tapi semua tu sementara, sehari je pun.. lebih baik fikirkan yg lepas majlis tu..
Macam yg titan cakap, mulut org sampai bila2 pun takleh nak tutup…biarkan jerlah…
Betul tu, takkan kita nak perabis semua duit titik peluh kita bertahun dalam masa sehari jer?
Dah jadi lumrah. Kita suka membuat perbandingan dan spekulasi apa orang kata… memang takkan habis la jawabnya. 🙂
@Shraqs,bila silap membuat perbandingan…kita jugak yg tak tenang nanti… =)
alamak! baru aje maza berangan2 nak jalenkan sebuah perniagaan fotogarfi tangkap2 gambo guling2 yg itew..
skrg ini rasanya kena pilih benda lain lah.. ahaks..lalallaa
heheheheh…
psst: bagi maza kalau mampu silalah, ikut taraf masing2.. tak mampu, jgn membazir.. ukur baju ikut badan sendiri, bukan periuk belangan kat dapur kenduri kendara org kawen sana.. ahaks… hehehehe
hehe…bisa saje bang maza…tp jgnlah caj mahal2 sangat 😀
bagi caj super ekonomilah…baru ngam…hhihi
p/s-ikut periuk org tu yg jadi pening tu…heh…setuju ngn bang maza…ikutlah kemampuan diri dan lebih elok kita ikut acuan agama kita…insyaAllah, lebih besar barakahnya…betul tak bang maza?ahakss
saya setuju dengan maza, ikut kemampuan, kalau dah memang ada duit berjuta, apalah salahnya kan 🙂
Kalau ada duit berjuta, mungkin lain cerita (walaupun saye masih lagi rase mereka akan tergolong dalam mereka yg membazir…maaf).
Ikut kemampuan, lagi cantik…ikut apa yg disarankan oleh agama kita 😀
Kebanyakan mereka buat ini atas alasan ianya sekali seumur hidup…tak nak sedara-maranya mengata-mengata….macam2 hal…
Ikut mulut org lain tu yg payah tu…
hahhaa aku pun taktahu lah berapa belanja akan datang ni, huuuu
belanja tu, aku rasa bergantung siapa bakal wife ko tu padin…takpun ko beli siap2 dari sekarang…ok tak?hehe
sampai kiamat, kita takkan mampu tutup mulut orang lain. haha..
pasal nak tutup mulut, aku setuju tu bro…mulut org payah nak tutup…boo layan jerlah…hehehe
kdg2 aku pon takut..bujang smpi tua la..huhu
jgn takut JO. Kalau niat tu kuat, insyaAllah pasti kita akan berusaha lebih dari biasa. yeahhhh!
ade ‘yeaaahh’ tu yg semngt skit..hehe
@JO,hehe…dah datang dah semangat tu ek…bagus2…hohoho
masing2 nak tunjuk sapa punya majlis lg hebat…klu berkemampuan tak menjadi kesalahan…tp jgnlah sampai berhutang & bergolok bergadai..lepas kahwin pun nak pakai duit jugak..
mgkn juga krna kos belanja yg terlalu mahal menyebabkan ramai yg masih bujang…
Belanja lepas kahwin, ramai yg hampir terlupa.
Kos yg tinggi. Rasanya ada benar tu CD.
beserdahana tu lebih baik..
Setuju. Sederhana mmg jalan yg terbaik.
buatlah kenduri ikut kemampuan sahaja. berlebihan sampai berhutang-piutang bukanlah satu tuntutan.
Itu yg terbaik. Melampau-lampau sampai membazir. Pening nanti fikir pasal hutang.
erm….boleh kata semua point dalam ni pun aku setuju…adat MELAYU kita yg sebenarnya menampakkan kahwin tu payah. kalau ikut jln yg lurus, mudah je.mcm yg selalu ustaz azhar kabo dalam video dia…
bagi aku, ramai lelaki xnak wat megah2 sngt pun. mungkin kita boleh bincang ngan bakal isteri sampai dia setuju utk buat biasa2 je. tp bila dah masuk mak ayah dlm perbincangan, tu yg jadi pyh kot…kalau lah PAK CIK MAK CIK boleh baca entri mcm ni kan senang 🙂
Kita mmg suka memayahkan benda yg senang. Ikut adat segala bagai sampai melampau-lampau.
