Assalamua’laikum.

“Bukankah kau tahu kesukaanku ialah belacan. Mengapa engkau masak sayur asam tak mahu campur belacan?” Ingat tak dialog ni. Ini antara dialog dalam karya Seniman P.Ramlee, Seniman Bujang Lapok. Nampak tak? Sebab tak bubuh belacan, suami boleh naik hangin tak tentu pasal. Naya sungguhlah dapat laki lagu ni! Buat iseri, bersabarlah dalam melayan karenah dan mehnah dalam berumahtangga. Jom kita sama-sama santai ulangkaji bab “Isteri kena awasi menu suami sebagai tanda kasih dan cinta.” Fuh…macam sedap jer tajuk ni…

Petua menjadi isteri solehah lagi disayangi suami

Sungguh bukan nak reka cerita
Lelaki memang suka isterinya peka lagi cakna
Kalau kawan-kawan tegur bab apa saja
Mungkin masuk telinga kiri, keluar telinga kanan pula
 
Cuba isteri yang tegur penuh mesra
Ayatnya biarlah sedap telinga suami mendengarnya
InsyaAllah masuk telinga terus meresap laju ke jiwa
Itulah tanda dan kuasa cinta
Inilah manisnya alam rumahtangga
Betul tak kata-kata hamba?
 
Isteri cerdik yang solehah penyejuk mata
Janganlah kerna suami suka gulai kuning telur mata
Setiap hari dihidangnya tanpa suami mampu menolaknya
Apakata ubah selera tukar bahan-bahannya
Guna susu rendah lemak ganti santan yang tinggi kalorinya
Moga suami lebih sihat lagi power panjang umurnya
 
Isteri cantik yang solehah
Waktu petang menjamu suami kuih-muih sepiring dua
Ditambah pula kopi garuda manis yang suami suka
Suami pantang menolak minum petang isteri terchenta
Sekali lagi kuih bersantan berlemak menjadi aras penanda
Elok kuih diganti dengan hirisan buah-buahan dan yang sama waktu dengannya
Air manis dikurangkan gulanya
Bukankah si isteri sudah cukup manis untuk menjadi temannya?
 
petua menjadi isteri solehah
Isteri bijak yang solehah
Memahami selera suami satu perkara yang susah? Entahlah…
Biasanya lelaki makan tak berkira…semuanya dibedal tolak batu dan kayu sahaja
Ada suami yang sukakan telur dadar telur meleleh telur mata
Pagi petang siang malam telur telur telur saja
Awas, kuning telur tinggi juga kolesterolnya!
Wajar ditegur penuh mesra selera encik suaminya
Moga suami sihat sentiasa disamping isteri terchenta
 
Isteri cerdik yang solehah
Berwaspada hidangan ikan dan ayam bakar juga
Janganlah sampai dibakar sampai hitam kulit dan isinya
Dikhuatiri ada karsinogen penyebab kanser sudahnya
Begitu juga minyak marjerin dikurangkan jumlah dan penggunaannya
Jangan diulang guna sampai hitam warnanya
Kalorinya cukup tinggi lagi merbahaya!
 
Akhir kata untuk para isteri solehah penggoncang dunia
Di tanganmu punya kuasa luar biasa
Mampu melahir manusia hebat sepertimana Usamah r.a. Panglima Termuda!
Bisa juga menjadi penawar hebat tatkala suami menanggung beban luar biasa
Sepertima Saiyidatina Khadijah r.a. menenangkan Rasulullah SAW sebaik-baiknya
Itulah saat Baginda menerima wahyu Allah yang pertama
 

@hafizmd – Sama-sama suami menghargai pengorbanan isteri dengan sentiasa menyokongnya.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.