Assalamua’laikum.

Tahniah Kelantan menjadi juara dua tahun berturut-turut! Kelantan [1] vs Johor DT [0]. Perlawanan akhir Piala FA 2013. Tak sangka, pasukan yang pada mulanya banyak menerima kritikan pedas kerana bermula kurang power walaupun dibarisi pemain bintang, akhirnya menjadi pasukan yang mungkin menjadi juara Piala FA malam esok. Kelantan, juara bertahan pastinya tak akan beri jalan mudah untuk JDT! 

1. Siaran langsung dan live streaming Kelantan vs Johor DT

Pasti ada siaran langsung di Astro Arena 801 dan juga di RTM2. Mana-mana yang tak sempat beli tiket dan tak sempat ke Bukit Jalil, jomlah pakat tengok siaran langsung ni. Live streaming? Sila tengok di sini –> Live streaming Kelantan vs Johor DT [channel 15].

2. 85,000 keping tiket yang disediakan. 30,000 untuk setiap pasukan sudah sold out di negeri masing-masing. Lagi 25,000 keping mula dijual pagi Jumaat ni. Patutlah jalan menghala ke Bukit Jalil dah mula sesak malam tadi! Pakat berkhemah tunggu kaunter buka awal pagi! Dahsyat penangan Kelantan vs Johor DT!

3. Jangkaan juara Piala FA 2013? Atas kertas, ambe rassa Kelantan ada kelebihan selepas pertahanan paling kental Johor DT, Aidil Zafuan tak akan bermain malam esok selepas kena kad merah dalam Liga Super hari tu.  Kelibat Aidil di bahagian pertahanan memang begitu diperlukan dalam perlawanan bertekanan tinggi macam ni. Dari segi pengalaman di pentas akhir memang memihak kepada pasukan Kelantan tapi rekod pertemuan sepanjang Liga Super berpihak kepada Johor DT.

4. Dari segi serangan, hampir seimbang dengan Kelantan ada gabungan Farhan, Indra dan Dickson. Johor DT ada Mat Yo (Shahrul Idlan Talaha), Nunez, Safee Sali. Betul-betul pertembungan pemain terbaik negara!

5. Paling menarik ialah posisi tengah. Dua arkitek dari negeri yang sama, iaitu Piya (Badri Radzi) dan Awe (Nurul Azwan Roya). Serius, dua player ni memang arkitek tengah yang paling bagus  yang kita ada setakat ini. Dua-dua sama laju, licik dan ada kebolehan untuk score jarak jauh!

6. Harapnya takde pemain yang cedera akibat padang Stadium Bukit Jalil yang terlampau ‘lembut’.

7. Inilah antara perlawanan paling panas dan menarik untuk tahun ni. Kelantan vs Johor DT.

@hafizmd – Kelantan vs Johor DT Akhir Piala FA. Siapa menang, siapa kalah bagi ambe tak penting, janji perlawanan ni best! #fanTerengganu

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.