Sakit Perut:Ketahui 10 Simptom Radang Appendik

Assalamua’laikum.
Pernah anda sakit di bahagian abdomen/perut? Perut memulas nak buang air besar? Perut kembung sebab ada angin lebihan yang perlu dibebaskan segera? Sakit atau ketidakselesaan perut jenis ini memang normal dan biasanya kita tahu apa yang perlu dilakukan kerana saraf dan memori sudahpun menyimpan tindakan sususlan automatik yang akan terjadi. Bagaimana pula kalau sakit perut di bahagian abdomen yang berulang-ulang dan tidak hilang sakitnya?
Rasa sakit di bahagian perut inilah yang perlu kita ambil berat. Pengalaman melihat isteri yang sakit perut selama hampir 2 minggu menyedarkan saya akan banyak perkara. Nyeri di bahagian bawah perut sebelah kanan yang sekejap ada, sekejap takde bak biskut chipsmore rupa-rupanya salah satu tanda gejala radang appendik. Penting rupanya untuk kita tahu tanda atau gejala sakit perut yang normal ataupun tidak.
Sebab itu, saya amat suka untuk berkongsi 9 simptom radang appendik atau simptom sakit perut yang luar biasa:
- Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut.
- Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. Menurut isteri saya, rasa sakitnya tidak konsisten tapi rasa berdenyut tu memang berulang-ulang.
- Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
- Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. Isteri saya memang hilang selera makan dan memang kena telan juga makanan berupa bubur untuk membekalkan tenaga, tapi berat badan memang susut hampir 2 kilo.
- Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa!
- Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar (tapi tidak pada isteri saya).
- Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat!
- Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
- Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demampun (berlaku pada isteri saya). Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
- Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.
Apa nak buat kalau ada tanda dan gejala sakit perut seperti di atas?
- Bertenang. Jangan panik. Periksa suhu badan dan kekerapan sakit perut anda. Catatkan bacaan dan selang masa sakit perut. Minta tolong ahli keluarga anda yer.
- Terus ke klinik atau hospital. Ceritakan segala-galanya kepada doktor bertugas. Contohnya berapa lama dah sakit, berak ok atau tak, air kencing warna apa. Kadang-kadang doktor tak akan bertanya kepada pesakit. Maka, bertanyalah dan berceritalah kepada mereka!
- Kalau doktor kata semuanya ok? Kalau anda sudah acap kali berulang ke klinik @ hospital yang sama, apa kata anda cuba ke klinik lain dan cuba jalani ujian yang lebih lanjut. Ujian apa yang sesuai untuk kita tahu yang kita bukan radang appendik?
Ujian apa yang perlu dijalani untuk penyakit appendik?
- Ujian ultrasound dapat menjelaskan kalau ada bengkak di bahagian bawah perut kanan. Kos ujian ultrasound sekitar RM90 (hospital swasta).
- Ujian darah yang lengkap akan memberikan petunjuk kepada serangan bakteria/virus dalam sistem pertahanan badan kita. Biasanya, bacaan sel darah putih dalam darah menunjukkan bacaan yang tinggi.
- Ujian air kencing juga diperlukan untuk mengesan kehadiran bakteria dalam urin kita. Kos ujian darah dan air kencing sekitar RM80 dan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk mendapat keputusannya (hospital swasta).
Inilah senarai 10 gejala radang appendik/sakit perut. Jangan terkejut jika kanak-kanak seawal 3 tahun juga boleh mendapat sakit perut appendik ini. Kita yang dewasa apatah lagi. Jika appendik membengkak dan bernanah, ia memang di tahap yang serius sehingga ada kes yang membawa kepada kematian. Sentiasalah bertanya dan awasi kesihatan diri sendiri, isteri dan anak-anak kita supaya langkah pencegahan sakit perut mahupun radang appendik ini dapat dicegah lebih awal.
@hafizmd – Perhatian: Kalau perlu, minta doktor lakukan ujian darah, ultrasound dan sebagainya sebab sudah banyak cerita yang ambe dengar, ramai yang ingat hanya sakit perut biasa tapi tersedar ianya radang appendik bila sudah pecah bengkaknya.
Bila baca entri ini teringat arwah pensyarah saya meninggal baru-baru ini berpunca appendik pecah.
