Akhirnya Harimau Muda Tersungkur Jua….

malaysia vs indonesia

Assalamua’laikum.

Salam pagi Jumaat. Pagi yang menyegarkan. Bulan pun terang malam tadi. Sama macam malam sebelumnya. Cuma, malam tadi mungkin ada jiwa-jiwa yang sikit suram dan kelam serta rasa nak mogok alsebab skuad bola sepak Harimau Muda kalah di kaki Garuda, Indonesia dalam perlawanan separuh akhir Sukan Sea Myanmar. Seri 1-1 hingga tewas sepakan penalti 3-4. Juara bertahan tewas, pasti perit untuk peminat sejati bola sepak Malaysia. Mungkin ada yang menitiskan air mata selepas skuad kita tewas malam tadi. Serius…..

Kami bangga dengan Harimau Muda!

1. Sejak awal lagi, skuad kita nampak lambat panas. Macam hero hindustan, selalunya last-last minit baru jadi power dengan macam-macam gerakan menarik. Banyak kali, bukan malam tadi jer.

2. Selalu sangat, hingga minit 50-60, penyokong Malaysia macam rasa seksa tahan nak buang air kecil. Mendebarkan lagi menyeksakan jiwa juga tengok permainan awal skuad kita. Sama juga dengan malam tadi. Sampai ke minit 84, aku tetap yakin yang gol akan muncul. Serius, berdebar tu memang menggila!

3. Tapi, bila Izzaq Faris masuk, terus jadi 4 striker. 4-2-4? Memang nampak benar nak score! Akhirnya, Thamil Arasu menjadi penawar tepat waktunya. Hantaran sepakan sudut Nazmi Faiz singgah tepat kat kaki Thamil, goooooooool! Memang lega woooo!

4. Bila dah masuk masa tambahan, tak gol-gol jugak. Sah masuk penalti. Bila dah masuk sampai penalti, keeper dah jadi manusia paling penting atas padang masa tu. Kalau ikut pengalaman, keeper Indonesia memang lagi banyak pengalaman dalam pentas antarabangsa. Dia jugak keepernya masa Sukan Sea 2011 dulu. Masa final tu, dia juga yang dapat selamat beberapa tendangan penalti pemain Malaysia.

malaysia vs indonesia sukan sea myanmar 2013
Izham – Keeper pelapis terbaik yang Malaysia miliki!

5. Berbanding Izham, dia memang cool sepanjang perlawanan, tapi bukan tuahnya dalam sepakan penalti. Apapun, Izham sah watak penting dalam pasukan Malaysia untuk sampai ke semi final malam tadi. Selamat berjaya dalam pasukan baru, JDT I.

6. Nazmi. Memang benar-benar berbakat dan kreatif. Susuk tubuh kecil, tapi mutu kawalan bola dan passing memang terbaik. Kalau dia badan besar sikit, memang boleh pergi jauh-jauh lagi. Moga dia kekalkan prestasi macam ni. Tak mustahil, dia akan jadi regular player untuk skuad senior kebangsaan!

7. Coach Datuk Ong Kim Swee. Ramai jugaklah yang kutuk-kutuk dia sebab tak masukkan Rozaimi-Nazmi seawal minit pertama. Dah nama jurulatih, mesti dia dah timbang tara sape yang nak main 1st eleven. Tahniah Datuk OKS sebab bawa pemain kita sampai ke semi final. Paling penting, sebab berjaya asah bakat-bakat pelapis pemain bola sepak Malaysia!

Ayuh penyokong sejati bola sepak Malaysia, janganlah kutuk-kutuk terlebih sangat, masa menang sanjung, masa kalah pun kita kena sokong. Barulah namanya peminat sejati!

Lagipun kita kalah dengan bermaruah dan tak terkalah!

@hafizmd – Sukan SEA tak habis lagi, kita dah lepas 30 pingat emas. Ada lagi 10 nak capai KPI!