Sakit Perut:Ketahui 10 Simptom Radang Appendik
Assalamua’laikum.
Pernah anda sakit di bahagian abdomen/perut? Perut memulas nak buang air besar? Perut kembung sebab ada angin lebihan yang perlu dibebaskan segera? Sakit atau ketidakselesaan perut jenis ini memang normal dan biasanya kita tahu apa yang perlu dilakukan kerana saraf dan memori sudahpun menyimpan tindakan sususlan automatik yang akan terjadi. Bagaimana pula kalau sakit perut di bahagian abdomen yang berulang-ulang dan tidak hilang sakitnya?
Rasa sakit di bahagian perut inilah yang perlu kita ambil berat. Pengalaman melihat isteri yang sakit perut selama hampir 2 minggu menyedarkan saya akan banyak perkara. Nyeri di bahagian bawah perut sebelah kanan yang sekejap ada, sekejap takde bak biskut chipsmore rupa-rupanya salah satu tanda gejala radang appendik. Penting rupanya untuk kita tahu tanda atau gejala sakit perut yang normal ataupun tidak.
Sebab itu, saya amat suka untuk berkongsi 9 simptom radang appendik atau simptom sakit perut yang luar biasa:
- Peringkat awal. Tanda awal yang biasa berlaku ialah bila kita mula rasa sakit dari bahagian pusat dan kemudian melarat ke bahagian bawah abdomen/perut. Posisinya lebih kurang kalau kita letak tapak tangan kita di bawah hujung tulang rusuk kanan. Kat situlah yang kita akan rasa berdenyut-denyut.
- Jika radang merebak ke tisu sekitar, rasa sakit bawah perut akan rasa lebih kuat dan mungkin semakin teruk. Menurut isteri saya, rasa sakitnya tidak konsisten tapi rasa berdenyut tu memang berulang-ulang.
- Loya dan muntah-muntah. Ramai yang sangka mungkin salah makan atau keracunan makanan. Maka, ubat tahan muntah dan loya menjadi pilihan ramai doktor. Ini pentingnya kita tahu gabungan gejala dan tanda sakit perut yang luar biasa.
- Hilang selera makan. Bila dah selalu muntah dan rasa loya, mana mungkin nak makan dengan berselerakan? Jadi, kalau kita sakit perut lebih dari 3 hari, selera makan pun hilang, eloklah segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan rapi. Isteri saya memang hilang selera makan dan memang kena telan juga makanan berupa bubur untuk membekalkan tenaga, tapi berat badan memang susut hampir 2 kilo.
- Cirit-birit. Ini antara gejala awal berlaku radang appendik. Ianya tidaklah lama sebab perut kita tidak terlalu padat dengan makanan. Maka, air besar juga kelihatan sedikit luar biasa. Penting untuk tahu, mana yang biasa dan luar biasa!
- Sembelit. Ada sesetengah pesakit appendik rasa susah nak buang air besar (tapi tidak pada isteri saya).
- Sukar kentut. Ini antara tanda/gejala penting sakit perut atau radang appendik. Memang amat susah untuk buang angin bila seseorang tu appendiknya sudah bengkak. Jadi, jangan marah kalau insan tersayang anda kentut. Itu tandanya dia sihat!
- Bengkak pada abdomen/perut. Memang tak berapa nampak sebenarnya, tapi kalau betul-betul appendik kita bengkak (di dalam perut), memang akan boleh dilihat jika kita berbaring. Akan nampak sedikit bengkakan di sekitar bawah perut kanan. Biasanya kalau ditekan, memang terasa sakit dan tak selesa.
- Demam. Ini soalan nombor 1 yang doktor akan tanya dan biasanya kita yang sakit perut tak demampun (berlaku pada isteri saya). Jadi, kalau ada rasa badan panas sedikit (lebih 37 degree), pastikan kita maklumkan pada doktor.
- Kedudukan lutut. Bagi pesakit ini, bila ditarik kedua lutut ke arah dada, rasa sakit perut tu akan berkurang dan lebih selesa.