Al fatihah…
Mmg makin menjadi2 plak pasal penyakit appendik ni
salam . Saya nak tanya saya pernah lah rasa sakit perut snagat sangat kat belah kanan perut saya . 2 kali rasa . First sakit tu memang sakit sampai saya tak boleh tidur , tak boleh baring dan jalan . Then bile saya angkat lutut ke bahagian dada baru rasa lega . Kali ke 2 pun macam tu tapi selang beberapa minggu ke hari saya tak ingat dahh . Tapi lepas tu saya tak sakit dah sampai sekrang . Last saya sakit tu tahun lepas .dahh lama saya tak rasa sakit perut belah kanan macam tu . Patut ke saya pergi jumpe doktor untuk pemeriksaan ? Saya takut jugak ni
Waalaikumussalam. Jika sekarang mieza tiada apa2 masalah kesihatan perut..xde rase sakit..insyaAllah ok tu…tp jika ada tanda2 rasa yg sama..baik ke klinik yer utk dapatkan nasihat doktor..
sy ade mmpunyai simpt0m yg tertulis di atas..
@lia, ada baiknya lia cepat2 buat pemeriksaan…jgan bertangguh yer..moga sihat hendaknya…ameen
hello bro,
artikel yang berguna.. semoga kita dapat menjaga pemakanan dan kesihatan badan. semoga dijauhi dengan segala penyakit.
Trima kasih. Sekadar berkongsi pengalaman dan pembacaan =)
kalau sakit sebelah kiri. bahagian rusuk tu… apendik ke bkn…minta pencerah..
sis leeya,kalau appendik kawasan yg sakit sepatutnya sebelah kanan..itu yg doktor bgtau pasal sakit appendik ni..
kalau kiri..harap leeya dapat buat pemeriksaan doktor cepat2 ek
Leeya, bahagian kiri gastrik… Saya sudah mengalami gastrik sejak zaman sekolah rendah hinggalah umur saya 22, gastric saya sudah tahap critical , baik check leeya, macam mana keadaan jiran dan makcik saya icu segalanya perut. sekarang saya mengalami simptom2 yang Encik Hafiz jelaskan . Berat badan saya susut dengan ketara. Tapi saya tak buat check up lagi tentang perut saya. InsyaAllah saya buat medical check up dgn segera
Terima kasih Fara berkongsi. Gastrik belah kiri. Appendik belah kanan.
Saya amat2 sarankan sesiapa saja yg ada perubahan ketara pada berat badan, ada masalah hilang selera makan dan tanda2 lain yg saya sebut…cepat2 buat pemeriksaan pakar perut utk pastikan apa sebabnya.
Fara n leeya..saya doakan awak berdua dan semua sihat2 saja..
aku selalunya tiada masalah nak kentut
laju dan selesa
hehe
entri yang bagus, bro
banyak maklumat berguna untuk pembaca
Kalau camtuh, tandanya semua dalam keadaan ok dan selamat…terbaik!
eee, risau plak dengar pasal ni, sebab setahu saya bila dah sakit memang kena terus hantar hospital pastu terus pembedahan, risau
@Juan, kadang2 ada yg sakit berguling-guling, tapi ada yg masih steady lagi.. itu yg susah nak detect tu..
@Fieza, itu mmg tahap kritikal
Mmg bhaya bro…nak kena hati2 kalau ada sakit perut yg lama
patutlah dua tiga hari ini aku loya-loya ajeee…
terlebih cendol kot..hehe
@JO, hahaha..nak kena p check tu
@titan, ko nak kena p check ni…
info yg bgus bro..kdg2 kite sendiri x tau simptom2 awal penyakit..kdg2 dh msuk hospital baru tau sakit apa..
Mmg nak kena tgk betul2 bro…bahaya sakit ni..dia mai tu tiba2..
appendiks biasanya berkait rapat dengan pemakanan..macam saya ada juga appendiks..tapi sakit hanya datang bila makan makanan yang terlalu pedas.
Betul tu. Mmg sangat2 berkait. Ooo..camtu ek, sakit tu biasa2 jer ke?
Thanks for sharing. Sebelum ni tak ambil kesah sangat pasal appendik ni..dulu masa sekolah ada kawan buat operation sebab appendik ni.
Terima kasih kembali. Mmg makin menjadi2 pulak sakit appendik ni
betullah..pemakanan kena jaga..takut jugak..bt2 kena penyakit mcm nie kan..
`
Mmg nak kena jaga betul2 =)
apa punca utma dia?sb salah makan ker? byk mkn cili ker? sb tak mahu makan tkut bdan naik a.k.a. nk kurus..atau ada sb2 lain?
