Kemaskini Alexa Selepas 2 Bulan 26 Hari

Assalamua’laikum.

Kemaskini Alexa Selepas 2 Bulan 26 Hari. Entri ni sekadar menjadi pencetus semangat super saiya yang ada dalam diri ambe untuk terus menulis entri-entri yang mampu memberi manfaat buat pembaca semua. Tak lebih dari itu. 2 bulan 26 hari. Ambe ada tetapkan misi untuk dapatkan ranking Alexa global bawah 100k dan Malaysia bawah 1000 dalam masa paling cepat 3 bulan. Alhamdulillah, dah dapat.

Ada tips turunkan angka Alexa?

Ambe tak berani nak tulis lebih-lebih, sebab ambe memang bukan blogger tegar. Ambe tulis blog sekarang ni lebih mencari kepuasan. Nak kata untuk buat duit 100%, memang takde sangatlah walaupun ambe ada pasang 1-2 iklan termasuk pakcik Nuffnang tu. Sidebar blog ni masih suci dari sebarang iklan kecuali iklan Nuffnang. Lepas-lepas ni tak tahulah =)

tips turunkan ranking alexa

Serius, ambe hanya tahu tulis entri, ping kat satu dua tempat dan komen entri blog korang. Itu ajerlah yang ambe buat. Takde lebih, takde kurang. Ambe memang tak reti nak ping sana, ping sini. Selalunya ping kat Apesal, Guablog dan Busuk jer. Itupun kalau ambe rasa entri ni bagus untuk di ping. Kalau tak, takdelah jawabnya. Lain-lain, memang ambe tak ambil cakna sangat. Banyak lagi yang perlu ambe belajar dan buat lepas ni kalau betul-betul nak jadi blogger tegar macam korang.

Mungkin entri Bro Denaihati pasal niche blog lebih berdaya saing dalam menentukan ranking Alexa tu, sikit sebanyak memberi kelebihan pada blog ambe ni. Tak baca lagi entri super ni? Gi baca kat sini –> Alexa Ranking Buktikan Blog Dengan Niche Lebih Berdaya Saing

Terima kasih kat korang semua yang rajin dan sudi singgah kat blog ni. Korang memang terbaik!

@hafizmd – Kemaskini Alexa Selepas 2 Bulan 26 Hari. Iklan kat header tu memang diminta untuk dibeli. Ambe jual jerlah murah-murah. Ada yang nak ambik tempat tu bulan depan? hehehe….