Lidah & Lisan, Memang Mencabar!

Assalamua’laikum.
Nasihat Lisan, Memang Mencabar! Mesti pernah dengar tentang satu maksud hadith Riwayat Muslim ni, “Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.” Hari ni….

Di sebuah kedai makan. Ambe, isteri dan dua anak sedang aman bersarapan pagi. Sambil bercerita tentang kartun Eori dengan Kakak, tiba-tiba isteri tersayang bersuara, “Ni makhluk mana pulak yang isap rokok ni.” Isteri ambe memang pantang dengan perokok yang takde sivik, hisap rokok dalam kedai makan.

Mata seksi ambe melilau sekeling, mencari manusia kurang kasih sayang yang merokok. Hidung ambe hari ni kurang mampu berfungsi dengan baik selepas dua tiga hari selsema. Rupanya manusia yang dicari hanyalah meja sebelah kami yang didiami oleh dua orang Pengakap Sekolah.

Menyirap darah perasan muda ambe. Dahlah ambe dulu-dulu Ketua Pengakap. Nak jer jerkah mereka berdua dengan suara serak-serak basah ambe ni. Teringat pada entri ambe yang lepas tentang “5 Tempat Wajib Bebas Asap Rokok.” Ambe makin bengang bila tengok mereka ni masih budak sekolah. Kaya sungguh budak sekolah zaman sekarang. Kalau zaman ambe dulu, member yang merokok ada sebatang dua jer dalam poket. Ni sekotak sorang atas meja.

Taklah budak mana pun. Tingkatan 4/5 rasanya. Ambe perasan, meja belakang ambe pun yang didiami oleh satu keluarga juga macam tak selesa dengan bau asap rokok mereka ni. Merek rileks jer his hembus. Konon cool! Hati ambe rasa nak hempap jer kerusi kat atas kepala mereka, tapi Allah pesan dalam Surah al-Asr supaya berpesan dengan kesabaran. Ambe kasi budak-budak ni habiskan rokok dulu.

Elok ambe tengok rokok dah nak habis, ambe bangun sambil merapati meja budak-budak ni. “Dik, maaf abang nak cakap sikit yer. Lain kali kalau nak hisap rokok, tengok sekeliling dulu tak takut ke tengok abg ada 6 pack ni …ni hisap kat sini tak berapa sesuai….”

“Errr…maaf yer bang,” budak tu sedikit terkejut tergagap menjawab.

“Ingat yer dik. Terima kasih,” ambe terus beredar ke kereta. Dalam hati, inilah kali pertama ambe menegur perokok dengan lisan. Biasanya ambe membebel dalam hati jer. Takpun, kalau berpeluang ambe tiup putung rokok mereka kuat-kuat. Kali ni ambe betul-betul nekad nak tegur.

“Budak-budak ni tak takut ke terjumpa cikgu sekolah mereka? Takpun mak bapak tahu?” Isteri cuba mencari jawapan bagi soalan yang ambe sendiri takde jawapannya. Ambe cuma cakap, “Kalau cikgu pun hisap rokok, bapak pun hisap rokok…macam mana nak takut?”

Nota tambahan:
1. Kalau semua yang tak merokok pakat saling nasihat-menasihati dengan kesabaran, mereka yang merokok dalam kedai contohnya, pasti perokok tak berani nak hisap rokok lagi dalam kedai.
2. Kita semakin “kalah” dalam mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Betul tak?
3. Sudah tiba masanya untuk kita berani tegur perkara mungkar yang berlaku depan mata kita. Mulakanlah dengan keluarga kita sendiri. Beranilah untuk menegur anak isteri kalau masih belum sempurna tudungnya. Tegurlah suami yang masih berseluar pendek ke sana ke sini.
4. Moga kita semua diberi kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik. Ameen.

@hafizmd – Lidah & Lisan, Memang Mencabar! Memang kita berdebar bila nak buat benda baik. Buat jahat, rileks jer. Astaghfirullah!