Assalamua’laikum.
Kempen berhenti merokok dan bahaya asap rokok. Semua sedia maklum tentang bahaya asap rokok kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Kempen berhenti merokok bagai nak rak dalam media malah tertampang jelas di kotak rokok! Namun, sejauh mana keberhasilannya? Ambe semakin hari semakin rimas dengan perokok yang secara sengaja menjebakkan kita sama yang bukak perokok ke lembah kebinasaan. Buka mata kita luas-luas, apakah kita “rela” bahaya asap rokok yang berkepul-kepul menari tarian gangnam style masuk ke dalam rongga hidung dan paru-paru kita?
Sebelum itu, ambe ucapkan tahniah kepada 2 golongan perokok ini;
- Perokok yang sudah berjaya berhenti merokok. Anda berjaya menyelamatkan diri sendiri dan orang sekeliling daripada bahaya asap rokok.
- Perokok yang bijak memilih lokasi merokok. Anda berjaya menyelamatkan orang sekeliling anda daripada bahaya asap rokok.
Apa bahaya asap rokok kepada kita yang bukan perokok?
Ambe titip kembali salah satu catatan ambe dalam entri setahun yang lalu.
“Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok pasif lebih mudah terkena gangguan pernafasan, jangkitan telinga, selesema, penyakit jantung atau mati pada usia kurang setahun!.” Entri penuh di entri ini –> “Bapa Penyerang Berani Mati”
Betul ke fakta ni? Betul atau tak, takkan seorang perokok sanggup buat pra-eksperimen ke atas anak isteri masing-masing? Sanggup? Kebetulan atau tak, seorang rakan ambe yang bapanya baru saja selesai menjalani pembedahan jantung terpaksa dimasukkan kembali ke wad atas sebab disyaki ada masalah paru-paru pula. Apa kata doktor? Disyaki kerana terdedah kepada asap rokok! Siapa cakap asap rokok tak bahaya kepada bukan perokok?
5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok!
Ambe mewakili bukan perokok sangatlah berharap agar perokok tegar yang memang ketagih sangat nak menjamu selera rokok mereka untuk berfikir banyak kali sebelum merokok di 5 tempat ini. Kalau kita mahu dihormati, silalah belajar untuk menghormati hak orang lain juga.
- Kedai makan. Inilah tempat paling syok yang ambe tengok mereka ni merokok. Sebelum makan, dua batang. Selepas makan, 2 batang rokok lagi tanpa langsung ada rasa hormat dan simpati pada kami yang bukan perokok. Apakah anda rasa anda hidup diplanet Marijuana?
- Taman permainan. Jangan terkejut! Memang ada perokok yang langsung tak ambil pusing dengan kehadiran kanak-kanak yang ramai di sini. Buat muka tak bersalah langsung.
- Dalam kenderaan. Iye, tahulah kenderaan tu kenderaan anda, tapi janganlah menyusahkan pengguna jalanraya lain. Terlampu rileks (bawak kereta perlahan). Ada jugak yang masuk simpang secara tiba-tiba tanpa memberi signal! Tak cukup tangan kot nak kuis signal tu!
- Di pasar. Ada juga perokok yang memang langsung hilang daya berfikir. Boleh pulak hisap rokok kat pasar. Sudahlah bersesak-sesak, dia boleh buat lagak selamba tak bertempat hisap rokok. Tak tahu ke bahaya asap rokok ni weh! Pernah sekali ambe tegur dan siap hembus kuat-kuat kat puntung rokok mamat tu!
- Di tempat ibadah. Walaupun ada sesetengah masjid dan surau tayangkan banner “Dilarang Merokok di Kawasan Masjid”, ada dia kisah? Takde maknanya! Lebih sedih bila ustaz-ustaz juga turut sama memeriahkan majlis asap-berasap ni!
Bukan gunung intan permata yang kami pinta, tapi hanya jauhkan asap rokok dari kami saja. Kami sedar yang anda beli rokok tu guna duit sendiri, takpun duit mak ayah anda. Masalahnya nanti, bila kami sakit tekak sebab asap rokok yang bahaya tu, kami kena guna duit kami sendiri!