Apa nak buat kalau ada tanda dan gejala sakit perut seperti di atas?
- Bertenang. Jangan panik. Periksa suhu badan dan kekerapan sakit perut anda. Catatkan bacaan dan selang masa sakit perut. Minta tolong ahli keluarga anda yer.
- Terus ke klinik atau hospital. Ceritakan segala-galanya kepada doktor bertugas. Contohnya berapa lama dah sakit, berak ok atau tak, air kencing warna apa. Kadang-kadang doktor tak akan bertanya kepada pesakit. Maka, bertanyalah dan berceritalah kepada mereka!
- Kalau doktor kata semuanya ok? Kalau anda sudah acap kali berulang ke klinik @ hospital yang sama, apa kata anda cuba ke klinik lain dan cuba jalani ujian yang lebih lanjut. Ujian apa yang sesuai untuk kita tahu yang kita bukan radang appendik?
Ujian apa yang perlu dijalani untuk penyakit appendik?
- Ujian ultrasound dapat menjelaskan kalau ada bengkak di bahagian bawah perut kanan. Kos ujian ultrasound sekitar RM90 (hospital swasta).
- Ujian darah yang lengkap akan memberikan petunjuk kepada serangan bakteria/virus dalam sistem pertahanan badan kita. Biasanya, bacaan sel darah putih dalam darah menunjukkan bacaan yang tinggi.
- Ujian air kencing juga diperlukan untuk mengesan kehadiran bakteria dalam urin kita. Kos ujian darah dan air kencing sekitar RM80 dan mengambil masa selama lebih kurang 2 jam untuk mendapat keputusannya (hospital swasta).
Inilah senarai 10 gejala radang appendik/sakit perut. Jangan terkejut jika kanak-kanak seawal 3 tahun juga boleh mendapat sakit perut appendik ini. Kita yang dewasa apatah lagi. Jika appendik membengkak dan bernanah, ia memang di tahap yang serius sehingga ada kes yang membawa kepada kematian. Sentiasalah bertanya dan awasi kesihatan diri sendiri, isteri dan anak-anak kita supaya langkah pencegahan sakit perut mahupun radang appendik ini dapat dicegah lebih awal.
@hafizmd – Perhatian: Kalau perlu, minta doktor lakukan ujian darah, ultrasound dan sebagainya sebab sudah banyak cerita yang ambe dengar, ramai yang ingat hanya sakit perut biasa tapi tersedar ianya radang appendik bila sudah pecah bengkaknya.
Tengah mencari maklumat apendiks nih. Sakit bahagian kanan perut skang. huhu
Semoga semuanya2 baik2 saje..ameen
Kalau sy batuk pasti tersa sakit kat belah kanan tu..tp bkn selalu..kadang2 ok..kadang2 tak..apakah itu tanda appendik..boleh bg penjelasan..risau teramat
Kak Rozie..maaf kak..tak dapat saya berikan nasihat atau penjelasan lanjut..
mohon akak buat medical check up atau berjumpa dan bercerita dengan terperinci kepada doktor..insyaAllah saya doakan akak rozie sihat2 hendaknya
Kalau batuk terasa sakit belah kanan..apakah itu tanda sakit appendit
Setakat pengalaman melihat isteri masa sakit appendik, takde tanda2 batuk diikuti sakit sebelah kanan..
apapun..saya saranan cik rozie utk buat medical checkup dengan secepat mungkin…saya doakan semua2nya sihat semuanya.ameen
Saya tiada simptom appendix ni, tp ia terjadi kepada anak sulung perempuan saya berumur 12 tahun. Minggu lepas telah admit ward, after 2 days, sakit kurang, doktor discaj coz scan doc x nmpk pape. Normal katanya. 1 day after, anak pening2, mual, demam dan sakit perut blh kanan tu disertai sakit seluruh perut. Sampai ke hari ini, anak masih mengalami simptom yg sama bahkan lagi membimbangkan saya ia semakin sakit disertai demam panas dan sakit perut bhg kanan bwh tu . Sampaikan tgh mlm pon dia sakit. Perut yang bhg sakit pon mcm membengkak. Pada pendapat Hafizmd, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Allahuakbar. Maaf sebab terlambat balas.