Mungkin jugaklah, sbb nak jaga hati semua pihak, kadang2 ada si lelaki yg simpan perasaan sorang2 jer…
hehe…aku rase mungkin ada, tapi pakcik makcik tak nak kasi komen..hehe
Benjy serius ni …. Benjy kahwin betul2 tradisi kampung dulu2 punya belanjannya tak sampai RM 5,000 semua ahli keuarga gembira … hehehe
Terbaiklah bang benjy!
Payah dah nak cari camtu sekarang ni bang benjy. Semuanya nak buat kat dewan, siap ada pelamin bagai.
Bang benjy mmg terbaik!
Nak kata terbaik tak adalah tetapi …. kalau bernasib baik mungkin juga 😀
@benjy,hehe…bertuah…lebih tepat utk bang benjy…. =)
Dulu aku kahwin, keluarga aku pegi merisik dan meminang sekaligus, lepas tu nikah dan buat kenduri untuk saudara-mara dan jiran dekat.. tiada majlis bersanding.. belanja sekitar RM600.. bukan tak mampu nak adakan majlis, tapi aku tak nak menyusahkan orang buat kerja sebab aku.. alhamdulillah, lepas kahwin aku dapat beli semua kelengkapan rumah sendiri dengan duit simpanan yang ada.. bayangkan kalau aku guna duit tu untuk belanja majlis kahwin, lepas kahwin confirm terpaksa pinjam duit mak bapak, tak pun masih tumpang tinggal dengan diorang..
Senang dan cukup mudah yer bro. Mmg satu contoh yg terbaik.
Sekarang, RM600, kad jemputan pun mungkin tak lepas lagi tu…huhuhu..
1 lagi contoh kene ikut, iaitu fikir perbelanjaan lepas kahwin. Serius, macam2 nak beli. Kalau takde duit dah perabis utk kenduri, mmg sakitlah jawabnye lepas tu…
betul bro.. kadang orang lupa perbelanjaan selepas kahwin, sebab tu ada yang habiskan semua duit simpanan untuk majlis kahwin..
Kira broo Kulanz lagi jimat OOOoo 😀
@benjy,ini mmg sgt2 murah….terbaiklah!
@kulanz,mmg naya kalau camtuh…lepas kahwin, macam2 benda nak beli…
ramai yang berlebih2 dalam soal kos kawen ni. elok ikut sekadar keperluan melainkan betul2 berkemampuan nak buat lebih lagi asalkan bukan berhutang dan cukup untuk kegunaan hari seterusnya.
kadang2 pengantin biasa2 je tapi mak ayah yang lebih2 nak buat majlis grand, tak nak kalah dengan jiran atau saudara-mara yang lain katanya
@amirez,point penting ialah jgn berhutang…biarlah sakit sikit menabung…biar sederhana dari seksa di hari kemudian nak bayar hutang…
pasal lebih2 tu…payah sikit…entahlah…tak nak kalah ngn jiran yg tak leh tahan tu…hohohoho
Dulu masa aku kawen aku rasa mmg sederhana jerr…tak nak tunjuk2…errkk tp yg sebenonya mmg aku bajet ciput time tu…hehehe
x kisah la bajet ciput..yg penting..semuanya da lepas…pastu xde pening2 kepala da kan 😀
@chii,setuju ngn chii…kalau semuanya dah habis…lepas kahwin nanti akan bertambah pening…
ciput pun ciputlah…janji hati senang…betul tak yas?
tu kalau jenis yg ingt nak bayar..kalo yg dok pinjam kt sedara mara..adik beradik..pastu wat bodo je..mmg leh gado kan
@chii,itu mmg boleh gadoh panjang punya….sebab tu kalau boleh, jgn pinjam…mmg sakit nanti…
@yas, tak kisahlah bro…janji hati kita tak susah….akupun cam ko gak…semuanya simple
Ramai yg tak sedar dan tak dapat fikir dengan betul bila ditimpa seronok nak kahwin
Bukankah wang hangus berpuluh ribu dalam sehari dua tu lebih elok dilabur ke tempat lain
Simpan ke, beli rumah ke
Nak hidup bersama lagi lama tu
Mereka rasa mereka dah labur tempat yg betul dan tepat.
