Nazmi Faiz Milik Kelab PKNS?

Pemain Liga Super

Assalamua’laikum.
Nazmi Faiz Sah Milik Kelab PKNS? Isu ‘panas’ yang dibaca melibatkan Nazmi Faiz dan Tengku Feila akhirnya membawa ambe kepada khabar terkejut ini. Setakat ni, ambe masih belum pasti, tapi dengar khabarnya Nazmi Faiz dikatakan sudah mendapat pelepasan kelab S.C. Beira Mar di Portugal untuk pulang ke Malaysia.

1. Ambe sedikit terkejut jika benar Nazmi Faiz ambil keputusan kembali untuk bermain di Liga Malaysia selepas mendapat peluang menimba pengalaman di salah satu Liga Portugal!

2. Khabarnya, PKNS telahpun tebus kontrak 3 tahun Nazmi Faiz dengan kelab S.C. Beira Mar. Maknanya, kontrak tak sempat tamat, Nazmi dah ‘tewas’ awal?

3. Sidang akhbar khabarnya akan diadakan hari ni. Moga penjelasan Nazmi Faiz bakal menjelaskan segalanya kerana kepulangan Nazmi Faiz tanpa pengetahuan FAM sepenuhnya.

4. Ambe harap, Nazmi Faiz pulang bukan sebab krisisnya dengan bekas gfnya!

5. Nazmi Faiz diakui seorang pemain yang berbakat besar. Ambe harap sangat, apa jua masalah yang dilalui beliau, tidak mematahkan semangat dan menghalang beliau untuk menyumbang khidmat dalam bolasepak.

@hafizmd -Nazmi Faiz Milik Kelab PKNS? Moga ini hanyalah pemain pinjaman. Hidup mesti diteruskan…