@suri, entahlah suri..nak kena makan byk cili, tak jugak rasanya…semuanya amat tiba2..
makan tu, saye tgk wife makan biasa2 jer..taklah nak diet ape2pun..
pengalaman kena appendiks.. huhu.. yg nyta, mmg makan tak lalu biarpun makanan kegemaran de depan mata. bila makan lak, terus saja loya.. mmg tak tahan…
Mmg kesian kalau ingat balik =(
adwh ingt dah ada no 3 ker heee..susah klu mkn muntah2 rasa nk mkn lgi pun mesti tak lalu huuu
@suri, belum lagi =) hehe
malas pulak nak google punca appendik ni..hehehe..
memang kalau bab dalaman ni bila ada rasa lain macam sikit jangan ditunggu lama2..
Puncanya mmg sebab makanan =)
ank sedara sy dah kena huhu tu makn susah gakk masih ank dara lawah tuh .mujur kembarnya ok jer
Allahuakbar..ramai jugak saye dengar kena appendik ni
kawan saya selalu sakit perut sebelah kanan dan muntah kuning. apa tanda nya itu?
Saya tak berani nak nasihat lebih memandangkan saya bukanlah pengamal perubatan.
Cuma mungkin ini adalah muntah sbb jus gastrik. Amat2 saya sarankan utk ke hospital@klinik yang boleh buat pemeriksaan lanjutan.
Kena cakap apa yg kawan emma tu rasa. Kadang2 mereka “terlupa” nak tanya. Jgn takut utk mengetahui keadaan diri sebenar.
macam mana nk menanganinya?
emma, kalau ada sejarah gastrik..elok berjumpa pakar yg berkenaan utk buat pemeriksaan lanjut
sbb, byk kali saya dgr kes sakit appendik ni dibiarkan akhirnya menjadi semakin teruk..
jadi, saya sarankan buat pemeriksaan lebih teliti seperti ultrasound utk kepastian.
sye skt perut sebelah kanan dh tiga hari dok buang air ybesar lepas tu sye gi klinik homepaty doktor kabo tiada kesan sakit appendik jadi adakah sye ade sakit lain umur saya baru 9 tahun
Adik Nurul.
Ada baiknya adik ajak ibubapa untuk ke klinik. Buat pemeriksaan lanjutan. Kadang2 appendik dan mungkin sakit2 perut yg lain, tak berapa jelas selagi tak buat pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound dll oleh doktor pakar.
Jgn risau utk buat pemeriksaan, kalau dibiar, nanti pelajaran adik juga terganggu. Moga adik nuruk cepat sembuh yer..ameen
Hari tu ok skjap..lps tu, hr ni ade lg sakit perut.selera mkn pun kurang..mcm mne ni en.hafiz? Tunang saya ni degil sgt..sy dh advice bwak pg klinik @hospital utk cek up.dh 2mggu die sakit perut.tp, kdg2 ok.saya rasa tertekan skrg ni .
Kalau masih lagi berulang, nak tak nak, rasanya kena jugak emma ‘paksa’ dia utk buat medical check up…
Mungkin gastrik atau lain2…atau mungkin takde apa2 (itu agaknya si dia rasa). Baik dipujuk elok2 utk bawak dia ke klinik. Moga berjaya =)
hari ni dah masuk 3hari sakit perut..nak kata masuk angin, biasanya bila letak minyak cap kapak Alhamdulillah, lega dah…sakit mmg sebelah kanan, sakit yg berulang2..bila sakit tu datang..tekak terus automatik loya..menimbulkan kepelikkan..kalau pg klinik msti dapat jwpn klise’ (msuk angin, skip makan, gastrik) jd malas nk pegi..hihi
Aishah, camne keadaan sekarang? dah ok?
Saya slalu skit bwh perut slps berlari.. adakah itu tnda appendix??
Saya risau.
Sakit bawah perut selepas berlari rasanya adalah perkara normal mungkin sebab otot perut kita cramp.
Andai rasa sakit tu berterusan walaupun bukan waktu berlari, elok buat pemeriksaan lanjut
Saye tengah rase sakit ni. Sampai tak mampu nak bangun. Mungkin sebab makan pedas waktu lunch tadi.
Alya kena hati2 jugak yer..takut perut tak tahan pedas..
so, camne sekarang..ada berulang lagi ke?
Selepas perkara terjadi kepada anak saya yg berumur 5thn barulah terbaca maklumat ini: Bermula dgn demam, diikuti cirit birit dan muntah loya serta tidak berselera makan. Pada peringkat awal doktor hanya bagi ubat demam, batuk/selsema dan antibiotik. selepas tiga hari demam, ciritbirit dan tak selera makan berterusan dan mula mengadu sakit perut.Saya ingat hanya sakit perut biasa(angin/lapar 3 hari tak makan). Untuk kali ke2 mendapatkan rawatan di klinik swasta, suspek anak saya mengalami radang appendik dan disarankan rujuk hospital pakar putrajaya, dan di sahkan masaalah appendik dan terpaksa menjalani proses pembedahan. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan selamat. Untuk pengatahuan 9 daripada 10 ciri2 diatas berlaku kepada anak saya , maka JANGANLAH MEMANDANG RINGAN jika ank2 kita mengalami tanda2 spt diatas.
