Malam Lelaki Kacak!

Assalamua’laikum.

Ambe yakin bebenor, malam tadi semua lelaki baik kacak mahupun kurang kacak, wanita cun mahupun kurang cun tidur lebih lena berbanding dua malam lepas. Mana tidaknya, lelaki-lelaki kacak Harimau Malaya bermain lebih baik dan berhak menang malam tadi menentang Laos. 4 gol tak cukup? Cukuplah tu. Janji menang. Korang rasa siapa dia lelaki paling kacak dalam stadium malam tadi? Ke tak puas hati lagi? Jangan pandai kutuk jer…

Mutu permainan malam Malaysia vs Laos malam tadi memang lebih kemas dan tersusun. Sayap kiri dan kanan memang milik Kunalan dan Wan Zack. Hura-hara jugak jadinya pertahanan Laos nak kekang larian laju Kunalan dan kelincahan Wan Zack. Ambe memang rasa dari awal lagi yang Wan Zack layak untuk diturunkan dalam ‘first eleven’. Lincah dan ada kawalan bola yang baik. Kalau tak, takdenya kelab Jepun nak jemput dia main untuk mereka! Dia paling kacak malam tadi. Setuju?

Masa kalah dengan Bangladesh dalam siri perlawanan persahabatan lepas, ada yang kata sebab pemain Malaysia tak tahan dengan bau badan pemain Bangladesh! Tak patut melawak camni. Kasar tu. Kata orang tak wangi. Kita wangi sangat ke? Terus teringat kat entri lama ambe tentang “Dia Mesti Wangi?“. Ada yang tanya apa itu jenis-jenis minyak wangi. Apa itu parfum/attar, EDP, EDT dan cologne. Meh ambe cerita sikit pasal jenis-jenis minyak wangi yang ada di pasaran online/offline.

  1. Parfum/attar: Mengandungi kepekatan minyak wangi antara 20-50%. Jadi ia jenis yang tahan lama. Siapa yang biasa guna minyak attar mesti setuju,kan?
  2. Eau de Perfume (EDP): Kandungan minyak wangian jenis EDP pula antara10-15%. Ini antara jenis minyak wangi yang paling popular sebab murah berbanding parfum.
  3. Eau de Toilette (EDT): Kandungan minyak wangi antara 8-10%. Tidak tahan terlalu lama dan keharumannya tidaklah sehebat EDP dan parfum. Boleh digunakan dalam kadar yang banyak dan mudah dibawa.
  4. Cologne: Mengandungi pati minyak wangi yang paling sedikit iaitu 5% saja. Paling kurang pekat dan lebih murah.

Jadi korang dah tau jenis-jenis minyak wangikan? Senanglah nak pilih dan sesuaikan dengan keadaan. Mana nak pakai ke pejabat, waktu siang, malam dan tengah malam!

Buat seluruh lelaki kacak malam tadi yang berada di stadium terutamanya, korang tetap kacak walaupun tak pakai minyak wangi! Sokongan korang pada skuad Harimau Malaya memang amat patut menerima pujian. Moga terus menyokong skuad Harimau Malaya! Tinggal satu saja lagi halangan untuk ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Malaysia vs Indonesia, 1 Disember nanti. Kutuk-kutuk juga, sokong tetap kena sokong sampai bila-bila! Malaysia Boleh!

Info tambahan minyak wangi: Boleh baca entri Cik Tom di sini –> Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume Pantry

@hafizmd – Siapa lelaki paling kacak malam tadi? Koranglah termasuk ambe dan kem Harimau Malaya.