Tak perlu ambe cerita apa kandungan utama rokok, semua tahu ia dipenuhi “kebaikan” tanpa batasan yang mampu memberi sejuta “keseronokan” dan “kegembiraan” kepada mereka yang mencintainya. Maafkan ambe jika entri ini sedang dan bakal mengguris hati dan jiwa perokok. Ambe sekadar meluahkan rasa dan memberi nasihat serta idea. Moga-moga ada “ayat-ayat cinta” mampu menarik hadiyah untuk perokok memasang niat berhenti merokok nanti. Ameen.
@hafizmd – 5 Tempat Wajib Bebas Bahaya Asap Rokok! Hiduplah tanpa membahayakan kesihatan diri dan orang lain!
Bacaan Tambahan...


{ 76 comments… read them below or add one }
memang geram jugak bila tengok ada perokok yang tak pedulikan orang lain lansung..terutama depan kanak-kanak..
dan kekadang tu jiran sendiri pulak tu..rumah sebelah yang isap rokok, kitorang pulak yang terdedah asapnya..hehehe..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Pendapatan dari blog
Itu yg ambe paling tak boleh terima…sedih dgn org kita
Lebih sedih bila yg merokok tu bercakap berdegar2 pasal isu lain, tapi nafsu rokok tewas camtuh jer…
Kebanyakkan perokok memang tak ambil peduli semua tu..
Baca entri terkini Blogger anif´s: Celcom Blue – Talian Tetap TM Bukan Lagi Teman 20
Apa yg mereka tau, dapat perlunas nafsu mengasap
Paling susah nak suruh perokok berhenti merokok kan..
Baca entri terkini Blogger Ibu Mifzal Arsyad´s: Terkilan
Itu mmg diakui..mereka sendiri yg akui susah nak berhenti merokok
tak yah hisap rokok. makan cendol lagi best..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Demam pertama tahun 2013.
keh3…kalaulah mereka tau
cendol tetap lagi sedappp maaa..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Titaniumface.com – Ni bukan blog gua.
@titan, depa lepas makan cendol kena perasap pulak..hehe
wah hebat klu berani stop dr merokok.sb berjaya save duit dan bebas dari penyakit2 yang bahaya pada tubuh.
Baca entri terkini Blogger suri´s: Pom Pom
Mmg hebat pada mereka yg dapat berhenti merokok…tp lagi hebat mereka yg langsung tak merokok…peace
terkadang tempat yg dilarang gak kt situ org lagi suka merokok geram jer…
Baca entri terkini Blogger suri´s: Kaki Ulat Buku Bukan Kisah Lipaslah
itu yg pelik tu…agaknya nak kena lempang sorang2 kot…hahaha
hargailah diri ada masa sihat… klu tak sakit datang menjelma huhu…
Baca entri terkini Blogger suri´s: SimSimi
Itu yg org kita tak pandai nak menilai..wanau’zubillah
besor nya lah rokok, sedih anak teruna akak yang sulong merokok walaupun babah dia tak hisap rokok
Baca entri terkini Blogger sweetkurma´s: tukar cara
hehe..tu kat perancis kak..hehe
moga dia akan berniat utk berhenti…ameen
Bila merokok fikirkan yang tidak merokok. Tak adil mereka menghidu hembusan asap rokok tersebut.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Badminton Terbuka Malaysia 2013 milik Lee Chong Wei
Itu yg sakit hati tu bro. Anak2 kita tak pasal sakit mata dan tekak..depa buat derk saje…geram tu mmg geram!
Saya pikir rumah sakit dan pusat perbelanjaan mall juga merupakan kawasan yang masuk dilarang untuk merokok
Baca entri terkini Blogger grosir jilbab murah´s: Ciput Anti Tembem
Setuju tu. Mmg kawasan yg ramai org
tapi kat situ jugak dorang nak hisap.. tak faham
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Layak ke Blog Ini Tercalon??