Terima kasih saudara nasaruddin berkongsi tips dan pengalaman.
Apa yg penting ialah tindakan awal kita sebagai ibubapa atau org terdekat.
Sama jua dgn kes isteri saya, awalnye doktor yg bekalkan ubat cirit birit dan panadol serta ubat angin. Tak suspek apendik langsung. Akhirnya selepas ‘lama bertahan’, barulah dibawa ke hospital pakar dan disahkan apendik sudah bengkak dan perlukan pembedahan secepat mungkin.
Moralnya, jika mampu, sila terus ke doktor pakar.
p.s. moga anak saudara nasaruddin sihat dan kembali ceria..ameen
takot pulak bce tanda2 appendiks ni,, sebab ayh sye mngalami hampir ksmua tnda2 di atas! risau saya mlihat dia, hampir stiap mlm dia mengerang ksakitan 🙁 msalahnya dia tak nak g hospital
Pujukla ayah awak tu sy br bt pembedahan appendix 23 tu mmg x dpt tidur guling atas katil sakit yg amat sangat kerana x tahan sy terus ke hsptl swasta terus pg hari tu jg d bedah sb appendix da bengkak
@azalinah, itu yg sebaiknya…kena jugak pujuk demi kesihatan ayahanda
sakit tak lepas operate tu @azalinah
sis nami..saya tolong jawab…tp share pengalaman isteri sayalah..luka bedah tu yg saye tgk mmg rumit penjagaannye..sakit tu ttp ada..
saya pon kena da appendik ni. baru 3 minggu je…alhamdulillah apendiks saya dpt dkesan awal. memule p klonik n doc suspect angin je and bagi ubat. tp sakit tak hilang pon. makin bertambah sakitnye dari haru ke hari.. tidak berpuas hati, saya terus nekad ke hospital swasta dan doc akhirnye mengesahkan yg sy mengidap radang appendik peringkat awal.. tidak membuang masa sy trus di hantar ke bilik pembedahan….alhamdulillah sme berjalan lancar…utk pengetahuan, sme symptom d atas telah saya lalui…. oleh itu saya ingin sarankan bg sesiape yg ade symptom2 spt d ats jgn la berlengah2 utk dptkan rawatan secepat mgkin….sebab kite tak tau bile appendiks ni nak pecah…
alhamdulillah.
mmg betul tu saudara baim. mmg appendik ni kadang2 tak dapat dikesan dgn tepat oleh doktor biasa, dan tindakan saudara baim terus ke hospital swasta mmg tindakan bijak.
terima kasih berkongsi pengalaman dan nasihat.
moga saudara baim sentiasa dalam sihat dan ceria.
Sy pn br je kena ne appendix pembedahan 23 april br seminggu alhamdulillah sy pn terus bw ke swasta doc kesan appendix terus bedah hari tu jg..semlm sy menahan sakit x dpt tidur berguling guling atas katil sakit yg amat sangat..
@azalinah, terima kasih berkongsi pengalaman..
moga kembali sihat seperti sediakala..
nampaknya, sakit appendik ni benar2 sukar dikesan dgn awal melainkan berjumpa doktor pakar
salam sy mengalami sakit di bhgian kanan, awal2 pegi klinik doktr ckp krucnan, pegi klinik yg kedua pun ckp krcunan, last2 rujuk hospital, lps kena ultrasound doktr ckp xde ape2, tp skrg sy masih sakit ag, mcne ye?
as salam wanie,
harap2 wanie dah sembuh..ameen
mungkin ada jugak baiknya wanie cuba dapatkan satu lagi ujian ultrasound dari klinik swasta/hospital lain utk kepastian.
saye doakan, takde apa2 yg serius…
Salam…sy br jumpa info ni.just nk mtk pandangan & pendapat u all.wife sy ada ngadu skt bahagian bawah sebelah kanan perut.sy ajk g check up dia ckp maybe angin.rasa sakit tue dtg kejap2 je but sometimes sampai sakit pinggang.dia just rasa loya.appendix punya simptom skt terusan kn?ade sape2 prnh alami mcm wife sy tak?
As salam Shah,
Ikut isteri saya, mula2 dia ingat angin jugak, dan doktor pulak cakap mybe keracunan makanan, sbb mula2 ada cirit-birit, lepas tu, loya mmg ada…
Sakit tu datang tiba2, bukan tiap masa ada rasa sakit di perut sebelah kanan.
