Misi Penting Malaysia vs Vietnam Bola Sepak Sukan SEA Myanmar
Assalamua’laikum.
Malaysia seri 1-1 dengan Singapura. Gol minit akhir hasil sepakan lencong cukup cantik daripada Rozaimi. Nyata sekali, setiap kali Rozaimi main, insyaAllah ada gol yang dia akan sumbat. Nampaknya, dia macam dah jadi mesin pencetak gol untuk skuad Harimau Muda A. Terutama dalam situasi bola mati. Cuma, petang ni harapnya Rozaimi masuk dalam 1st eleven bergandingan dengan Hazwan.
Live streaming Malaysia vs Vietnam
Klik sini –> Live streaming Malaysia vs Vietnam
Live di TV1, TV9 dan Astro Arena
1. Malaysia pilih jalan sukar untuk ke separuh akhir. Bukan tak boleh menang masa lawan Singapura, tapi tengok sajelah cara Singapura bertahan bermula di barisan tengah lagi. Cukup ketat!
2. Macam biasa, kemasukan Nazmi Faiz memang memberi impak yang cukup besar. Gandingan Nazmi-Irfan Fazail memang nampak menjadi dan santai. Hantaran dan first touch Nazmi memang terbaik.
3. Cuma yang risau ialah kebergantungan tinggi pada Nazmi Faiz. Kalau dia takde, macam takde pemain lain yang hampir sama untuk gantikan peranan yang dia mainkan.
4. Penyerang. Sekarang ni, penyerang Selangor Hazwan Bakiri nampak semakin berbisa. Petang ni, harap sangat gandingan Rozaimi-Hazwan yang menjadi pilihan jurulatih Datuk Ong Kim Swee.
5. Walaupun ada jugak peminat yang kutuk-kutuk mutu permainan anak buah OKS, ambe masih memuji bentuk hantaran dan taktikal yang OKS terjemah. Hantaran pendek celah-celah pemain lawan masih boleh dipuji.
6. Tuan rumah, Myanmar dah out. Jurulatih Myanmar jugak dah dipecat sebab kalah peringkat kumpulan!
Buat peminat sukan Malaysia, jangan lupa temujanji petang ni. Jam 5.30 petang. Malaysia vs Vietnam!
@hafizmd – Kenapa ramai yang kutuk? Ambe yakin yang pengutuk-pengutuk tegar ni masih “terperangkap” dalam saingan BPL mahupun La Liga! Janganlah nak bandingkan dengan liga mereka ni. Agak-agaklah….
suku akhir? semi bro. hehe.
singapura power set pieces sebab player dorang tinggi.
Kalau xde nazmi, irfan fazail boleh control midfield. cuma striker kita xkonsisten. Rozaimi finishing power tp fizikal kurang sket. kalau dapat bola thru pass cantik mmg makanan dia.
hehe…thanks bro..dah ubah =)
singapura sama macam lions XII pakarnya…set pieces mmg power..
setuju tu, tpi aku tgk kalau nazmi ada, irfan fazail lebih menyerlah…
rozaimi mmg kalau bola cantik, kebarangkalian bola masuk gol mmg tinggi..
apepun, khamis ni, malaysia vs indonesia…
OK. malaysia dah lepas peringkat ni. sekarang kena jumpa musuh tradisi, indonesia. Ibarat ulangan perlawanan akhir 2 tahun lepas
irfan memang pasangannya dengan nazmi. saling sama backup antara satu sama lain.
Diorang faham tugas memasing.
Tu pasal, through pass irfan selalu jadi bila nazmi ada atas padang. So far, aku nak tengok diorang main atas nama “harimau malaya” lepas ni.
striker..aku rasa dah ok dah. thamil dengan rozaimi atau thamil dengan hazwan. tak kesah memana, ok dah diorang ni. striker pelapis negara.
Yang leh ganti thamil, izzaq aje. Sebab ketinggian dan kesasaan badan diorang. Izzaq memang jarang masuk sebab thamil lebih perform.
defend tu..ada fadli shaz dengan ruben. aku dah rasa selamat sikit walaupun ruben ni kekadang over protective sikit. Sampai tergol sendiri. haha..
separuh akhir, aku rasa leh menang. Cuma harap tak jumpa singapura masa final. Sakit jiwa sikit kalau lawan singapura. Perangai diorang bila gol, jadi bengong. Masa tu la semua pemain sakit dan terus pandai berlakon dan masa tu jugaklah suka buang bola.
hahaha..bab irfan-nazmi tu mmg ngam dua org ni..nampak serasi
thamil arasu walaupun tak score, dia giler rajin naik turun siap jadi defender lagi..tu yg agaknya coach oks selalu letak dia 1st eleven…rozaimi pun bagus, jadi supersub bagus jugak
singapura mmg dah sedia maklum, dalam apa2 kejohanan, camnilah perangainya…hehe
esok lawan indonesia, insyaAllah menang walaupun takde reuben yg dah ada 2 kad kuning…reuben the tanker…mmg ganas dia main, tapi coool…keh3
As salam Hafiz…kak Ummi datang singgah sini…..apa khabar… ^^
Memang adik akak ni peminat bolasepak nombor one tak dapat dinafikan lagi…. ^^
Apapun tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya menumpaskan pasukan Vietnam…harapan semoga terus menaikkan nama negara di Sukan Sea di Myanmar…insyaAllah.. ^^
p/s Kak Ummi peminat nombor one Allahyarham Mokhtar Dahari… ^^
Hati maza sudah tak bisa tenang.. sukar dibendung mahu menonton. huhuhu
sedang ligat mencari alasan untuk pulang awal hari ini.. uhuk!
SELAMANYA, SELAMANYA, SELAMANYA HARIMAU MALAYA!