Itu yg kita pakat nak beri nasihat ni, ingat jugak hari lepas kahwin tu. Lagi banyak nak guna nanti.
Terbaiklah Cikgu!
dalam kepala..chii nak ikut cara ustazah skolah menengah,,cukup sekadar kenduri doa selamat. dan yg membuatkan ia lain sikit. pengantin baru pakai baju pengantin..
apa pun..ikut kemampuan. jangan nnt disebabkan nak buat majlis yg gah..sampai da beranak 3..hutang utk jelaskan duit persandingan x abih di bayar lg. ukur baju di badan sndiri sudah la kan 🙂
Alhamdulillah. Bagusnye chii. Bertuahlah bakal suami chii =)
Mmg ramai yg pinjam utk kahwin, termasuk pinjam dari majikan ukt kahwin. Bukan sedikit, mau cecah 10k jugak…fuuuuuh!
tau xpe…tp kalau fikir2 blk..mcm kelakar plak..nak wat majlis grand2..tp berhutang..ape da…buat je la yg termampu kan
@chii,orang kita, mmg camtulah gayanya….ingat hutang tu main2 jer…hadoi
Di Malaysia ni, ramai orang yang pentingkan apa yang orang lain akan cakap daripada apa yang pasangan pengantin akan hadapi selepas berkahwin.
Itu yg jadi makin menyesakkan. Pandangan mata manusia menjadi asasnya…
Kalaulah semua setuju perkara yang basic2 je kan bagus …. 😀
Betullah bang benjy. Rasanya semua pasangan akan lebih senyum lebar…
Dulu aku sampai bertelingkah dengan mak sendiri sebab dia nak aku sanding bagai… aku reject sebab tak nak membazir.. last2 bila kakak aku pun sokong, mak mengalah… Hasilnya, daripada jumlah jemputan 200 orang, semua sedara mara + seluruh kampung aku jemput… biar orang tau aku dah kahwin…
tanpa bersanding juga aku punya banyak masa nak melayan sahabat handai yang datang dari jauh… kalau tak cuma tengok dari jauh je… kesian diorang!
Cantik!
Thanks bro kongsi pengalaman. Aku yakin, bro mesti lebih gembira dapat layan tetamu yg hadir. Kalau duduk atas pelamin, mana nak layankan?
Sederhana itu indah =)
selalu jadi macam ni kalau dah terpengaruh dengan trend kahwin semasa. orang buat macam tu, dia pun nak buat macam tu..
Itu yg silapnya. Patutnya bersederhana dalam apa jua perkara. InsyaAllah lebih best!
Nak simpulkan secara penuh pun susah jugak nih. Depends pada individu :
1. Kalau jenis yang mampu dan berada, RM20K – RM*** K pun mungkin masih tahap sederhana bagi diorang. Ukur baju d badan sendiri la senang cerita.
2. Buat perbincangan antara keluarga kedua2 pihak. Cari kata sepakat. Sebab kita tak mahu isu bangkit-mambangkit belakang hari.
3. Pesanan kepada lelaki kacak,.. JANGAN BUAT LOAN utk kahwin, tak kiralah dr siapa2 pun.
Itu pendapat peribadi. 🙂
Cantek. Perbincangan insyaAllah mampu merungkai kesulitan@tak sekata ideanya.
Pesanan tu aku sokong 100%. Jgn sesekali cuba pinjam, kalau tak…..menyesal nanti..
