Blogging 2013 Semuanya Manis Belaka!

Assalamua’laikum.
2014. Hari ni, sekejap jer dah masuk hari ke-3 dalam bulan Januari. Macam biasa, selagi Allah pinjamkan oksigen tanpa sebarang caj, hidup perlu diteruskan dengan azam nak perbaiki kualiti hidup di sini dan pastinya hidup di sana. Tak kisahlah apa benda yang kita nak buat, azam ni elok kita pegang kuat-kuat. Itu penting. Jangan kita sibuk sangat kejar harta duniawi sampai kita leka, buat-buat lupa bekal untuk kita bawa ke sana. Hidup sebagai blogger suku masa sepanjang 2013 banyak juga mengajar erti sabar dan etika blogging yang sebenar!
Blogging 2013 Memang Manis Belaka!
Tipulah kalau takde rasa penat menulis, adalah juga kadang-kadang. Tapi, tu semua asam garam budu belacan seorang blogger. Kalau rasa malas, takde masa dan ada benda lain yang lebih utama, senang cerita, boleh berhenti sekejap jadi blogger. Takde orang nak marah. Syokkan?
Apa yang manis sepanjang 2013 untuk hafizmohd.com?
1. Alexa. Blog hafizmohd.com pernah cecah angka 80k dan bawah 500 di Malaysia. Masa tu memang ada rasa puas hati. Sebab berjaya capai misi. Itu dulu…hahaha. Tipsnya senang jer. Update blog. Jangan malas. Paling masam pun, sekali sehari. Blogwalking kena rajin. Lagi bagus, jangan lupa singgah blog yang PR dan Alexanya bagus. Paling malas, satu komen, tapi jangan sepam!
2. Buat duit dengan blog! Iya. Ini antara nikmatnya ada blog. Bukan tipu-tipu, tapi memang betul-sebetulnya. Ambe bukannya rajin. Memang malas. Hasilnya, duit dari blog juga ‘segan-segan’ nak masuk. Nak kena kerja kuat lagi dan teruskan berdoa dan bersyukur. Antara sumber utama ialah affiliate, cabaran menulis artikel oleh Denaihati.com, advertorial, menang kontest & giveaway, dan daripada Encik N. Tak banyak, tapi bolehlah tampung beli serba sikit keperluan (bukan kehendak) ahli keluarga dan diri sendiri. Alhamdulillah.
3. BLOGRRR. Jadi calon dah cukup ‘mengembangkan’ hidup ambe. Alhamdulillah. Ada rezeki menang tempat ke-3 untuk kategori “Best Family and Health Blog” benar-benar mengujakan. Katanya, dapatlah RM200 hadiahnya. Setakat ni, belum masuk akaun lagi. Tunggulah esok lusa. Sayang, tak berpeluang nak ke majlis tu. Nampaknya, nak kena kena lebih kuat tonjolkan nama blog ni. Niatnya satu jer, moga ada ada benda berfaedah yang pengunjung dapat selepas singgah sini.
4. Entri diciplak bulat-bulat tanpa belas kasihan. Ini pun manis. Ada yang tak kisah entri mereka diciplak bulat-bulat. Ambe pun tak kisah kalau entri tu bukan entri ‘cari makan’ yang ambe tulis penuh kasih sayang. Tapi, entri yang diciplak ialah entri ‘cari makan’ dan lagi best yang tukang rompak tu buang link jualan ambe, letak link jualan dia, tapi pakai entri yang ambe tulis….hohoho. Ada yang tarik balik entri dan ada yang buat kebal. Ambe hanya mampu senyum jerlah. Boleh baca entri panjang tentang ni di sini –> Apa Nak Buat Bila Entri Kita Diciplak?
5. Sepetang Bersama Blogger (SBB2013). Ini majlis luar pertama yang ambe turut serta. Langkah kecil tapi besar juga impaknya dalam misi blogging ambe. Kesempatan jumpa depan-depan dengan nama besar blogger Malaysia seperti Tuan Amir (Denaihati.com), En.Titan, Cikgu Naman, dan ramai lagi blogger memang best! Mereka ni memang tak lokek ilmu. Jangan lupa turut serta dalam komuniti tergempak lagi berinformasi. Klik sini: Denaihati Network! Nak baca dan tengok gambar blogger encem, kacak, cun lagi comel, boleh terjah entri ini –> Ceritera Blogger di SBB2013!

