Lidah & Lisan, Memang Mencabar!

Assalamua’laikum.
Nasihat Lisan, Memang Mencabar! Mesti pernah dengar tentang satu maksud hadith Riwayat Muslim ni, “Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” Hari ni….

Di sebuah kedai makan. Ambe, isteri dan dua anak sedang aman bersarapan pagi. Sambil bercerita tentang kartun Eori dengan Kakak, tiba-tiba isteri tersayang bersuara, “Ni makhluk mana pulak yang isap rokok ni.” Isteri ambe memang pantang dengan perokok yang takde sivik, hisap rokok dalam kedai makan.

Mata seksi ambe melilau sekeling, mencari manusia kurang kasih sayang yang merokok. Hidung ambe hari ni kurang mampu berfungsi dengan baik selepas dua tiga hari selsema. Rupanya manusia yang dicari hanyalah meja sebelah kami yang didiami oleh dua orang Pengakap Sekolah.

Menyirap darah perasan muda ambe. Dahlah ambe dulu-dulu Ketua Pengakap. Nak jer jerkah mereka berdua dengan suara serak-serak basah ambe ni. Teringat pada entri ambe yang lepas tentang “5 Tempat Wajib Bebas Asap Rokok.” Ambe makin bengang bila tengok mereka ni masih budak sekolah. Kaya sungguh budak sekolah zaman sekarang. Kalau zaman ambe dulu, member yang merokok ada sebatang dua jer dalam poket. Ni sekotak sorang atas meja.

Taklah budak mana pun. Tingkatan 4/5 rasanya. Ambe perasan, meja belakang ambe pun yang didiami oleh satu keluarga juga macam tak selesa dengan bau asap rokok mereka ni. Merek rileks jer his hembus. Konon cool! Hati ambe rasa nak hempap jer kerusi kat atas kepala mereka, tapi Allah pesan dalam Surah al-Asr supaya berpesan dengan kesabaran. Ambe kasi budak-budak ni habiskan rokok dulu.

Elok ambe tengok rokok dah nak habis, ambe bangun sambil merapati meja budak-budak ni. “Dik, maaf abang nak cakap sikit yer. Lain kali kalau nak hisap rokok, tengok sekeliling dulu tak takut ke tengok abg ada 6 pack ni …ni hisap kat sini tak berapa sesuai….”

“Errr…maaf yer bang,” budak tu sedikit terkejut tergagap menjawab.

“Ingat yer dik. Terima kasih,” ambe terus beredar ke kereta. Dalam hati, inilah kali pertama ambe menegur perokok dengan lisan. Biasanya ambe membebel dalam hati jer. Takpun, kalau berpeluang ambe tiup putung rokok mereka kuat-kuat. Kali ni ambe betul-betul nekad nak tegur.

“Budak-budak ni tak takut ke terjumpa cikgu sekolah mereka? Takpun mak bapak tahu?” Isteri cuba mencari jawapan bagi soalan yang ambe sendiri takde jawapannya. Ambe cuma cakap, “Kalau cikgu pun hisap rokok, bapak pun hisap rokok…macam mana nak takut?”

Nota tambahan:
1. Kalau semua yang tak merokok pakat saling nasihat-menasihati dengan kesabaran, mereka yang merokok dalam kedai contohnya, pasti perokok tak berani nak hisap rokok lagi dalam kedai.
2. Kita semakin “kalah” dalam mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Betul tak?
3. Sudah tiba masanya untuk kita berani tegur perkara mungkar yang berlaku depan mata kita. Mulakanlah dengan keluarga kita sendiri. Beranilah untuk menegur anak isteri kalau masih belum sempurna tudungnya. Tegurlah suami yang masih berseluar pendek ke sana ke sini.
4. Moga kita semua diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Ameen.

@hafizmd – Lidah & Lisan, Memang Mencabar! Memang kita berdebar bila nak buat benda baik. Buat jahat, rileks jer. Astaghfirullah!