Pening-pening…aku nak majlis yg mengikut kemampuan aku..aku keje guru..but aku nak majlis yg sederhana..sbb realitinya selepas kawin itu yg penting..belanja amik kira utk 2 org termasuk 3,,4 dan seterusnya (zuriat)..tapi mak aku ni takmo aku wat kecil2an..hampir2 nak ‘bergaduh’ jadinya hanya pasal belanja kawen ni..dia kata majlis aku ni mestilah setanding dengan IJAZAH yg aku terima..adoyaiiii…sampai aku siap tanya mak aku lg..dulu2 mak punya hantaran berapa?…bila dia jawab rm500 jer..hmmm ..aku senyum2 menyindir kat mak sendiri..hahaha
hermm…hakikatnya camtulah…tp jgn sampai gaduh2 ngn mak yer..gurau2 bolehlah… =)
bersederhana itu jalan terbaik…kalau cakap baik2 kenapa kita nak sederhana dan tak nak sanding bagai (kenapa sanding renjis tak boleh), rasanya insyaAllah famili kita akan faham….
selamat pengantin baru yer =)
Kalau aku khawin lagi..pun aku rasa dah tak mampu sebab belanja nyer pun kat rm 20k mampus dah boleh bayar deposit rumah…
hahaha…mmg mau pengsan 18 hari…hehehehe
ada duit lebih buat besar2an kalau tak mampu beserdehana sahaja…janji rstu orang tua itu ada
setuju..restu itu amat2lah penting
member aku baru2 ni kawin.. dia cakap dekat 20K lebih gak la belanja… zaman sekarang punya belanja…. catering je bapa dah huhu
betul…katering saje, senang2 cecah 7-8k…
tp mesti ada cara jimatnya…pandai2lah…. =)
Setuju sangat, tapi kena perhati sekeliling tempat kita tinggal. Berhirahlah ke tempat yang orang sekeliling tidak bermewah-mewah dalam majlis kahwin, insyaAllah, mudah untuk kita bersederhana dalam majlis kahwin.
Setuju!
Persekitaran jugak main peranan penting, tp di kampung juga ramai yg sudah mula banding-membanding =(
cakap pasal ni, teringat kakak nak kawin 1 June ni.. dia risau, kot2 hari 1jun tu, hari PRU.. hehehe
cantiklah…1 jun? dah dekat sangat dah tuh…
PRU?lagi cantik…semua pakat cuti, lagi meriah oooo…hehe
betul tu..memang perkahwinan ni macam dah jadi medan memboroskan duit. Itu jugaklah terjadi masa aku kawin dulu. termasuk hantaran semua lebih dari 30 ribu untuk kedua-dua belah pihak
huhuhu…itu yg sebenarnya nak dielakkan…nampaknya, ia benar2 terjadi
buat masa yg penting hee skrg org byk buat besar2ran nnti pas kwin tanggung hutang
Itu yg sakitnya tu Suri. Hutang satu hal, pening satu hal…
Hafiz,
Makcik ni hampir 56 tahun, dah telah buat kerja kawin anak perempuan makcik 3 tahun yg lepas. Makcik suka Hafiz and kawan-kawan tulis komen pasal kawin, ke arah kesederhanaan. Buatlah komen banyak2 sehingga ramai org baca – lama2 ia akan menjadi perbualan org ramai, termasuk org tua dan muda.
Kalau ramai org mula berfikir, betapa BODOHnye membazir belanja kawin, peduli apa org kata – asalkan pengantin baru tidak berhutang bertahun2 selepas kawin. Bila ramai mula berfikir, barulah ramai bakal2 pengantin dan mertua berani mengurangkan belanja. Jgn ikut herd mentality – jadilah sang kancil di tengah2 lembu yang bodoh. Tapi, makcik akui, bukan senang nak buat. Peer pressure membuat kita stress.
Makcik harap, satu hari nanti, org akan berlumba2 nak tengok, siapa yang paling sederhana dalam belanja kawin. Misalnya, ada berita mengenai seorang artis, atau orang kaya buat belanja kawin yg sederhana, kemudian menderma wang yg banyak kpd anak yatim – cerita ini tersebar luas di media. Bayangkan, sekiranya org berlumba2 pula nak menandingi beliau dalam kesederhanaan.
Yang penting sekarang, banyakkan org bercerita hal ini, dalam media, blog dsb, termasuk dalam program forum perdana, bicara rakyat, talk show. Insyallah sampai juga matlamat kita supaya mudahkan teruna dan dara kita berkahwin.