Akhir sekali, paling manis pastinya sebab dapat kenal anda semua dan dapat baca macam-macam cerita di blog anda! Terima kasih selalu singgah dan lepak kat sini. Takde yang lebih manis selain dapat sembang-sembang dengan korang walaupun di alam maya. Moga tahun 2014 ni akan memberi rezeki yang lebih banyak dan berkat untuk kita semua.
Banyak lagi nak tulis, tapi biarlah ambe simpan dalam kotak memori ni. Ada yang terlampau manis nak dikongsi, takut korang kencing manis nanti! hohohoho…Terima kasih semua!
@hafizmd – Akhirnya, siap juga entri pembuka semangat untuk tahun 2014. Punyalah payah nak tulis entri pertama 2014…hohoho
hohoho…
2013 memang manis.
Semoga 2014 ni lebih manis2 pengalaman bro..
Suka duka dalam blogging tu adalah suatu pengalaman yang boleh kita pelajari dan perbaiki diri agar jadi lebih baik dan hebat
wahh kejam jugak yang copy entri cari makan tu. susah betul ye. tapi banyak yang baik, takpe laa. nanti kencing manis. hehe
Itulah dia kemanisan menulis blog. Hehe.
Tapi kalau terkena entri kita kena copy tu, hangit jugak rasanya. Bro check entri copy-paste tu pakai tools apa yer?
2013 yg hebat. Kawe pun tumpang happy. Semoga 2014 lebih hebat lagi. All the best.
2013 manis.. 2014 cemerlang. Inshaa Allah. Amin 😀
Nak mula entri pertama memang sukar. Akhirnya terlaksana juga. 🙂
tahniah di atas kejayaan yang dicapai sepanjang 2013…
Semoga 2014 lebih baik lagi…
moga lebih mantap di tahun 2014 ni
selamat tahun baru 2014. Semoga kita melangkah maju dalam blog. 🙂
semoga lebih berjaya pada tahun 2014 ini.
Banyak yang manis nampaknya. Cuma satu yang tak manis bila kena ciplak tu…kalau boleh bsersabar tu memang bagus sangat…moga lebih berjaya tahun ni…Insyaallah!
Assalamu’alaikum Hafiz…^^
Tak terlambat rasanya Kak Ummi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru untuk adik akak ni dengan sepohon doa semoga Hafiz dan keluarga sentiasa di dalam limpahan kasih sayang Allah SWT dan menjadi suami dan bapa terbaik dunia dan akhirat…amiin ^^
harap 2014 lebih manis dan cemerlang insya Allah
sampai hati diblurkan..semuanya kacak2 tuh bro… sekarang masa semakin terhad.. kerja je memanjang.. huhu
Aku punye history di tahun 2013 Baru nak menapak balik bro…. huhuhuh
Orang kata lelaki ada misai nampak tua…. kikiki
Entah tak pernah lagi check entri pernah copy ke tak..
Tahniah bro. Semoga 2014 lebih menarik dan excited sekali
semoga 2014 makin sukses…wah tahniah menang no 3 blog health & family…
terima kasih cik tom! =)
tahniah bro bukan mudah nak gapai impian top tu hee..sabarlah rata semua orang akan naik angin dalam soal ini.geram tapi itu mampu luahkan.
Terima kasih suri.
Itulah. Sabor jerlah. Ini ubatnya
Banyk betul pengalaman berblog di tahun 2013 ye. Tak sempat pulak nak rekodkan semua mcam tu. huhu
Adalah sikit bro. Ambe tulis mana yg ingat jer. Ada lagi, tp yg lain2 simpan sendiri…hee
Salam perkenalan dan tahniah sebab melalui tahun 2013 dengan penuh kemanisan. Tak sabar nak join perhimpunan Blogger untuk tahun 2014.
Bab entri kena ciplak tu memang kadang2 sakit jugak hati, tapi susah betul nak halang…
Emm seronok membacanya..kemanisan artikel ni dan pengalaman serta memori 2013 memang cukup memaniskan..semoga bertambah kemanisannya dalam tahun 2014 nanti..insyaAllah..