Dia Mesti Wangi?

Assalamua’laikum.

Dia mesti wangi. Kat mana korang dengar ayat ni? Ayat iklan wangian Dato’ Siti, kan? Betul tak? Mesti ke kita dan si dia wangi? Takkan ada yang tak suka bau wangi. Bukan setakat wanita saja yang suka bau wangi ni, lelaki kacak macam aku, Bang Maza, AkuBiomed, Cikgu Tehr, Bang Benjy sudah pasti sangat suka pada wangian dan haruman. Betul tak? Eh, pasal apa macam ada persamaan jer antara kami ni?ehem ehem dan ehem lagi.

Soalannya ialah adakah minyak wangi yang kita pakai sesuai dengan kita dan keadaan?

Tak aku nafikan ramai yang pakai minyak wangi. Kadang-kadang tak nampakpun lagi tuan punya badan, tapi dia punya wangi sebatu dah dapat bau. Apa punya jenis minyak wangi dia pakai daaa? Jenis lembut? Ataupun keras? Ke kita main belasah jer?

Aku kongsikan sikit tips pasal wangian lembut vs wangian keras ni. Mana tau, kot-kot lepas ni ada temuduga dengan bakal mak mertua. Mestilah kena bijak pilih haruman. Barulah tampil lebih kacak dan anggun!

Wangian lembut

1. Sesuai sangat untuk kurangkan tekanan ala-ala terapi mental. Lagi lembut, agaknya lagi bagus.

2. Sesuai untuk kita pakai bila ke tempat kerja. Kalau bau keras sangat, ia akan mengacau lubang hidung rakan sekerja kita. Tak baik yer kacau sistem pernafasan orang lain.

3. Haruman lembut juga boleh memberi kita lebih daya fokus, menajamkan fikiran, mata dan telinga. Jadi, sesuailah dengan tips #1.

Wangian keras

1. Kalau lelaki yang pakai, ia akan buat kita lebih nyaman dan tenang. Nak-nak kalau kita jenis yang tak reti duduk diam (kuat bekerja).

2. Kalau kita sangat aktif, haruman keras memang amat sesuai kerana ia lebih tahan lama. Calit pagi, minggu depan baru hilang wanginya. Ok, ini tak betul.

3. Kalau kita jenis yang cepat berpeluh pulak, nak-nak kalau orang tu ketua tulang ketiak (korang tau tak sape ketuanya?), haruman jenis keras amat sesuai untuk menutup bau kurang senang (kalau ada).

Itu sekadar tips ringkas sahaja. Aku yakin, lelaki sekarang ramai yang layak dipanggil lelaki maskulin. Aku harap kita dah tau nak guna minyak wangi jenis apa mengikut keadaan kita pada satu-satu masa. Elok sangatlah kita lelaki untuk calit sikit minyak attar sebelum kita ke masjid untuk solat Jumaat nanti. Wangi kita dapat, sunnah Nabi pun kita dapat. InsyaAllah.

@hafizmd-Eh, korang tau tak apa persamaan antara aku, Bang Maza, Cikgu Tehr, Akubiomed dan Bang Benjy? Dia mesti wangi? Haruslah.