Kolaborasi Hakim dan iMeknya makin serasi…
Suara azan Subuh yang sayup di kejauhan mengejutkan Hakim dari tidurnya yang tidak disengajakan.
“Eh, bila masa pula aku naik atas katil? Rasanya aku….arghh…tak kisahlah, janji iMek aku tak kena lebihan lelehan malam tadi..” Bebel Hakim dalam hati sambil menjeling manja iMeknya yang sudah sleep secara automatik.
Fikir Hakim, ini semua fitrah manusia, bila mengantuk, mata menuntut rehat dan tiada ubat mujarab, mantera jampi serapah mahupun gelang magnet selain tidur yang sempurna.
Kisah Hakim dan iMeknya…
Perjalanan pulang Hakim ke rumahnya sedikit terganggu petang itu. Masakan tidak, hari ini sudah hampir 10 kali dia menahan seksa suatu jenis tekanan yang terpaksa dia bawa ke hulu dan ke hilir. Itu tidak lagi termasuk yang tidak sempat dikira, mungkin kerana medulla oblongatanya sudah sedikit terganggu dek tekanan yang luar biasa ini.
Hari ini, semuanya serba tidak menjadi buat dirinya yang memang terkenal sebagai jejaka idaman di seantero pejabatnya. Ke mana saja di pergi, pasti suatu tekanan yang sudah diluar kawalannya, akan berjaya membebaskan diri. Lantas menyebabkan serebrumnya teransang dan terus menghantar impuls ke ototnya yang pejal sebagai petanda supaya terus mengangkat kaki meninggalkan tempat kejadian.
Seharian Hakim kebingungan. Seksaan yang dialami Hakim saling tak tumpah ibarat “ku sangka cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”. Tekanan yang dirasai semakin hebat bilamana malam sudah mula mencemburui siang.
Blogger dan Computer Vision Syndrome
Apa benda “computer vision syndrome” (CVS)?
Itu adalah istilah yang selalu digunakan untuk sesiapa saja yang ada masalah berkaitan dengan mata akibat penggunaan komputer.
Bila dah sebut penggunaan komputer, maka kita para blogger tidaklah terkecuali malah mungkin tanpa kita sedar, kita sedang merasai kesan dari CVS ini. Mata kita tidak lagi segar dan menawan seperti dulu. Kenapa ini berlaku?
Nikmati keindahan dan keajaiban serangga…
Hanya entri santai saja hari ni. Apa yang akan saya paparkan mungkin ada teman-teman yang tak suka tengok atau mungkin saja geli melihatnya.
Kita biasa sangat tengok serangga-serangga ni tapi dalam kadar penglihatan manusia yang biasa. Maksudnya, takde kita boleh fokus dan “zoom”kan serangga ni hingga nampak bulu-bulu dan segalanya dengan lebih dekat.
Apa gunanya saya paparkan gambar ni? Iyalah, banyak lagi gambar lain, pasal apa saya pilih gambar serangga yang berserabut bulunya? Kurang cantik mukanya? Tersembul biji matanya? Nak jawapannya? Kita tengok dulu sambil makan biskut Jacobs cicah air kopi.
Jom berdiet dengan apa yang ada di dapur sahaja…
Entah apa jadi hari ini, ideanya ada tapi agak sukar untuk diterjemahkan melalui titipan seperti kebiasaan. Agaknya, minda sedikit kelesuan selepas hampir seminggu memerah keringat “lebih dari yang biasa”. Apabila lesu, badan ini mengikut saja aliran saraf dari minda lalu mengalun badan ikut lesu dan tidak bermaya.
Dalam kelesuan minda dan fizikal ini, saya sedar yang mungkin tabiat pemakanan dan gaya hidup kurang sihat telahpun berjaya mempengaruhi kadar keaktifan dan ketahanan badan saya pada suatu aktiviti yang memerlukan tenaga kudrat yang lebih dari biasa.
Mungkin juga kalori badan sudah meningkat akibat tabiat makan yang tidak teratur dan kurangnya senaman?
Maka, saya mula mencari beberapa tips mudah untuk mengurangkan kalori dan pasti ianya lebih mudah andai bermula di dapur rumah saya dahulu. Apa yang saya dapat?
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






