Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA!
Assalamua’laikum.
Malaysia vs Indonesia. Perlawanan yang pasti ditunggu-tunggu. Sentiasa panas lagi hangat. Di Twitter, dah ada perang saraf antara penyokong Malaysia-Indonesia. Cuma, janganlah lebih sangat sampai caci maki. Main bola jer pun. Takyah lebih-lebih sangat. Kali ini di Myanmar. Sudah pasti suasananya cukup berbeza. Yang ada ialah Harimau Muda vs Garuda! Ayuh Malaysia!!!!
Malaysia vs Indonesia Separuh Akhir
1. Rekod lama tak payah cakaplah. Itu semua sejarah. Yang penting sekarang ni, prestasi semasa setiap pasukan. Malaysia memang ramai yang letak sebagai pilihan utama untuk ke akhir. Tekanan besar tu untuk pemain kita!
2. Corak bertahan yang coach OKS amal dalam hampir setiap perlawanan selama hampir 50-60 minit memang boleh buat jantung peminat Malaysia rasa macam nak gugur. Mana tahan tengok asyik kena serang. Tengok game Malaysia vs Vietnam hari tu. Adoi….seksa jiwa ooo tengok bola tak berhenti ke gawang Malaysia. Si Izham Tarmizi tu dah jadi manusia paling sibuk hari tu.
3. Watak penting yang terlepas pandang masa lawan Vietnam? D.Saarvindran. Dia tak dipilih pun 2 tahun lepas sebab tak cukup speksifikasi coach. Tahun ni, nampak dia menjadi. Satu hantaran cantik untuk Ashri Chuchu dan 1 gol cool D.Saarvindran. Harapnya, petang ni dia berjaya mainkan wataknya dengan lebih berjaya!
“KECERGASAN, KONSISTEN & SIKAP PAHLAWAN” – 3 ciri-ciri pemain yang Datuk Ong Kim Swee cari!
4. Striker Thamil Arasu. Ramai juga peminat yang nak dia direhatkan. Aku mula-mula fikir camtulah jugaklah. Tapi bila tengok balik tahap kerajinan melampau dia yang tolong barisan tengah dan pertahanan, aku rasa sebab tu coach OKS masukkan dia dalam 1st eleven untuk mengimbangi corak bertahan Malaysia. Badan dia sasa. Lari pun laju. Boleh score cuma sekarang masih tak menjadi. Petang ni mungkin petang yang terbaik buat Thamil Arasu!
5. Defender. Petang ni takde ‘The Tanker’ K.Reuben yang dah rembat baik punya 2 kad kuning. Takpe, ada pertahanan lain yang boleh ganti dia. K.Reuben ni memang kadang-kadang terlebih ganas, risau jugak bila dia dekat dengan striker lawan dalam kotak penalti, tapi sebab dialah striker lawan payah juga nak masuk kawasan penalti kita.
6. Tengah. Takde nak harap lain dah. Irfan-Nasir nampak bagus juga. Nasir punya balingan pun jauh. Kuat betullah tangan Nasir ni. Power! Nazmi mungkin macam biasa masuk lambat. Petang ni mungkin masuk awal. Mungkin. Sebab taktik coach OKS ni memang lain macam sikit. Payah rasanya pihak lawan nak baca. Ada jer taktikal menarik yang dia buat.
7. Macam biasa, ada siaran langsung Malaysia vs Indonesia di TV1, TV9 dan Astro Arena 801. Ada live streaming Malaysia vs Indonesia di sini –> Live streaming Malaysia vs Indonesia.
@hafizmd – Bsing lagi rumah petang ni…hahahha…Ayuh Harimau Muda. Misi pertahan emas bola sepak pasti berjaya petang ni!!!
Tak sabar nak tengok aksi Malaysia menentang Indonesia.. Diharap pasukan Malaysia dapat bermain dengan baik… Malaysia Boleh!!
harap Malaysia menang , harapan tuh tetap ada…
Aku sedang tengok ni.. Berdebar rasanya.. Harap Malaysia dapat mengulangi kejayaan 2 Tahun lepas..
Sejak dari game lawan Laos lagi masalah nie dah wujud. Tak boleh nak pegang bola langsung. Tengok je kat Twitter, semua orang nk Nazmi main.
Nak buat macam mane, diorang bukan coach. Kalah dah…
But, we all should prouf of them. Tahniah Irfan and com.
#TeamMsiaBoleh
Itulah. Semua nak nazmi main awal…tp coach mesti dah ada taktikalnya sendiri…
akhirnya, akur jugaklah…mmg malam tadi takde luck utk team kita…apapun, bangga sgn smangat melawan Harimau Muda…tahniah!
Pertandingannya sangat seru tu 1-1, sebenarnya seimbang ya antara Garuda Muda dan Harimau Muda…