Jadi, saya nasihatkan baik buat check up cepat, mudah-mudahan takde apa2 yg serius…
p/s, pujuklah pergi hospital buat medical check up..byk kali dah saya baca pesakit yg kena apendik ni mmg sukar dikesan di peringkat awal
Tq..
Sy dh bawa wife pegi klinik pg tadi but doctor ckp munkin angin sebab wife sy x cirit-birit.but ptg td dia ada angkat benda berat now dia ckp rasa skt sgt belah kanan perut dia terutama waktu baring mengiring ke sebelah kiri.pening kepala sy dibuatnya.ajak pegi hospital tak nak pulak.tlg jap maybe ada petua or apa2 yg sy blh buat utk kurangkan sakit wife sy.
@Shah, Dah berapa lama wife sakit ni yer? Ada makan ubat angin tak? Kalau makan, berkurang ke sakitnya?
Andai mintak pendapat saya, saya amat sarankan utk buat ujian ultrasound supaya jelas dan terang apa sebenarnya yg berlaku.
Antara salah satu tujuan saya berkongsi entri ni sebab taknak ada lagi suami2 kat luar ulang balik “kesilapan” saya ‘membiarkan’ isteri bertahan dengan sakitnya yg tak reda2 hampir 2 minggu. 3-4 jenis ubatan tradisional jugak yg diberi pada isteri tp tak mengurangkan sakitnya.
Jadi, saya sarankan, paksa isteri utk ke hospital utk buat pemeriksaan yg lebih teliti, kalau boleh mintak doktor tu buat lebih dalam pemeriksaannya
Maaf yer Shah, saya tak dapat beri petua2 yg dipinta selain doa agar isteri Shah cepat sihat kembali. Ameen
Sy dh pujuk n paksa bro tp sy pilak kena mrh.hehehe
Almost 4 weeks.tp dia still blh pegi keja n buat aktvt lain.ubt angin dh mkn but dia muntah bila mkn ubt tue doctor tak bekal kan ubt demam pun sebab tempreture wife just 37.kena rujuk hospital swasta agknya.sebab setahu sy kalau ke hospital kerajaan selagi belum kronik diorg x akan buat ultrasound.tq bro.maybe sy kena bg wife sy bc entri ni bg dia fhm
Pilihan ke hospital swasta sya rasa paling tepat. Harap2 lepas ni dia nak jugak pergi check, takkan nak tahan camtuh jer, kan?
Kena marah ek? hehhee..wife sya tahan sakit lebih kurang 2 minggu, last2 saya pujuk dan diapun kesian tgk anak2 takleh main dengan dia..akhirnya dia mengalah pergi hospital swasta…
Sya tak nak sebut kes2 yg lebih trajis dan sedih yg ada kawan2 famili saya cerita, harapnya isteri bro lembut hati utk tahu keadaan sebenar diri dia dan yg bro betul2 sayangkan dia…inshaaAllah
Tq bro.lepas isyak td br sy berjaya bwk wife sy dtg hospital..now dh kna warded utk further check up.tq utk semua yg bg info pasal entri ni.
alhamdulillah..mudah-mudahan semuanya ok..ameen
inshaAllah semuanya ok.
sy mengalami sakit berulang bln jan aritu n smlm sy kena lg..tpi dah ilang.cirit ada tpi tk loya plak..adakah ini ependiks jgk..skitnye smpi tk bleh berdiri..erm
@daya, mungkin otot perut cramp sebab cirit, tp saya amat sarankan daya untuk pergi klinik..paling tak, dapat cerita kat doktor dan dapatkan tahu keadaan sebenar daya..
appendiks, mesti akan ada rasa berdenyut2 sebelah kanan perut…
moga daya kembali sihat…p jumpa doktor yer
segala simptom admin tu memang tepat…cumenyer dlm kes sy pihk hospitl x dpt sahkn secara tepat…either apendiks atau pun sakit berkaitan wanita..so take note!! knl pasti simptom dan jumpa la doktor..sebelum terlambat…”Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman”
terima kasih Dania utk satu nasihat yg amat penting.
Moga sihat sejahtera hendaknya =)
salam… saya sakit perut sudah tiga hari. saya sakit selepas saya minum air kosong yang telah terkena cahaya matahari dalam botol plastik. sakit perut saya tidak memulas seperti biasa. tidak ada taanda3 cirit birit. Apakah masalah saya ni…
As salam Nora.
Selera makan macam mana?