@fieza, tu yg bikin panas tu
hidup bermasyarakat memang macam tu
orang lain yang buat hal, semua terpalit dengan akibat
sama je dalam bab lain seperti urus sampah, longkang
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Kelantan Menjadi Tumpuan Dan Perhatian
Itu yg masalahnya org kita. Tak reti nak hormati org lain…asyik nak org dengar cakap kita ajer..
masa bab makan paling tak suka kalau ada bau rokok.
really sgt2 marah.
Baca entri terkini Blogger nurmisnan´s: Majlis sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013
Setuju. Mmg rasa nak hempuk jer pinggan kat perokok tuh..huuuh
slu pas makan.masa hujan depa suka bt kje ni heeee
lokasi merokok, lagi dilarang lagilah dibuat(tak semua ye). mungkin penguatkuasaan lebih tegas diperlukan, kempen tinggal kempen, perokok dah lali.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013
Penguatkuasaan mmg langkah yg ambe rasa paling berkesan selain kita sebagai org awam membantah mereka yg merokok di tempat awam…kalau kitapun buat derk saje, lagilah mereka melampau…
Kebanyakan perokok tegar tak peduli sangat larangan ni, terutamanya di kedai makan la, walaupun dah terpampang tanda larangan…
banyak hisap rokok tak ada apa berlaku duit tebang cam asap rokok huu..
Baca entri terkini Blogger suri´s: Ikut Kepala Dia Sahaja
Salam !
Kawe doh trimo adiah mung. belum sempat tengok lagi sebabnya di rumah kakak tu…hahahha Trimo kasey banyok banyok deh!
Baca entri terkini Blogger Qashmere´s: Marriage Is A School – Mufti Ismail Menk
As salam MA,
Alhamdulillah. Bagus2…
kena bertegas kat tempat awam…
Baca entri terkini Blogger hairulafiz´s: Keputusan penuh PKNS FC vs Johor Darul Takzim
Itu sudah pasti, tp org kita buat derk jer selagi tak penguatkuasaan yg betul2 serius
sy mmg dari dulu pantang dgn org merokok ni, salah satu kriteria yg WAJIB ada pd bakal suami
dan alhmdllh mmg suami pun anti-perokok
Baca entri terkini Blogger Ummi Hanie´s: Laksa Cina, resepi dan cara masak
Itu yg bgus tu. Agaknya mungkin boleh bakal mertua tetap “mas kahwin” tambahn iaitu bakal suami mesti bebas rokok
rokok tu yg tak tahan.
kena jaga anak bila remaja.. jgn terjebak
Itu yg nak kena didik sejak kecil…
Fakta pasal rokok yang kita perlu tahu – kita yang tak merokok sebenarnya lagi bahaya dari seorang yang merokok….
Baca entri terkini Blogger Izzuddin Fauzi´s: Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1
Itu yg sebenarnya bro, tp depa buat derk jer
den kalau kat ghumah mmg kat luar la jawabnya….klau opis mmg dh ado tompek khas….ingat nk beli okok letrik la plak…
Baca entri terkini Blogger yas´s: Video Kemenangan Jozan di Final Maharaja Lawak 2012
ok jugak la lau tau batas tempat yg nak merokok tu, yg tak tahan lau tempat2 awam pun dibedal..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Layak ke Blog Ini Tercalon??
@fieza, tu yg sakit kepala tu
hehehe…eloklah tu bro…ambe respek pada perokok camni
Sokong, biarlah ada tempat yang bebas daripada asap rokok. Mungkin cadangan tempat yang perlu bebas rokok juga ialah rumah kediaman. Biar ahli keluarga yang tidak merokok sihat walafiat.
Baca entri terkini Blogger Arrazi´s: Waktu Sesuai Memulakan Blog
yg ni mak ayah kena pantau la.. tapi kalau ayah yg hisap, susah jugak tu..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Layak ke Blog Ini Tercalon??
@fieza, anak mesti tgk bapak
Itu sebaiknya. Patutnya si ketua keluargalah yg tunjuk contoh, tp kalau dia sendri ketua rokok..camne?
geram jugak, ada tu dlm kawasan ada air cond pun dia hisap, tak faham sungguh. mmg dorang de hak utk hisap rokok, tapi biarlah bertempat..
harap mereka lebih hormati org yg tak hisap rokok..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Layak ke Blog Ini Tercalon??