Bagaimana keadaan anak Puan? Saya doakan anak puan sudah sembuh.
Jika begitu keadaannya, saya amat sarankan utk segera ke klinik pakar/hospital pakar utk buat ultrasound.
Saya skg merasakan sakit seperti ditusuk2 dibahagian perut sebelah kanan
Cik Ain. Mungkin angin. Dah buat medical checkup?
As Salam . Saya shafinaz . Berumur 18tahun . Bila saya baring , saya tekan perut saya untuk periksa . Dibahagian kanan perut saya sehingga di bahagian tengah perut saya , saya dapati ia berdenyut dengan laju dan bila saya tekan ia , ia akan rasa ditekak loya-loya . Tak keluar pulak muntah . Kemudian ditekak ada rasa seperti benda tersembut dan kesat kenapa ia ? adakah itu tanda awal saya nak dapat penyakit seperti anda terangkan diatas ?
Assalam Shafinaz.
Terima kasih kerana berkongsi cerita.
Maaf Shafinaz, dgn tanda2 ini tak dpt saya nyatakan apakah ianya petanda sakit appendiks. Sya amat2 sarankan Shafinaz utk dapatkan pendapat doktor dgn segera. Jgn bertangguh ek.
Maaf xdpt membantu lebih lanjut.
Salam…dah 5 hari sy sakit perut bawah pusat belah kanan…kdg sakit kadang tidak..seblum ni sy ad mmbuang..then najis sy cair bercampur darah.theb lpas dri kjadian dh 3 hri sy x mmbuang..sy baru mgandung…satu saya rasa angin…sbb sy slalu kentut..sy dah pegi klinik…doc cek air kencing sy..die kata air kencing kotor…then doc bg ubat antibiotik.ubat thn sakit..dn ubat lawaskan kncing..cm ne to erk??
Salam Siti.
Sepanjang yg saya tahu, air kencing kotor biasa berlaku kepada wanita mengandung. Siti bgtau kat doktor tak yg Siti pregnant?
Risau jugak ubat2 tu kpd kandungan. Saya doakan yg baik2 saje utk Siti.
InsyaAllah takde apa2. Mungkin sakit tu disebabkan air kencing kotor. Saluran kencing mungkin “tertekan”.
Kalau berlarutan, cepat2 jumpa doktor dan sentiasa berdoa yg terbaik utk diri dan anak. Ameen.
Sy mengalami simptom2 sprti di atas,tp sakit berulang2 berlaku dlm 2 or 3 jam,lpas tu sy xde sakit2,cme tibe2 bdn mengigil mcm nk demam..adakah tu pertanda sy kne appendik?
Nabila. Tak dpt saya beri jwpn tepat melainkan Nabila kena juga ke klinik atau hospital
untuk pemeriksaan lanjut. Kemungkinan bukan atau Ya byk bergantung kepada pemeriksaan lanjutan.
Jngn bertangguh yer.
hi smua, sy Nak tnya pda yg arif. Bulan ni je 2 kali dah sy kna serang mcm ni.mulanya demam panas,cirit birit,perut mencucuk berulang ulang slg dlm 5 atau 10 minit.yg xtahan skit perut ni,slra makan sy pn hilang,Bila lapar rasa Nak mkn tp Bila Nak mkn rsa Loya mcm Nak mntah. first week kna dmam tu sy ada jmpa doctor.dia tekan perut tp dia xckp apa2.dia just ckp panas demam tinggi snggat kna suntik dan bgi m.c. dah 2 Hari sy dmam sjk kmrin.tkutnya klu kna apendix..
Hi Nurul.