Maaf tak dapat saya berikan penjelasan lanjut. Nampaknya, hanya 1 jalan yg saya boleh sarankan utk cik Nora iaitu dapatkan rawatan dan pandangan doktor dengan segera.
Jangan fikir macam2, just pergi jumpa doktor dan ceritakan apa kemungkinan cik nora sakit. Saya doakan cik nora sembuh dan kembali sihat sediakala. Ameen =)
Salam..suami sy bru dikesan mhidap appendix..dh seminggu sakit..hr ni nk kna oparate.lpas operate ada x pntang larang dlm mkanan?apa yg bleh apa yg x yer? Tq..
As salam.
Isteri saya hari tu pantangnya lebih kurang macam org pantang bersalin jugaklah. Seafood, telur, ikan2 yg boleh sebabkan gatal…ni semua tak makan. Takut gatal kat tmpat bekas luka tu.
Mkan bubur nasi juga. Isteri saya buat pembedahan major, suami puan macam mana? Moga semuanya dipermudahkan Allah jua dan kembali sihat. Ameen
Saya sering sakit perut tetapi sebelah kiri sahaja..saya selalu buang air besar kadang2 dlm 1hr 3 atau 4kli masuk tandas..adakah itu tanda appendix?
@Herin, kalau dah kerap, saya amat2 sarankan Herin cepat2 ke klinik atau hospital. bahaya juga dibiar sbb air byk keluar tu…
jgn tangguh2 yer
Saya dah masuk 4 hari mengalami gelaja sakit perut dan bila buang air besar ianya seperti cirit birit. Risau juga keadaan macam ni. Tak jumpa doktor lagi. Maybe esok
Mungkin sakit perut biasa tp elok dptkan nasihat doktor sbb apendik ni mmg payah nak tahu secara teapt. Saya doakan moga saudara cepat sembuh.ameen
saya xla mngalami simpton2 seperti di atas…tp kdang2 perut blah kanan sye cramp…..xlh nk bengkokkan bdan….kne straight jer….sakitnye jgn cite lah…die bhgian tgh2 tpji bhgian kanan…..2 appendiks jgk ker….isau gak….die xslalu….jrg sgt……
kalau baring, cuba bengkokkan kaki kanan ke perut, sakit tak?
saya sarankan, ada baiknye berjumpa doktor utk pemeriksaan lanjutan….
salam,sy pn ad kne skt prt gk.tp skt blh kiri.dh 2 hri sy skt,mkn ubt skt prt yg dktr bg tp skt msh ase skt lwpn jp krg,jp skt sgt..knp ye mcm ni?mse fst sy kne,sy p hsptl,dktr wt test air kncg n xray dktr kte xd ppe.dktr msk air dlm bdn,ps 2 ok dh.tp mgu lpz sy kne lg,sy p klnk swasta,dy ckp jgktn kumn je.dy bg sy ubt thn mnth n ubt skt prt.bp ari 2 dh ok.tp smlm sy kne lg.np skt ni brulng?mgkn ke sy ad skt apendiks sbp 6 dpd 10 cri2 2 ad pd sy..
As salam Emma,
Jujurnya, saya tak dapat berikan jawapan yg tepat sebab saya bukan seorang pengamal perubatan, tapi apa yg saya mampu ialah nasihatkan utk Emma berjumpa doktor pakar perut.
InsyaAllah mereka akan dapat berikan penyelesaiannya. Jgn tunggu lama2 yer. Moga Emma sihat2 saja. Ameen
Salam..saya dhpun mmbaca sume komen dri awal…huhuhu..tkut lalak aii..!! Coz byak dri sintom tu,dh ade kat saya..dh 2 klinik swasta saya gi..klinik petame tu bgi ubat dmam,antibiotik ngan gastrik..coz mmang pnaz gila bdan ni..pas 3 ari,dmam still ada..ubat antibiotik abisdah..perot sbelah knan bwah rase sakit ssgat..so saya target kna kencing kotor coz saya mmang salu kna virus tu..raya ke 6,hbby bwak g klinik swasta laen lak..n dokter suspek apendix lepas ujian air kncing mnunjukkn xde pun virus tu..huhuhu..dokter ciap psan..klau perot still sakit agi,segera gi hospital..so..msalahnya skrang..bkan saya tanak gi..tkut dorang2 tu ckap saya buat2 sakit..tau je lah hspital krajaan ni..sakitnya perot ni,tuhan jer yg maha tau..tpi pelik.. tanda2 ceret beret ,sembelit, loya n muntah2,xde plak..cane tu?
As salam Zureen.
Satu jer yg dapat saya nasihat, paling best kalau dapat buat appointment ngn pakar perut. Sebab bila dah buat scan yg patut (selepas doktor pakar tanya kita macam2), dia akan suggestkan apa2 yg patut.
Jadi, saya rasa ada baiknya puan zureen buat appointment cepat2 ngn doktor pakar. Hospital kerajaan atau swasta, mana2 pun terbaik.
Moga puan zureen kembali sembuh dah sihat…ameen
Askum,saya sering megidap sakit perut blah kanan….kerap terjadi 2 minggu skali kadg 1bln sekali..sejak akhir2 ini x tahu nak cakap mcm mn sakitnya….bila dah kn nak mengiring x boleh myirap x boleh terletang pun x boleh,lepas tu akan muntah2 sampai x bertenaga lg…badan terasa sejuk..kerap kn sekitar 1,2 pagi samapi ke esok arinya x tido d buatnya…bila cek di klinik 24 jam tampa buat apa2 doktor sah kan gastric…ermmm ada kah itu tanda2 apendix?
Mazila,
Maaf, tak dapat saya sahkan samada itu tanda appendik atau tak, tapi berdasarkan pengalaman saya tgk isteri yg kena appendik, rasanya besar kemungkinan Mazila bukan kena appendik…sbb isteri saya sakit berterusan…bukan datang sekejap2..
Saya amat2 sarankan Mazila buat pemeriksaan di hospital dgn segera…moga2 semuanya ok dan kembali sihat…
Jgn tangguh2 yer
kalo skit perut tp skitnya datang pergi knp tu
Kadang2, ada saatnya, sakit perut sekejap sakit, sekejap tak sakit..tp dalam kes isteri saya kena sakit appendik..rasa berdenyut2 sekitar perut kanan sentiasa ada
aku ndak maksud
Sy mmg ade apendiks dan tnda2 tu mmg ade. Cume sy susah sikit nak demm. Adakah apendiks ni merbahaya? Dan boleh bawa maut? Sebab suami sy macam x kisah je dgn apendiks ni. Sy xde la nak cakap dgn husbnd walau sakit teruk camne pun. Cuma sy xnak memudaratkan baby dlm kndungan sy..
Nia, saya amat2 sarankan Nia buat pemeriksaan lanjut. Bukan nak takutkan Nia, tapi saya sendiri cukup ‘menyesal’ lambat bertindak dan biarkan isteri bertahan dalam kesakitan. Sampai sekarang saya masih lagi rasa ralat. Sebab tu, saya berkongsi artikel ni, dengan niat mudah-mudahan para suami terutamanya amat ambil berat tentang kesihatan dan kesakitan yg ditanggung isteri. Saya faham, Nia mesti dapat tanggung sakit tu, sbb wanita ni Allah jadikan mmg power bab menahan sakit.
tapi, saya amat2 sarankan Nia utk buat pemeriksaan lanjut. Appendik bengkak amat2 berbahaya. Maaf cakap, kalau appendik bengkak lebih besar, bahayanya boleh membahayakan nyawa.
Moga2 Nia sihat dan berbincanglah dgn suami. jgn btangguh yer.. =)
Sy ade rse skt sblh knn bwh. Tp x skt sgt cme bdnyut2 n ngilu skit kdg2. Simptom mcm yg dnyatakan tu ade tp xtruk n xsmua ada. Cme ssh nk buang angin, kdg2 loya tp xmnth. Slera mkn stkt ni mcm ok lg. Tu pn appendix ke?
Maaf yer Sya. Tak dapat saya katakan iya atau tak.
Mungkin lebih baik Sya ke klinik utk buat pemeriksaan dgn doktor. Mungkin ia hanya angin biasa, tapi mungkin juga lebih dari itu. Jadi, amat2 saya cadangkan, jgn takut dan bertangguh utk ke klinik buat pemeriksaan.
Moga sya sentiasa sihat sejahtera hendknya..ameen
dulu sy skit mcm tu arr. last2 bru dpt detect apendiks
Alhamdulillah.. belum ada sintom2 spt tu lagi. Tp mmg kena ambil tahu juga, sekurang2nya dah tahu klu ada rasa2 spt itu pada diri kita atau sesiapa yg lain. T kasih atas perkongsian Hafiz..
Betul tu. saya dah tgk isteri sakit appendik ni. Kesian plak bila fikir balik, tapi itulah ujian Allah utk dia dan kami sekeluarga.
terima kasih bro Khir
Saya ada 8/10 tanda ni.. da 3 hari rasa..
mahal x pegi klinik swasta? kalau kite pegi klinik kerajaan die dan kite cakap kite da baca tanda2 penyakit ni.. Rase die akan anggp sakit biase jugak ke?