@fieza, tu mmg sel2 saraf dia dah rosak…takleh buat ape dah
Perghhh.. beso giler batang rokok tu.. nape tak buat kat m’sia macam tu.. lepas tu letak tengkorak kat sebelah rokok gergasi tu.. dapat juga bagi kesedaran pada remaja…
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Ada yg Dengki kat Hairul ke? Testimonial Pembeli yg Jana RM6K Sebulan bagitaw
Ni kat perancis…
elok jugak kalau ada sebatang camni kat mana2 tempat tumpuan…
Hehe..sy pun salah sorg perokok..tak tegar..tapi sy hormati hak masyarakat..untung ada insan seperti sy..nak merokok, jauhkan diri utk seketika dan cari port yang sesuai..hehe
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Sepetang Bersama Blogger 2013 – #SBB2013
Itu yg bagus. Ambe mmg respek kalau perokok jenis ni…moga bro dikuatkan hati utk terus berhenti…ameen
syukurlah saya bukan seorang perokok. kek dtg berhampiran saya dan anak2.
ada satu lagi tempat yg sepatutnya bebas dari rokok iaitu Lif.
p/s: jumpa bro nanti di #SBB2013. in shaa Allah
Baca entri terkini Blogger Ladfe Amir´s: Salah Hantar Message
Lif. Itu semestinya.
Alhamdulillah dapat jumpa bro
Kadang-kadang memang rimas dengan asap rokok ini. Walaupun kita tak merokok, kesihatan kita jugak terjejas apabila menghidu asap rokok.
Baca entri terkini Blogger Blog Asyraf´s: Senarai Penjaring Gol Liga Super 2013
Mmg rimas…nak2 kita ada anak kecil
Kepada perokok tegar, jom berhenti merokok!
Baca entri terkini Blogger Blog Asyraf´s: Senarai Penjaring Gol Liga Super 2013
Saranan yg wajib disahut!
Sy dah berhenti…
Baca entri terkini Blogger Joe´s: Buat Duit Online Dengan Amazon Associates
Terbaik bro Joe! Tahniah
ada yang berpegang bahawa amalan merokok haram. ada juga yang berpegang merokok itu makruh.
Tapi Allah SWT tidak suka amalan yang makruh.
Baca entri terkini Blogger faizal´s: Tema Maulidur Rasul 1434/2013
Jauhkan benda makruh
kalau merokok dalam kenderaan, jadi bau masam di dalamnya. Kurang selesa jika begitu.
Tapi masih ramai yg merokok dalam kereta…anak bini ada kat sebelah…entah apa jenis suami entah…huuuh
Ya Allah.. jauhkanlah kami dari segala bencana dan penyakit… amin…
Baca entri terkini Blogger Wan Fauzi´s: Motivasi Atau Tindakan
Ameen ya Rabbal a’lamin
semua tempat memang tepat, tapi kebiasaan bagi seorang perokok, mereka lepas makan atau sedang bersembang sambil minum di kedai makan, diorang dapat menghabiskan beberapa batang rokok dalam selama mana dorang duduk kat situ, melainkan kedai makan yang pasang penghawa dingin. mesti tak nampak orang hisap rokok kat situ.
Baca entri terkini Blogger nazray´s: Cara jailbreak untethered iOS 6.0, 6.0.1, 6.0.2, 6.1 menggunakan Evasi0n.
Itulah ‘kehebatan’ mereka. Sekotak dalam masa beberapa jam…
kat Malaysia je bleh isap rokok kat mane2… kat oversea ada line kotak yg dorg sediakan utk perokok… kalo kuar dari kotak tu kena saman la… huhu
Baca entri terkini Blogger Hazril´s: Allergen-Proof Your Home – 4 Tips For Cleaner Air
sejak pulang dari SBB kemarin saya memutukan untuk berhenti merokok dan Alhamdulillah berhasil sampai sekarang
Baca entri terkini Blogger munir ardi´s: Apa kataku tentang Brand Denaihati Bagian 1
{ 1 trackback }