Hanya 1 nasihat saya, Baik nurul jumpa pakar perut. mereka akan nasihat dan buat pemeriksaan lebih tepat utk nurul.
cepat2 yer.
saya nk tanya..sekiranya sakit dibahagian perut pada belah kiri adakah itu juga apendik
Kalau belah kiri..bukan appendik..sbb appendik kedudukannya sebelah kanan.
apapun, saya nasihatkan Nur Farhanah buat pemeriksaan lanjutan kalau tak selesa ek.
Assalammualaikum, nak tanye, sy prnah memegang bahagian bawah rangka tulang bdn bahagian dpn, sy mendapati di seblah kiri seprti biasa, lembut, tapi kat seblah kanan agak sedikit keras dn boleh dikatakan seperti ketulan, adakah itu appendix? Ditekan tidak ada rasa, sakit nya hanya dilua, dn jarang brlaku, sakit hanya waktu trtentu.
Waa’laikumussalam.
Jika appendik bengkak, biasanya akan alami simptom2 yg saya tulis dlam entri ni secara kerap dan berterusan. Ada juga yg tak sedar appendiknya bengkak.
Maka, saya sarankan Cik Suhada utk buat pemeriksaan lanjut. Jgan biar ek.
Saya menjalani pbedahan appendix april 2015 yg lalu.. simtom cuma sakit di bawah perut bhgian kanan.. x demam, x muntah, x loya, x plk hilang slera mkn.. cuma sakit. x syak ape pon. Sbb nk mintak mc, sy pergi klinik swasta..& sy dnasihatkn rujuk hosp utk pmeriksaan lnjut scepat mgkin. Pihak hosp sarankn sy dimasukkn ke wad.. so surprise.. rasa sakit sikit ja.. ttiba je terima berita sy kena wat pmbedahan.. sampai skrg sy masih blur~
Byk juga kes macam ni. Takde apa2 tanda sakit appendik sehinggalah tiba2 rasa sakit yg lain macam.
Apapun, saya doakan mawar cepat sembuh luka2nya, moga kembali sihat. ameen
Salam, Sabtu yg lepas saya pergi ke klinik dan doktor sahkan kene gastrik. Masalah sakit perut saya dah lama kene, dari tahun 2013 tp x brapa teruk. Tp waktu praktikal dah tambah kerap. mcm seminggu tu skali kene. tp skang 2015 bulan ni seminggu dah byk kali kene. biasa kene time hjg minggu. doktor ckp gastrik, tp saya ada rasa sakit kt belah kanan. smpai skang saya rasa sakit lg smpai menggangu tumpuan keje, emosi, serta waktu tido.
Salam.
Bro Nazri, kalau camtu..saya sarankan apa kata bro cuba buat medical check up dgn pakar perut yg lain pula. Minta pandangan kedua doktor lain (bukan doktor yg bro selalu pergi).
Kalau boleh, cuba tanya doktor, perlu tak buat ujian ultrasound.
Saya doakan bro makin sihat.. ameen
Salam bro Hafiz… Saya ada kemusykilan yg telah hampir seminggu menghantui saya… Bawah perut saya selalu berdenyut 2-3 kali selang 5-10 minit… Tak pasti bawah perut atau atas abdomen…
Salam bro Azwan. Sorry lmbt reply.
So, skrg still perut berdenyut2 lagi ke?
Otot perut mungkin jugak..ada buat kerja2 berat ke?
Salam bro Hafiz… Perut dah tak berdenyut2 lagi… 2 hari lepas comment sini dah hilang hehe… Tak buat kerja berat pun bro, cuma perut saya ni yoyot sikit, pastu asyik duduk depan pc je 🙁
Salam bro Azwan.
Alhamdulillah. Lega dengar. Moga2 terus sihat.
Sayepun jenis kerja depan pc jugak..tanganlah jadi mangsa dan mata.
