Jul 13, 2011

Wordless Wednesday: Oh! nuff nuff…

Assalamua’laikum.

Moga sahabat-sahabat dalam keadaan sihat dan rahmat Allah jua. Ameen.

(Ada masalah nak komen bila aku update wp 3.2. Rupa-rupanya script wp-comments-post.php yang hilang)

Continue reading »

Jul 12, 2011

Masalah wp-config.php bila update wordpress 3.2…

Assalamua’laikum.

Kembali bersiaran selepas mata agak merah dan mengantuk 2 -3 hari ni. Pedih bukanlah sebab aku p bersih tu, tapi sebab aku berkawal malam-malam kat pondok Rukun Tetangga. Lagi bagus ape? hehe…

Khas untuk pengguna wordpress, versi 3.2 dahpun selamat keluar dan aku dengan rakusnya telah mengemaskini versi tersebut. Konon tak nak macam ‘katak dalam botol free BPA’lah….

Entah macam mana, pagi tadi takleh nak login dashboard wordpress, blog yang tak berapa hensem ni pun dah tak boleh buka. Sekali tengok ada error ni;

"cara selesai masalah erro wp-config error 3.2 wordpress"

Alamak, dahlah aku ‘agak’ celik IT, tetiba fail wp-config dah hilang pulak dah! Aku dah gabra dah ni…

Continue reading »

Menilai prestasi…

Assalamua’laikum.

Mengikut 1 ungkapan emas yang selalu aku dengar (tapi aku tak pasti siapa), “beruntunglah sesiapa yang hari ini lebih baik dari semalam…”. Ungkapan yang cukup ringkas, tapi banyak pengertiannya. Antaranya mengajar kita untuk menjadi manusia yang sentiasa cuba memperbaiki kelemahan diri.

Contohnya, kalau semalam aku solat Asar pukul 5.30, apa kata aku perbaiki mutu solat aku hari ni dengan solat lebih awal@pada waktunya. Siapa yang untung? Kitakan?

Kalau semalam aku makan 3 kali nasi, hari ni aku makan 3 kali jugak tapi kurangkan jumlah sendukan nasi tu. Ok tak? Ini pulak contoh yang senang kita nak nampak. Siapa yang untung? Tokey kedaikan? Kitakan?

Nak lagi?

Continue reading »

Bila nyawa anak-anak di Tadika menjadi taruhan…

Assalamua’laikum.

Berita terkini pasal guru dan murid Tadika Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki berparang sejak pagi tadi memang benar-benar buat darah aku berderau tak tentu pasal.

Mana taknya, kalau aku yang jadi salah sorang ibubapa kat situ…hanya Allah saja tahu apa perasaan kami. Alhamdulillah, jam 3.41 petang tadi, semua guru dan anak murid selamat tapi lelaki berparang belum tentu selamat sebab tembakan polis tepat ke kepalanya!

Continue reading »

Juara Liga Super:Pahlawan Merah memang hebat!

Assalamua’laikum.
(Entri untuk ambil mood berblogging…)

Perlawanan terakhir liga super malam ni. Kali ni, juara liga terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir. Antara Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Aku memang nak Terengganu yang menang dan jadi juara walaupun dah dapat Piala FA, agaknya dah lama tak dapat piala, tu yang kemaruk kot?hehehe…

Setakat ni, nampak gayanya Kelantan dah hampir sangat nak jadi juara. Tinggal 4 minit jer lagi. Mesti penyokong Gomo Kelate Gomo berdebar. Relaks, sabar.

Memang liga super tahun ni lebih seronok, menarik tertarik berbanding tahun-tahun lepas.

Tu diaaaaaa….
Juara liga super: Kelantan (Menang 2-1)
Naib juara liga super: Terengganu (Menang 6-2)
Penjaring terbanyak: Abdul Hadi Yahya (Terengganu-20 gol)

psssst….yesssss….Mood datang balik dah sikit….

® hafizmd – habis sudah liga Malaysia, tunggu pulak Piala Malaysia….hehehehe

Pages:«1...14151617181920...56»

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin