Jangan Nak Layan Emosi Sangat! Nanti Gemuk….

Assalamua’laikum.
Macam-macam isu sekarang ni yang boleh buat kita sedih, kecewa, gumbira dan dalam masa yang sama, tertekan. Isu paling hangat yang hero-hero bincangkan terutamanya di facebook, pastinya isu nasional tentang kenaikan itu dan ini. Minyak dah naik, GST ada yang dah mula buat dan bersedia untuk dirasai bersama, tol dengar khabarnya akan naik juga. Dalam pada tu, BR1M 3 pun dah mula boleh daftar online. Tadi singgah LHDN, ramai juga yang beratur ambil borang BR1M 3. Moga-moga lepaslah nak bayar atau beli apa yang patut.
Jangan layan emosi sangat! Nanti gemuk?
Kalau korang biasa putus cinta atau cinta kena reject, ada beberapa perkara biasanya orang yang putus cinta ni buat. Sama ada jalankan perintah berkurung dalam bilik atau lepaskan perasaan dengan cara-cara tertentu. Ada yang lepas putus cinta, lepas tu jatuh cinta lagi dan lagi dan lagi. Sampailah jumpa pasangan yang dirasakan sengam sehati sejiwa!
Lain orang putus cinta, ada yang makan saja kerjanya. Siang malam makan, makan dan makan lagi. Hingga tak sedor badan yang dulu kurus melidi sebab nak jaga penampilan diri, akhirnya menjadi berisi tanda makan hati! Jangan macam tu! Bunga bukan sekuntum, lebah bukan seekor. Banyak lagi bunga yang tengah belajar nak kembang. Banyak bunga lagi yang tengah kembang dan harum. Yang dah lama kembang, masih lagi harum pun banyak! Lebah pun bukan seekor, banyak lagi lebah yang tengah mencari bunga, usaha dan usaha. Bab lebah dan bunga ni, ambe citer lain bab yer. Ini bab lain…hehe
Guna petua LAJAKK untuk elak makan berlebihan!
Ada 5 cara yang kita boleh guna untuk kurangkan keinginan nafsu kita nak melantak ni. Tak kisahlah apa sebabnya, tapi penting untuk kita tahu caranya supaya jumlah kalori yang kita ambil tak terlebih banyak sangat berbanding apa yang badan kita perlu. Kalau lebih banyak, nanti lemak banyak. Sape susah nak kurus? Diri sendiri jugakkan?
Petua LAJAKK untuk sama-sama praktis!
1. Lambatkan – Lambatkan masa korang nak makan. Baru lepas makan 10 minit tadi, tetiba mulut rasa nak makan lagi. Senang. Lambatkan ke 30 minit lagi.
2. Alih perhatian – Senang cerita. Rasa nak makan lagi, buat kerja yang korang tak boleh buat kalau makan. Contohnya berlari. Mana ada boleh makan burger sambil berlari? Tak senonohkan?
3. JAuhkan diri – Maksudnya jauhkan diri korang dari sumber makanan. Duduk kat rumah memang merbahaya. Makanan dalam peti seperti memanggil untuk dijamah. Bahaya. Keluar rumah. Gi basuh kereta. Habis kereta sendiri, gi basuh kereta jiran pulak!
4. Kepentingan – Penting ke nak kena makan kali kedua walaupun baru makan 10 minit tadi? Kalau penting sangat dah, kalau tak makan boleh pengsan, sila makan. Jangan bertangguh. Makan jer tanpa rasa bersalah…
5. Kuantiti- Banyak mana yang nak dimakan. Paling bagus, makan dalam kuantiti sedikit, tapi banyak kali. Bukan makan banyak dan banyak kali! Tak betul tu…
Senangkan? Janji kena ada disiplin sikit untuk elak berat badan tiba-tiba naik. Almaklumlah, hidup penuh Β pancaroba. Hidup kena ceria, kalau makan boleh ceriakan hidup kita dan tak susahkan orang lain. Makanlah.

Kita makan untuk hidup. Bukannya hidup untuk makan. Betul tak?
@hafizmd – Ambe macam ‘termogok’ sebab bola sepak tak dapat pingat…hahahaha
hahahahaha yang lebah dan bunga tu tak sabar nak baca.. rasa macam seronok pulak nak mengetahui kisah tu.. almaklum lah dah lama lari dari cinta π
Aku pun pernah mengalami masalah kemurungan, selera makan pun bertambah.. Lepas tu badan bertambah sihat.. Mula la sesi “kerja” keras untuk turunkan lemak badan yang bertambah-tambah..
hoho.. nice petua ni.. paling tak tahan bab cuci kereta tu.. hahahahaha
bab lebah tu…tunggu lain kalilah…hahaha
boleh tahan jugak tu bro! apapun, yg penting sekarang dah hepi =)
tips basuh kereta jiran lepas basuh kereta sendiri itu sangat2 menarik…silap2 dapat upah lagi…hehe
tu yg best tu…upah dapat…bakar kalori pun dapat =)
Ingatkan kalau nak kurus kena makan lajak..orang utara kalau sebut lajak makan maknanya makan dengan berselera.
hoho.betul tu..kalau selera…mmg boleh lajak makan..sedap sangat
Berhenti sebelum kenyang. Tapi kalau kerja yang jenis banyak meeting ni memang susah sikit nak berhenti sebelum kenyang. Kadang makan sarapan sahaja dah pekena nasik lemak, minum petang pulak pekena soto. Itu belum kira tengahari lagi, menu nasik Arab.
Tu mmg payah. Keje byk meeting dgn setiap meeting ada makan sedap2…mmg nayalah perut..tak makan…rugi..makan terlebih pulak..aduyai…hehe
tp nasi arab..mana boleh lepas peluang…hehehe
emosi tetap kena layan maa..dengan penuh kasih sayang. haha..
hahahaha….layan dgn penuh kasih sayang…ayat power..ayat power!
Lihat gerai makan bersepah di Malaysia. Ada yang beroperasi sehingga ke pagi. Tak jadi masalah kalau setakat hendak ngeteh jam 2 pagi di restoran mamak. π
Bab ngeteh teh o kosong..bila2pun ok =)
saya dah berhasil turun 5 kg itupun mesti hindari makan daging dan lemak lainnya
Tahniah bang munir!
Moga semakin sihat dan sukses
Orang Malaysia makan tidak kira masa dah sebab restoran mamak 24 jam macam-macam ada. Itu belum lagi fast food 24 jam dibuka lagi . Lagi seronok mereka makan.
Baik bos , akan aku cuba maalkan tips ini . Tq bos .. π
Itulah seronoknya org kita. Mmg kedai mamak pukul 3 pagi pun masih penuh org…teh tarik roti canai…
nasib baik lajakk bukan terlajak makan..lagilah cepat gemuk yang montel..KB pun hairan ada orang kata montel itu sihat
kalau terlajak makan…jawabnya perut mudah ke depan =)
perut ke depan dan poket pula semakin tebal..kira ok gak!
Saya pun baru habis mogok ni..mogok kecewa namanya sebab Malaysia tak dapat apa2 pingat dalam bolasepak..huhu..
keh3…ambe pun termogok tak pasal…haahah
uish, ni emosi ke nafsu tahap kuasa sepuluh ribu ni? haha
hahaa.nafsu makan mmg payah nak kawal…hahaha
kalau gambar macam ini macam nak makan banyak dan banyak kali nih
keh3…pizza mmg bahya..hahaha
Tengok pizza ni lapar pulak.. hoho nak lunch jap..
hoho..saje kasi semangat..hehe
nice tips bro….!! follow semua tips nie duit poket pon kembong balik…. π
Tu kesan paling best..hhee..poket kembung =)
rasanya macam kurang sesuai je untuk foodblogger cam gua jee…..hohohoho
hoho..sesuai jugak bro…try sikit2 utk dapat buat review…tp kalau ambe jadi foodblogger…rasanya payah jugak nak kawal makan…hohohoho
malam ni nandos skit
hehe…nandos ayamnya dengar kata rendah kalori…bagus juga tu..
terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan….
bagus tips lajakk ni, macam bro tekankan mesti ada disiplin.
Terlajak makan, bertambah pinggan =)
gua tka layan perasaan pun gua tetap makan banyak juga..hahaha
hahaha…tu lagi hebat…hehe
den akan cuba amalkan petua LAJAKK yang bro kongsikan…:)
Samalah ngn den..kena buat jugak..sbb kalau ikut mulut..nak makan saje..eehe
Petua sudah ada.. Cuba amalkan dengan displin, Inshaa Allah berkesan. π
hahaha… LAJAK!!!! Kalau terlajak laris camne plak? hehehe
Bagus tips LAJAKK ni….minum segelas air kosong juga satu cara cepat untuk alihkan perhatian atau keinginan nak makan dalam tempoh tu.
Hehe..lajakkk..ok nanti saya ambil perhatian menda ni..emm dulu masa kecewa ngn si dia, pernah gak makan sampai tak ingat dunia..mujur tak mendatangkan kemudaratan..cinta punya pasal..haha
Siap kena LAJAK ye. hehe. Makan kena jaga. Jangan main redah.
Uh macam terlajak laris je ni
Makanan yang dikonsumsi menjadi sumber utama membuat badan gemuk ..
Memang perlu mengatur pola dan konsumsi makan agar badan bisa kurus nih
Menarik tips LAJAKK ni. Tapi org yg tgh menyusukan anak macam saya ni memang sentiasa lapar. Tak boleh nak sekap nafsu makan dah.
Skang ni layan emosi sbb suma brg naik. Pitam tgk perbelanjaan anak utk darjah 1 thn depan.
pertama kali dgr petua LAJAKK ni… huhuhu
Firstime dengar teknik LAJAK ni. Jangan lengah lagi, terus praktikkan.
pada den la, den tak kesah habiskan duit untuk 3 perkara.. makanan, pakaian dan rumah (family).. lain lain tu berkira…hehe
Dah beratus kali kawe fikir nak diet tapi masih belum kesampaian jugak. Mungkin sebab belum terlalu gemuk ehhh.. Baru buncit jer sikit π
Inilah yang terjadi pada diri sendiri. Layan emosi sampai gemuk. Sebab asyik mengonyah. Hahahahahah
klu tgh tensi makan coklat elok katanya… walopun coklat itu menggemokkan… heeee
menarik tips LAJAK tue..azam nk kuruskan badan..boleh praktis ni..hehe
hehe…sila praktik utk dapatkan pinggang yg lebih ramping =)
nak dpt pinggang ramping tu payah..tgh teruskan azam lg ni..hrp2 berjaya..hehe
@cik tom..mesti boleh punya! chaiyok!
he he tidak sedikit orang hidup untuk makan enak kalau banyak uang