70 comments

  1. Ada akta menguatkuasakan larangan merokok di beberapa tempat.. cuma tu jer lah.. hanya restoran berhawa dingin jak yang termasuk dalam akta.. namun,. ditempat awam mcm tu.. patut dikuatkuasakan la juga.. huhu..

  2. hahaha, nak merokok pun tengok la keadaan sekeliling….
    jaga perasaan orang2 tua terutamanya….

    merokok dah la tak baik, tapi sebab aku nie pun perokok….
    kira ok la,wakakaka

  3. cayalah bro..satu perubahan jugak tu dengan menegur..terasa gak aku yang perokok ni..tapi aku nak menghisap, usha dulu keliling..agak² semuanya merokok baru balun..hahaha

  4. cayalah…konpom serik budak pengakap tu. kalau kedai mamak, ada yg memang letak bekas abu rokok atas meja, susah nak tegur sikit kalau bukan budak sekolah.

  5. tuan kedai perlu juga main peranan
    kedai makan yang kami selalu singgah, memang tak benarkan pelanggan merokok walau pun bukan berhawa dingin

  6. As salam tumpang lalu… 🙂

    Menurut sumber, asap rokok yang terbit di hujung sebatang rokok itu yang lebih bahaya dari asap hembusan si perokok…apapun kesedaran civic main peranan penting..

  7. syabas bro.. cara bro tu rasanya yg terbaik.. syukur masih ada insan perihatin dan itulah cabaran kita utk sampaikan dakwah sesama muslim…

  8. jika mak ayah tak tegas dn pantau ank2 blh jadi tabiat ni akan menjadi hobi mereka rokok dlm sorok2.. klu ada maslah umh tangga anak2 blh cari kwn utk lepaskan tekanan dg cara sebegini huu..

  9. bravo….bravo! kena cakap terus terang
    kalau buat² muka je, depa bukan perasan pun
    tak sensitif dengan keadaan.

    kami pernah sound orang buang sampah dari tingkap kereta kat lot parking
    selamber je tegur…puas hati

    1. hehe..yg penting kita tak pendam dalam hati..

      dapat cakap, mmg puas hati..yes!

      p.s. terbaiklah kak jie..yg jenis buang sampah kat luar nipun takde sivik..tensen betullah ngn rakyat Malaysia ni

      1. @fieza, polis byk lagi kerja yg lebih rumit utk diselesaikan…rasanya kita masyarakat boleh pakat saling nasihat…inshaaAllah, kalau semua kat kedai tu pakat nasihat, tak beraninya budak2 even org dewasa sekalipun nak hisap rokok

  10. Tindakan yang wajar tu. Kawe setuju sangat ditegur walaupun kawe dulu pun masa skul hisap rokok. Nasib baik tobat masa skul juga dan tak di bawa ke zaman remaja dan hampir tua ni 😀
    Tapi budak2 mcm kita juga – boleh buat silap. In fact they all lagi banyak silap sebab kureng pengalaman. Terpulang lah kepada orang2 dewasa utk tegur atau lihat sahaja kesilapan itu di buat.

  11. Salam manis dan selamat malam 🙂

    Sekarang ni kan ada rokok letronik, yang dijual dengan macam-macam perisa, lebih kurang macam syisha, wangi dari bau asap rokok nikotin katanya..

  12. belum pernah lagi saya menegur mereka yg merokok setakat ini. sebab mereka tidak merokok di tempat yg tidak sepatutnya

  13. hehe, memang berani tegur, kalau saya tak lah, kang orang tengok malu pulak kecoh2. yang tak boleh bla, siap pakai baju pengakap. alahai, tak ade disiplin.

  14. Alamak…terketar2 budak tu?hehe..kalau sy, dah menyamar jadi penguatkuasa..baru terkencing diorang..comfirm lepas tu tak smoking lagi tempat terbuka macam tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *