Senaman Membakar 300 Kalori Pada Waktu Malam!
Assalamua’laikum.
Aktiviti waktu malam yang membakar kalori dan lemak degil! Main lompat tali atau main tali skipping. Lama dah tak main lompat tali ni. Dulu, sebelum zaman mumayyiz, selalu jugaklah tumpang bebudak perempuan sekelas yang ajak main lompat tali tu. Dah diorang ajak, kami gentleboy bantai main jerlah lompat tali pun! Tak sangka, rupanya main tali skipping pun boleh bakar lemak dan boleh kuruskan badan jika kena caranya! Jom baca senaman bakar kalori dengan pantas!
Teknik main lompat tali dengan betul
Nota: Main lompat tali selama 30 minit boleh membakar 300 kalori.
Setiap perkara ada SOPnya. Macam nak makan jugaklah, kena basuh tangan elok-elok, baca doa makan, barulah serang hendap makanan tu. Begitu juga kalau kita nak main lompat tali@skipping ni. Jangan main redah jer, takut nanti tali ke mana, kita ke mana. Jom saya kongsikan teknik praktikal lompat tali yang betul hasil pembacaan di laman Persatuan Lompat Tali Malaysia;
Rujukan Tambahan: Petua & Tips Kuruskan Badan Kempiskan Perut Cepat & Berkesan
- Buat senaman regangan dulu. Bermula dari kepala sampailah kaki.
- Ukur sukatan tali skipping. Caranya ialah dengan pegang kedua-dua hujung tali dan pijak tali tu. Hujung tali yang kita pegang tadi mesti berada antara paras ketiak dan bahu kita. Barulah sesuai dengan ketinggian kita masa nak main tali skipping nanti.
- Cara pegang tali skipping. Letak batang pemegang tali skipping tu tengah-tengah tapak tangan kita dan genggam. Siku kena rapat dengan badan. Jarak pergelangan tangan dari badan kita lebih kurang 20cm – 35cm dan perlu berada sikit di bawah paras pinggang kita.
- Permulaan nak lompat tali skipping;
- Hayunkan tali dan pusing tali di sisi dulu.
- Bila dah selesa, boleh mulakan melompat tali skipping tiap kali tali cecah lantai. Untuk permulaan, disarankan untuk tidak lompat lebih dari 30cm dan lompat secara “bounce” untuk elak sebarang kecederaan.
- Dah selesai main lompat tali, jangan lupa untuk buat “cooling down”.
Ingat, main lompat tali ni kena ada ilmu juga. Boleh beli pelbagai jenis tali skipping yang ada di pasaran. Ada yang jenis takde tali, ada yang siap ada calori counter lagi. Ini memang tali skipping yang versi moden punya. Demi senaman bakar kalori, anda boleh beli. Senang nak track berapa banyak kalori yang dah dibakar!
Kenapa saya sebut malam? Maklumlah, siang ramai yang sibuk dengan urusan kerja seharian. Malam mungkin waktu yang sesuai untuk lakukan senaman ringan seperti ini. Paling busuk, dapat jugak bakar 100 kalori selama 10 minit.
PERHATIAN: FORMULA DI BAWAH HANYA UNTUK YANG SERIUS NAK KURUSKAN BADAN SAHAJA!!!
Lagi teknik bakar lemak dengan membaca entri berikut;
- 7 Petua Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Tanpa Ubat
- 5 Cara Bakar 300 Kalori Di Rumah dengan Cepat
- Wajib Baca! Petua & Tips Kuruskan Badan Kempiskan Perut Cepat & Berkesan
Boleh layan video pertandingan lompat tali sempena Hari Belia 2010 di bawah untuk motivasikan diri kita!
@hafizmd – Senaman Membakar 300 Kalori Untuk Kuruskan Badan Pada Waktu Malam! Tak nak main tali? Pandai-pandailah =)
penat wehhh lompat tali. haha..
hahaha…mmg penat woooo
eh takkan tak larat
cikgu2 perempuan tak digalakkan main lompat tali waktu pendidikan jasmani
amat dilarang keras
kecuali semua pelajar, guru, pentadbir dan pekerja sekolah adalah perempuan
ramai perempuan di sekolah yer…hehe
itu la betukl kan
Saya tak pandai main lompat tali..lepas ni boleh belajar ikut step yang Hafiz ajar tu..
silakan bro..ambe pun baru jugak belajar cra lompat tali ni
last buat saya rasa tahun lepas ah,teruknya saya.yang leceh bila peluh meleleh dah kena stop ..tapi tak best masa ni sy kena tanggalkan cm 🙁
@suri, boleh mulakan lagi ni…tali ada lagi tak?
itu yang bagus tu
Tiba-tiba rindu zaman main lompat tali kat sekolah. Boleh bawak merajuk & gaduh-gaduh manja jugak dengan kawan.
* Nanti boleh cuba cara lompat-lompat tali ni pulak hehe
hahahha…gegirl mmg mcm2 peel…tp zaman main tali ni mmg betul2 kenangan woooo
rasa nak lompat pakai tali getah pula heee
kalau sekarang ni nak lompat habis gegar lemak kat perut..hahaha
ok la tu gegar.. kalau rumah gegar tu lainmacam dah. heeee
@DT, yg tu ambe tak dapat nak terangkan lebih lanjut…harap maklum
ahhahaha…
gogar lomak tu yg baguih tuh…hehehe
Untuk orang perempuan tak elok kan. Nanti jatuh peranakkan. Dt memang tak pandai main. Heeee
Oh betul ke, jatuh peranakan? Tak tau pun sebelum ni 🙂
pernah dengar dari rakan.. sebabnya dia sakit tu lepas main skipping.. tu takut tu
@DT, mmg kawan DT tu p check ada ‘jatuh peranakan’ ek?
yup doktor kata begitu
Yelah sy pun pernah jatuh sakit..