Ingatan utk saya dan bro jugak..setiap jam paling kurang…kena bangun..gerakkan anggota2 utk legakan urat2 dan postur badan.. =)
pumpang bertanya, saya mempuyai masalah perut bahgian bawah saya macam tak selesa. sebelom ni sakit perut bahgian atas buang air besar mau kerap baru keluar sikit sikit… setelah makan ubat di beli farmasi… perut atas ok tapi bawah macam tak selesa… apa punca dia…. dan maklum saya ni kerja berat, angkat angkat barang lah… tq
…
Mungkin juga ade kaitan cara tuan angkat barang..menyebabkan bebanan pada otot perut..jika masih berlarutan..tuan cpt2 ke klinik yer..dptkan pandangan doktor
askum..sy sakit perut sebelah kanan bawah ni dah 2 minggu..sakit dtg & pergi..bile sakit rase x selesa..kadang2 dkt pinggang pun ade rase sakit..sinptom ape ye bro..risau jgk ni..
W’salam.
Dah 2 minggu. Souffe ade gi klinik tak? Kalau belum..saye nasihatkan utk ke klinik. 2 minggu tu..
Souffe ade sejarah gastrik tak?
Saya ada masalah sakit perut belah kanan. Tp saya dah takde appendix. Saya jarang kena sakit kt tpt ni tp sekali kena 2 or 3 minggu baru ilang.
Saya ada masalah sakit perut belah kanan. Tp saya dah takde appendix sbb dah buang taun 2011.tp saya jarang kena sakit kt tpt ni tp sekali kena 2 or 3 minggu baru ilang.tp bila kena saya akn hilang selera makan. Lain dr tu ok je.. Apa pendapat en hafizmd
Maaf yer Ieda. Tak dapat saya nak berikan pendapat mendalam.
Mungkin salah makan, mungkin sebab luka dalam masih berbekas? Apapun, saya sarankan ieda jumpa doktor yer.
Saya doakan ieda makin sihat. ameen
Saya mengalami sakit perut di kanan tapi bukan di bawah perut adakah bahaya
Bahaya atau tidak, saya amat syorkan utk en hariz jumpa doktor utk pengesahan. Jgn tangguh2 yer
Adakah boleh bersukan sekiranya apendiks dibuang
InsyaAllah boleh, tapi memang kene berehat dulu selepas pembedahan. Kene kurangkan kerja2 berat.
Kalau kentut boleh tapi masih sakit mohon pendapat
Mohon en hariz jumpa doktor yer. sebab simptom2 sakit appendik boleh jadi berbeza antara satu sama lain.
saya doakan anda cepat2 sembuh
Saya mengalami bbrapa simptom di ats …tp bla pgi hosptl biasa dia just kta angin and miss mkn…skit sbelah knan…dia bg ubt than skit jer..so klau skit just mkn ubt than skit jer..mcm mna yew? Sya nk kna pg hosptl swasta plk ke? Skit nih kdang2 jer dlam sminggu 2 kli..2 blan dh cmni..
Bukan nak kata..tp isteri saya itulah jugak yg hospital berikan masa bawak ke icu jam 4pg.
Saya amat2 sarankan awak utk buat ultrasound di mana2 yg boleh..tak mahal..dalam rm80-90 jer rasanya..
saya doakan awak takde pe2 sakit yg kronik..tp please buat checkup yg lebih details yer
Baru tahu pasal radang appendik ni. Terima kasih sebab berkongsi.
Sama2. Sakit appendik ni makin menjadi2 plak sekarang.
Selain drpd apendiks, ada tak penyakit lain yg lebih kurang gejalanya seperti apendiks?
Saya tak berani nak cakap.
Entri saye ni berdasarkan pemerhatian masa isteri saya kene appendik dan pembacaan juga.
Saya doakan Hamba Allah sihat2 sahaja. Ameen.
Saya pun ade simptom tu juga tp sukar kentut tu x delah pulak agk2 itu appendix ke
Kalau tak de selera makan, ada rase sakit perut belah kanan..kene hati2 Puan.
Saya nasihatkan Puan utk buat medical checkup. Moga puan sihat2 ajer. Ameen
Saya bila lepas makan muntah2 .. Kadang2 tu terasa Bahagian perut seperti berdenyut denyut belah kanan ..
aku pun ade sakit perut jga ni…bila lapar time subuh² perut aku mcm ade sakit dn lpar plk….ape msalah aku ni??…umur aku 14thn…
hrp dibalas ye…
Ada masalah gastrik ke bro jonathan sebelum2 ni?
