Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan

giveaway blog faizalpj.com

Assalamua’laikum.

Dah nak hujung-hujung tahun ni, inilah masanya nak masuk mana-mana kontest/giveaway yang ada. Jangan cakap takde pulak. Ada 7 kontest kalau tak silap ambe semuanya. Antaranya Giveaway Ulangtahun Perkahwinan ke-2 Blogger Faizalpj.com ni. Senang sangat pun. Jangan risau, takdenya bro FaizalĀ  minta klik sana-sini. Kena klik LIKE satu fan page Fb jer.

Giveaway Faizalpj.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan

giveaway blog faizalpj.com

1. Syarat-syaratnya macam yang ambe katalah, senang yang amat. Kena pilih 5 entri terbaik ataupun review blog Faizalpj.com. Pilih antara satu. Kalau super rajin, korang buatlah dua-dua sekali. Mana tau, dapat bar emas dalam gambar kat atas tu seketul…hohoho (hadiah emas takde dalam senarai hadiah, jangan nak memandai…hahaha).

2. Jadi, ambe pilih untuk review blog faizalpj.com. Jom baca review serba ringkas untuk blog faizalpj.com. Jangan risau, ambe bukan kaki review, tengok zahirnya saja, bab ‘batin’ blog, ambe tak berapa nak reti….

  • LOADING BLOG. Kalau ikut time ambe tulis review ni, loading blog berkelajuan 21.6 saat. Sedikit perlahan. Mungkin broadband yang ambe pakai ni jenis siput, kalau jenis arnab…rasanya takde masalah.
  • SIDEBAR. Ambe cari-cari juga ruangan Entri Terkini tapi takde di sidebar blog Faizalpj.com. Bagi ambe yang biasanya akan baca lebih 1 entri bila singgah, ruang Entri Terkini memang penting. Ini pandangan ambe saja. Yang ada ialah Archieves, bagus juga tapi ianya jenis bulanan. Takde tajuk entri yang ‘menyukarkan’ lagi pembaca untuk terus lepak lama-lama kat blog ni.
  • SITEMAP. Ambe ada nampak butang sitemap kat bawah blog. Tekan butang tu, tapi ia pergi ke entri giveaway. Mungkin blogger Faizalpj masih godek-godek sitemap ni. Kalau ada sitemap, lagi senang pembaca nak tengok catatan dulu-dulu. Lagi lama pembaca lepak kat blog kita, lagi bagus. Kita sedia maklum.
  • BANNER GCP. Memandangkan bro Faizalpj buat bisnes jual beli emas, mungkin ada bagusnya banner GCP diletak di sidebar ataupun header blog. Mungkin lebih cepat ‘ditangkap’ oleh pengunjung blog ni.
  • RELATED POST. Ada dua related post dalam single post. Mungkin bro Faizalpj boleh guna satu jer. Samada linkwithin atau yang satu lagi tu.

3. Lain-lain pandangan tentang blog Faizalpj.com. Paling menarik ialah adanya hellobar kat header paling atas. Memang menarik perhatian. Rasa nak tekan jer tiap kali tengok..hehe

giveaway faizalpj.com
Nak join tak? Ada masa sampai 29 Disember 2013,11.59pm.

4. Lain-lain, ambe takde masalah. Semuanya best dan menyeronokkan. Selamat hari ulangtahun perkahwinan kali ke-2 buat bro Faizalpj dan isteri. Semoga berbahagia dunia akhirat hendaknya.

5. Korang nak join jugak? Kalau korang sukakan benda-benda wangi, baik gi buat entri untuk giveaway ni cepat-cepat. Kalau tak, memang senang-senang jer nanti ambe jadi yang bertuah dapat wangian kasturi emas!

@hafizmd – Ada lagi deretan kontest yang ada. Sempat, bolehlah masuk…hoho