@Honeybee, ambe pun macam pernah dgr tp tak berapa pasti kebenarannya
itu la.. tp kawan DT mmg sakit sebab main skipping
cocok sangat dengan saya senam ini bro hafiz tak sempat lagi nak ke Gym setelah dari School
kalau malas untuk ke gym, memang ini senaman yang sesuai
@DT, setuju tu..mmg lenguh penat dan cepat berpeluh main tali skipping ni
@bang munir, cocok sangat utk saya jugak..hiihi
sesuai diamal saat kita sibuk
tips terbaik nih. tak memerlukan modal yang besar pun kan.
fyna kena cuba la lepas ni
Hehe…dah lama tak main skipping..masa sekolah men dulu memang suka main menda ni..hehe
terbaiklah ak dh lama tak main lompat tali hahaa mase kecik2 dulu je main nga jiran2
mesti comel main dengan jiran. hahahah
dulu kecik-kecik selalu gak main lompat tali dengan kakak den…hehe
mesti comel kan.. he he
@DT, ambe yakin PM masa kecil2 sama comel ngn anaknya Mifz tu
hahaha rasa nya lg comel kot
sekarang boleh ajak mifz ngn mamanya pulak main tali
sy dah cuba..semput ar juga dibuatnya haaa
mmg semput mula2 buat hari tu..hehe
mula mula semput lama lama ok juga nnt
jangan jad malas kalau malas tak akan mampu tukar apa2 pun walau seinci heeee.good luck admin
suri pon jangan malas. he he
@DT, sama2 jgn malas
baikkkkk.hehehe.. DT dah kayuh basikal dah rini
kayuh beskal baru tu ek? cayalah!
eh belum lagi.. guna basikal lama lg.. kumpul duit lg
kalau yg dah kawen.. boleh bersenam atas katil bersama tersayang. heeee
bole kurus jugak ke?
@DT, hahahhahaa
@Hairul, hahahhaha…ambe tak nak tulis
kenapa tak nak tulis.. nk tahu juga ni
secara rasionalnya boleh…
tapi praktikalnya tak pasti pula. sbb ambe tak pernah test.. heee
semput sy main skipping, 50x pun tak larat… sungguh tak kuat stamina ni…
hehe..mula2 tu mmg semput..tp cuba ummi ulang main…buatlah dalam 20 kali dulu, next time kasi up, 30 dan seterusnya…lepas tu, senang2 jer boleh buat 70 kali pusing sekali main
lama lama tak semput.. sebab stamina da stabil
sy lebih suka main gegelung hula hoop tu.. leh ramping pinggang kot :p
hula hoop DT paling lame bole 3 saat aje. hahah tak reti nak main
@DT, gelung rotan ek? payah gak nak maintain benda tu kat pinggang yg ramping ni…hahaha
@Ummi hanie, betullah…ramai yg cakap camtu
ambe kena buat kontest ni… hadiahnya skipping.he he
kontest hadiah tali skipping? hehehhehe
skipping agak memenatkan… tapi ianya salah satu senaman yang paling banyak membakar kalori… kena fikir 2 3 kali kalau nak amalkannya… just for me.. maybe 🙂
maybe…hehehe…mmg penat tp berbaloi jugak nak2 musim jerebu hari tuh…
masing masin ada cara tersednrii
Kalau dah lama tak lompat2, mau tercabut kepala lutut haha
mmg seksa jugaklah kepala lutut ni dikerjakan..hahhaa
hahah bahaya tu.. kena jaga diri juga ni
lamanya bersenam
dulu pernah ambil kursus skipping nih 🙂
wah…mesti ada sijil dia ek bang sop?
lompat tali skipping ni memang leh kuruskan badan..tapi masa budak-budak je rajin berskipping…hehe
sebab tu masa budak2 kita sihat dan langsing gitu..hehe
macam ni dapat 2minit pun segala jenis peluh keluar lah. memang best skipping ni.
betul tu bro DH…2 minit mmg agak lama utk skipping ni..hehe
Waduh susah banget membakar lemak untuk tampil lebih langsing, harus banyak exercises macam lompat tali nie.. 🙁
betul tu Rina…skipping ni senang nak keluar peluh cuma kena hati2 elak cedera
Bermain skipping bagus untuk kardio dan bakar kalori. Atlet sukan tinju akan menjadikan skipping antara rutin mereka.
Betul tu bro. Kalau tgk atlet tinju buat skipping, fuuuh! macam tak pakai tali langsung
dulu main juga skipping ni tapi tak kekal lama..hehe
hehehe…payah nak konsisten
Dah lama dah tak bako membako nih…hehehe
Ambe tunggu lepas raya, mula membakor balik…gian dah ni…hehehe
10 minit melompat…berpeluh…busuk2 hilang gak 100 kalori…sy ambik 1000 kalori setiap hari..100 bakar dengan skipping..tggal 900… Harap terbakar sendri la…huhu
Lama tak main lompat tali.. Bila nk kurus baru teringat permainan ni.. Hihi… Hafiz dan kak fiza selalu amal ye? Patut pon kuruihh sokmo… Hihi.
bile rajin yer..lau tak..camtulah..hahaha
Bermain skipping bagus untuk kardio dan bakar kalori. Atlet sukan tinju akan menjadikan skipping antara rutin mereka.