Isteri saya sakit bahagian perut sebelah kanan dua minggu yg lepas dan demam panas.Lepas dibawa ke klinik, syukur bukan appendik. Tapi result darah menunjukkan ada kuman pada sel darah putih. Esoknya sakit tersebut hilang dan tiada sakit lagi selepas makan ubat.
Semalam dia sakit dibahagian payudara.Bila dibawa jumpa doktor,buat x-ray semua ok pulak. Doktor cakap mungkin disebabkan salah position tidur plak. Bini saya ada juga cakap pasal sakit perut dia yang dua minggu lepas. That why,next week doktor plan hendak buat satu ujian lagi,nak teropong dalam perut…kawan2 yg lain ada masalah begini tak?
Saya daoakan isteri tuan akan kembali sihat seperti sediakala. Jika bukan appendik, moga2 bukan juga penyakit2 lain. InsyaAllah. Moga sihat.
Saya br tiga hari jlni pembedahan. Padahal semua simptom tu ada..sy xsangka rupanya appendik… Doktor kt dh pecah… Allahu Akbar
Sakit lbhkrg 2 mggu.. Du ingat gastrik
Allahuakbar. Moga cepat sembuh yer.
Assalamualaikum…
Saya ingin bertanye.. tunang saya selalu sakit perut… hampir setiap hari.. sebelum ni ada pernah berjumpa doktor, dan doktor mendapati apenddix.. setelah makan ubat yg d berikan.. masih tiada kesan sampai sekarang.. jadi saya ingin bertanya apakah sebenarnya sakit beliau dan apakah langkah yang harus saya lakukan..??
Sekian
Waalaikumussalam.
Jika masih lagi sakit yg sama, saya amat2 sarankan untuk terus ke hospital.Jika berkemampuan, boleh ke klinik pakar. Saya doakan tunang tuan cepat sembuh. Jangan bertangguh yer
Sy pun sakit perut belah knan bwh..n slalu kdg2 sakit..kdg2 reda..sakit brdenyut2..pnah g hspital kerajaan, tp doc ckp xde apa2.tp geram juga..nk g hspital swasta kosnya mhal pula.
Betul tu. Kos di swasta mmg agak mahal…huhu..
apapun, saya harap nur tidak putus asa dan jika sakit dan berat badan turun tanpa sebab..baik cpt2 ke hospital yer
takut bila memikirkan masalah dalaman terutamanya masalh berkaitan perut. semoga kita semua dijauhkan dari penyakit itu. namun, tiap-tiap penyakit tu adalah ujian dan ada penawarnya. usahalah cari jalan terbaik untuk merawat dan mencegah.
saya menpunyai simptom kat atas . slalu pegi check . doc cakap xdak apa2 . tp skit ni boleh kata seminggu skli rasa skit dia
Mungkin angin atau kembung?
Jika ianya masih lagi rasa sakit seperti simptom2 dalam artikel, saya sarankan Ayu utk jumpa doktor pakar. Jangan bertangguh yer.
sy terasa sakit sebelah kanan .. tp rasa loya dan muntah tu lama da alami .. mlm inj sy terasa tegang bahagian kanan .. bisa seakan mencucuk bawah tulang .. risau utk sy buat pemeriksaan
Kalau masih berlanjutan..saya sarankan utk cepat2 jumpa doktor utk dapatkan pemeriksaan rapi
Salam. Saya nak tanya. Beberapa hari ni sy ade mengalami sakit dibawah perut/abdomen. Sakitnya di bahagian tengah (atas rahim). Kadang2 waktu saya nak duduk rasa seperti tajam menyucuk. Utk pengetahuan, sy baru berkahwin 3 bulan. Dan sy jugak baru melepasi tarikh subur. Perlu ke sy pergi ke klinik utk rawatan? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Maaf Puan, tak dapat saya berikan apa2 nasihat. Saya nasihatkan puan untuk ke klinik untuk dapatkan nasihat daripada doktor. Jangan bertangguh yer puan. saya doakan puan sihat sentiasa. Amiin
saya sdg alami simptom spt diatas selepas 5hari menahan sakit. hari pertama sampai ketiga sakit hanya sekejap ad skjp hilang setelah masuk hari ke 4 sakitnya berterusan..dah pergi klinik mmg lebih pada simptom appendiks…doktor refer saya ke hospital hari ini cuma belum pergi lg.