Sebenarnya, banyak lagi makcik nak tulis, tapi maaf, komen saya dah terlalu panjang, tapi Hafiz telah mulakan entri yang penting. Syabas! Salam, drp makcik Ros.
As salam Makcik Ros,
Terima kasih atas ulasan Makcik. InsyaAllah, itu antara apa yg saye dan kawan2 cuba sampaikan. Kesederhanaan penting dalam apa jua tindakan. Saye cukup setuju dgn pendekatan yang Makcik tuliskan. Duit yg banyak tidak memberi kita tiket utk melampau2 dalam soal perkahwinan. Walaupun masih ramai yang merasa, kalau mampu, apa salahnya. Pada saya, sederhana itu bukan setakat pandangan diri sendiri, jiran, bakal mak mertua, org ramai, tapi pandangan Allah.
Kata2 Makcik yg ni saya sokong sangat2 “…orang kaya buat belanja kawin yg sederhana, kemudian menderma wang yg banyak kpd anak yatim – cerita ini tersebar luas di media. Bayangkan, sekiranya org berlumba2 pula nak menandingi beliau dalam kesederhanaan”. Moga saat ni akan sampai jugak, memudahkan bakal pengantin utk berkahwin. InsyaAllah.
Panjang pun takpe, saye ngn kawan2 ni memang suka baca komen panjang. Best! Nak2 kalau dari seseorang macam mak kami. Terima kasih sekali lagi, Makcik Ros =)
Kawan2.
Berbelanja kawin ni perlu ikut kemampuan. Kalu tak mampu, buat cara sederhana. Jgn bebankan bakal suami dan keluaarga masing2.
Macam sya kenduri dulu, pada org kampung dan family saya memang kelihatan mewah. Tapi itu bukan permintaan sya+keluarga.
Bakal suami (skrg suami ) yg sanggup keluarg belanja utk majlis tu sbb dia nak rasa kemeriahan pada kenduri kami. Apa2 pun sya berterima kasih atas kesungguhan mr suami tu.
Itu yg sebaiknya. Sederhana.
Kalau bakal suami yg sanggup, apa boleh kata, ikut sajalah…hehehehe =)
Terima kasih Mekar berkongsi pengalaman
Kalau belanja kahwin mahal, TETAPI amal ibadah tak sama dengan nilai belanja kahwin ..
baik tak payah.
Jangan nak mengada.
Lupakan ..
Itulah fenomenanya sekarang bro Asyrof. Andai dapat semuanya faham dalam memudahkan perkara nikah kahwin ni..bagusnya…
SUDAH sampai masanya para2 ustaz ,ulama,atau jabatan2 agama bercakap..menasihati masyarakat/ibubapa memberi kesedaran supaya masyarakat tak terpesong jauh lagi dalam hal ini …kalau di lihat betul2 makin lama semakin merapu…kalau kita buat majlis kenduri kendara sahaja belanja tak lah mahal sangat..
jemput jiran tetangga saudara terdekat ..INI hayalah majlis KESYUKURAN.
Jika di ikut adat arab dulu2 mungkin nak memberitau /mencanang seluruh alam bahawa Si Dara ini sudah milik orang…tetapi sekarang sudah ada sistem daftar komputer tekan komputer kita boleh tau Dia ini sudah berpunya atau tidak…
Kawin Belanja 20 ribun pun cerai tetap juga endingnya ..kalau di lihat fenomina kini…rugi woooo duit lebur hutang tak beres lagi.
Bagi yeop sangat-sangat membebankan diri yeop walaupun diberi pilihan yang membunuh pengantin lelaki sendiri.
Kes ini dah berpuluh tahun tak habis cerita dan berterusan hingga ke anak kita nanti.
Jika diberi pilihan untuk meminjam di bank atau simpanan, yeop takkan pilih kedua-duanya.
Harap2..kita ibubapa generasi baru tanam tekad dan niat utk prmudahkan caranya bile tiba masanya anak2 kita melangsungkan perkahwinan