Lelaki menopaus: Wartawan pelatih dan Pak Din Bolognese…
Assalamua’laikum.
Alkisah. Ada seorang wartawan pelatih (nama terpaksa dirahsiakan) telahpun mendapat tugasan berkaitan lelaki menopaus. Kebetulan si wartawan pelatih balik ke kampungnya dan terus teringat kepada seorang lelaki tua yang punya banyak pengalaman iaitu Pak Din Bolognese. Boleh juga dia selitkan sedikit intipati dalam laporannya itu nanti.
Macam-macam soalan sudah dia sediakan untuk Pak Din. Lagipun, lama juga dia tak menjenguk orang tua ni sejak cerita Pak Din Bolognese disiarkan sebuah blog beberapa bulan lepas.
Di petang hari yang begitu damai, wartawan pelatih (WP) menemubual Pak Din Bolognese tentang isu ini.
Kuning Oh! Kuning…
Assalamua’laikum.
Salam siaran bertemakan warna kuning. Cuba bayangkan hidup kita hanya ada warna hitam dan putih saja ibarat menonton filem@drama hitam putih di tv. Apakah kita lebih seronok dan ceria? Semuanya hanya hitam dan putih.
Apa yang nak dikongsikan hari ni ialah pasal warna kuning. Kenapa kuning? Sebab banyak fakta menarik tentang kuning yang boleh dikongsikan bersama (bersumberkan wikipedia).
Kalau anda ada apa saja pasal kuning, ayuh kongsikan bersama. Kita tinjau dulu apa yang sempat direkodkan perihal kuning oh! kuning.
Bola sepak: Lelaki, perempuan dan dot dot
Assalamua’laikum.
Masih demam bola? Bagi aku, jawapannya pasti YES!
Kalau setiap hari ada perlawanan skuad Malaysia, setiap hari jugalah aku akan tonton perlawanan tu (kalau ada siaran langsunglah…hehe). Nampak sangat minat bola walaupun tak reti sangat main bola.
Ironinya, ada juga lelaki type A yang langsung tak minat bola, dan dalam masa yang sama, mesti ada lelaki type B yang tak faham kenapa ada lelaki seperti type A yang tak minat bola. Ianya seolah-olah lelaki dan bola tak dapat dipisahkan seperti pisang dan jantung pisang?
Sebaliknya…
Adakah pepatah “pelanggan sentiasa betul” masih relevan?
Assalamua’laikum.
Lama sungguh tak bersiaran. Maklumlah, 2-3 hari ni sibuk bebenor melayan karenah blog yang satu ni. Sekejap tak boleh buka, sekejap hilang script itu, sekejap hilang pula script ini. Mana tak sibuknya. Nasib baik tak jadi macam tikus membaiki labu. Kalau tidak, memang lambat lagilah blog ini kembali bersiaran.
Dalam aku perasan sibuk layan karenah blog ini, macam-macam terlintas kat kepala ni sebab musabbab blog ni alami masalah yang aku rasa agak pelik (bagi seorang amatur seperti aku, menggodek apa saja memang rasa pelik…hahahaha).
Antaranya sebab musabbab yang terlintas ialah;
Malaysia Boleh! tewaskan Liverpool
Assalamua’laikum
Malaysia 3 vs Liverpool 6
Malaysia gollllll!
Sekarang dah seri 1-1. Gol penyamaan Malaysia hasil sepakan percuma yang cantik oleh Safiq Rahim. Gol kedua Malaysia oleh Safee Sali.
GoLLLLLL! Gol ketiga Malaysia juga oleh Safee Sali.
Sungguh menarik bila hampir semua penyokong bersorak walau baju yang dipakai mereka adalah warna merah! tapi aku yakin hati mereka tetap Malaysia…
Tahniah HARIMAU MALAYA! Semangat juang yang tinggi telahpun dipamerkan.
® hafizmd – alangkah bagusnya jika dalam soal penyatuan hati juga kita bersatu dan bersama!
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