Jangan bertangguh yer jeee. cepat2 ke hospital utk dapatkan rawatan lanjutan.
masa hujung bulan 1 sya kene cirit birit. lepas baik dari cirit birit tu tiba2 sakit perut belah kanan sampai demam2. masuk sbulan dah sakit tu. nk jalan pon kena slow2. tu tanda apendik jgk ke?
Tak dapat saya pastikan dan beri nasihat. Jika masih berlarutan, mohon nadhirah ke klinik dengan kadar segera. jangan bertangguh yer
Dah dua hari saya ada semua simptom tu kecuali demam.
Say baru done checkup air kencing dan darah 2 minggu lepas. xde bende meragukan kecuali kolestrol tinggi. yang saya hairan. kebelakangan ni saya sakit perut melampau. tak makan apa2 duduk saja2 katalah main game. terus sakit perut utk berak. tapi xde pula darah ke apa ke cuma selalu ulang alik gi tandas. kadang tgh tidur pun tetiba perut sakit. nak gi berak.
appendix ke? loya2 tu xde la. tapi ultrasound tu saya tak buat lagi.
Cuba buat check darah tgk macam mana
Sye hari tu tu tiba2 pedih ulu hati dngn kembung..tapi skrng ulu hati dah okay..kembung masih x okay..dah hampir 5 bulan..kembung tu still ade..adakah bahaya?
Cuba elakkan makan makanan yg boleh menyebabkan kembung perut..then tgk kesannya berkurang atau tak
Salam En.Hafiz
Baru2 ni sy warded hsptl. Doc x dpt kenal pasti sakit apa. Mula2 ingat appendix.. Lepas buat xray, scan bahagian sakit puan, ultrasound, ct scan masih lg x dpt kenal pasti sakit apa. Sy sakit perut bahagian kanan. Bila doc check seperti ada ketulan di tempat sy sakit tu. Doc ckp maybe mass appendix. Bulan 10 nnt doc nak masuk kan kamera dlm usus. Sy takut sebenarnya nk buat ujian tu. Klu nak ke klinik swasta..klinik mana yg sesuai sy pergi. Dan apa rawatan yg sesuai untuk sy dpt detail sakit sy ni.
Sy mengalami sakit bwh perut sebelah kanan mcm wife encik alami. Skjp sakit skjp x. Kdg kdg ms kerja dtg rs tu buat sy tak selesa. Sy msih blh brjalan. Msih blh bt krja tp x selesa.rs denyut dlm perut belah kanan. Simpton kedua sukar kentut. Itu aje. Prnh pegi hosp gov,berjam jam 2,3 org doc jumpa tp last ckp xde apa. Darah ambik,air kencing,ultrasound. Smua ok.Sy bingung. Dan skrg sakit tu sy msih rasa. Sgt tidak selesa. Selagi tak tahu apa penyakit sbnr
Apa yg saya Baca diatas adalah sama yg saya Rasa sekarang. Apa yg perlu sya buat?dan sekarang ni saya Berada diluar negara…
Dapatkan pendapat doktor cepat..jgn bertangguh
asalam..sy ad mngalami sembelit ssah nk berak,loya ja, tpi tk muntah.. perut kdang skit pedih blh kanan perut.. adakah dy simptom apendix
W’salam..mungkin bukan..paling baik ialah berjumpa doktor utk buat pre-checking yer..saya doakan awak sihat..