Naim…hari tu masa isteri saya kena sakit appendik..dpt konfirmkan lepas buat ujian ultrasound.
Isreri buat kat hospital swasta.kos ultrasound dlm rm70. Rasenye..range harga di klinik swasta mungkin hmpir sama.
Yg penting..sya amat2 nasihatkan Naim utk buat checkup dgn segera. Jgn tangguh2 yer. Lagi bagus kalau dpt buat appoinment dgn doktor pakar.
Saya doakan naim cepat sembuh.ameen.
P/s-cepat2 buat pemeriksaan yee.
Bro. Nak tanya ni. Saya pula bila angkat lutut kiri..sakit perut sebelah kiri. Tu appendiks ke?
Kalau sebelah kiri, rasanya bukak appendik..sbb kedudukan appendik sebelah kanan..apapun..saya nasihatkan bro jumpa doktor utk kepastian..jgn bertangguh yer bro!
Salam.saya baru lepas operate. Tapi lps 3 hari masih terasa pedih. Dan seeing batuk. Ada petua tak camna tak nak bagi pedih Sgt or cara sembuhkn luka tu. Bila says try nak bangun dan berjalan says rasa macam nak pitam
As salam. Moga semakin sembuh hendaknya.
Apa yg isteri saya makan selepas pembedahan ialah antaranya gamat healin utk membantu penyembuhan luka dalaman. Bolehlah dicuba insyaAllah mudah-mudahan Allah beri kesembuhan utk anda. Ameen.
saya ada rase cm sakit blah kanan . tpi kentut ok hmm saye x taw la cm ne .. hmm takut kene oprate la ..
Makan dan buang air besar ok tak zack?
buang air bsar cm biasa ok .. mkan ok tpi beberapa ari yg lpas masa bbuka saye mkn mybe smpai terlalu kenyang .. tpi time lpas saya rehat sekejap lpas mkn saye kluar .. tpi time nak jalan tu rase sakit di bhagian kanan .. but cume bbrapa minit .. ada org kate masuk angin sbb puasa
tpi bile dtekan kt bhagian yg dnyatakan x de lak rasa sakit
salam , sye ade gk simptom2 mcm kat ats tu .. cirit birit, senak , seminngu ni straight saket perot . makan ubat tahan saket macam tak jalan jer . sye tak tau lah sye saket prot biase ato hidap apendix
#need answer 🙂
Assalam Alif.
Dah jumpa doktor?
Kalau dah jumpa dan still sakit2, rasanya baik cuba jumpa dr pakar. Sbb dah seminggu. Lama tu.
Moga kembali sihat yer
bertahun sy sakit2 coz gastrik, reflucks ..thn ni baru dpt detect rupanya ada apendiks. hosp swasta yg sahkan. x lama g nak buat operation.
Tapi nape perut sakit sebelah kanan…pedih jer…tapi takde rasa nk muntah…berak dah kurang..tu tanda pe?
Ain, tak dapat saya beri nasihat lebih details..elok Ain jumpa doktor sbgai tindakan paling terbaik.
cerita semuanya pada doktor apa yg Ain rasa ek.
Rasa berdenyut2 n pedih sebelah kanan tp tak rasa nk muntah tapi ade sikit loya…tu tanda pe?perut kembbung lepas mkan dan sakit sebelah kanan…susah nk berak…badan semakin kurus n sakit kepala…kekdg stress sebab keje…
Ain, saya amat2 sarankan Ain utk jumpa doktor pakar (kalau belum).
Badan semakin kurus, selera makan makin berkurang bukanlah petanda baik utk badan kita. Moga Ain cepat sembuh. Ameen.
p.s- jangan bertangguh yer
saya ada sintom seperti diatas tp saya dapat buang air besar spt biasa tp cuma apabila saya membuang air kecil saya mendapati air kncing saya bwarna kuning pekat spt ada darah.adakah saya mungkin menghidap appendik?
Saya amat sarankan saudara utk buat ujian air kencing utk lebib pasti ttg tahap kesihatan saudara.
Lebih cepat lagi bagus. Jangan bertangguh yer. Saya doakan saudara sentiasa sihat sejahtera.
Aku ud hampir 1 bulan lebih sakit perut sebelah kanan atas dan di seratai kepedihan, kmrn duluh sa pergi klinik kata dokter sa ada gestrik, tp sa rasa kuatir dan risau krn perut sa setiap kali lepas makan perutku sakit dan pedih,, kira2 knpy??
Seeloknya, saya nasihatkan kamu segera jumpa doktor pakar. Lebih cepat lebih bagus.
Moga-moga semuanya selamat.