Dia Mesti Wangi?
Assalamua’laikum.
Dia mesti wangi. Kat mana korang dengar ayat ni? Ayat iklan wangian Dato’ Siti, kan? Betul tak? Mesti ke kita dan si dia wangi? Takkan ada yang tak suka bau wangi. Bukan setakat wanita saja yang suka bau wangi ni, lelaki kacak macam aku, Bang Maza, AkuBiomed, Cikgu Tehr, Bang Benjy sudah pasti sangat suka pada wangian dan haruman. Betul tak? Eh, pasal apa macam ada persamaan jer antara kami ni?ehem ehem dan ehem lagi.
Soalannya ialah adakah minyak wangi yang kita pakai sesuai dengan kita dan keadaan?
Tak aku nafikan ramai yang pakai minyak wangi. Kadang-kadang tak nampakpun lagi tuan punya badan, tapi dia punya wangi sebatu dah dapat bau. Apa punya jenis minyak wangi dia pakai daaa? Jenis lembut? Ataupun keras? Ke kita main belasah jer?
Aku kongsikan sikit tips pasal wangian lembut vs wangian keras ni. Mana tau, kot-kot lepas ni ada temuduga dengan bakal mak mertua. Mestilah kena bijak pilih haruman. Barulah tampil lebih kacak dan anggun!
Wangian lembut
1. Sesuai sangat untuk kurangkan tekanan ala-ala terapi mental. Lagi lembut, agaknya lagi bagus.
2. Sesuai untuk kita pakai bila ke tempat kerja. Kalau bau keras sangat, ia akan mengacau lubang hidung rakan sekerja kita. Tak baik yer kacau sistem pernafasan orang lain.
3. Haruman lembut juga boleh memberi kita lebih daya fokus, menajamkan fikiran, mata dan telinga. Jadi, sesuailah dengan tips #1.
Wangian keras
1. Kalau lelaki yang pakai, ia akan buat kita lebih nyaman dan tenang. Nak-nak kalau kita jenis yang tak reti duduk diam (kuat bekerja).
2. Kalau kita sangat aktif, haruman keras memang amat sesuai kerana ia lebih tahan lama. Calit pagi, minggu depan baru hilang wanginya. Ok, ini tak betul.
3. Kalau kita jenis yang cepat berpeluh pulak, nak-nak kalau orang tu ketua tulang ketiak (korang tau tak sape ketuanya?), haruman jenis keras amat sesuai untuk menutup bau kurang senang (kalau ada).
Itu sekadar tips ringkas sahaja. Aku yakin, lelaki sekarang ramai yang layak dipanggil lelaki maskulin. Aku harap kita dah tau nak guna minyak wangi jenis apa mengikut keadaan kita pada satu-satu masa. Elok sangatlah kita lelaki untuk calit sikit minyak attar sebelum kita ke masjid untuk solat Jumaat nanti. Wangi kita dapat, sunnah Nabi pun kita dapat. InsyaAllah.
@hafizmd-Eh, korang tau tak apa persamaan antara aku, Bang Maza, Cikgu Tehr, Akubiomed dan Bang Benjy? Dia mesti wangi? Haruslah.
btul..pemilihan penggunaan minyak wangi penting..slalunya waktu siang pki eu de toilette jer..
kalo ade event malam bru pki parfum..sbb hari x panas..kalo pki time panas..peluh campur wangi mmg tengik gak la..huhu
terbaiklah JO =)
Bab ni mmg kena pandai pilih. Maklumlah kita tinggal kat negara yg ada mcam2 cuaca..
yela..bhya pki sebarang2 ni..bek2 wangi jdik x wangi lak..hehe
@JO,hehe…kang bau pelik2 payah jugak hidung nak terima…eheh
ah yer ker tak cayalah hee..klu keje teruk sngt kompom ada bau musyuk gak hiiii 😛
hahaha…kalau busuk, naik tren…fuh! pening kepala wooo
sy suka avon tu far way heee…
Like.
tahan 3 hari still lekat kt baju..heee
@suri, hehe…itu minyak memang byk super wangi ooo..hehe
@Iza, Like tooo…hehe
@suri,pernah jugak beli sekali..sekarang dan tukar lain pulak…hehe
jangan bau hangit sudahlaha da pening nak angkat sush..
kalau dah hangit, kena mandilah…hehe
senang cerita tanpa minyak wangi mmg tak kacak apa lgi nak seru cantik
Lelaki kacak harus wangi kalau tidak wanita jelita tidak mahu dekati. 🙂
mestia da klu tak pakai dedorant ok jer heee
@suri, deodorantpun ok jugak….baru tak hangit….hohohoho
@AB, hehe…wanita mmg sukakan lelaki yg wangi…betul tak?
hehe..kena jugak harum wangi sikit…nak2 kalau kita kat rumah…ye ke idok?
Assalam…
Kalau minyak wangi bau keras, tolong spray jauh2, naik pening dan menusuk hidung baunya….
Lebih suka bau lembut dan mendamaikan…
Wassalam,
Haruman keras mmg agak sakitkan hidung dan kadang2 rasa tersekat pernafasan ni..
Haruman lembut mmg jadik pilihan…damai dan best!
Aneh untuk entri ini ramai pula bunga yang komen. Maksudnya wanita suka lelaki wangi. 🙂
mesti suka wangi klu busu susuh nak pulak org nak dekat heee
@suri, kalau ada yg tak suka wangi, mmg pelik…betul tak?
@AB, biasalah. wangi dan wanita…dua2 mula ngn WA…ada chemistry katanya =)
Saya suka mahu lembut dan misteri kerana orang yang berdekatan akan tercari siapalah lelaki kacak yang menyembur minyak wangi lembut.
tu dia…mmg lelaki misteri betullah =)
haruman lembut mmg lebih best!
Aku dari dulu sampai skrg tak reti nak pakai minyak wangi .. hehe
hehe…biasalah…mana yg ada, sapu jer sikit2..hee
jarang belilah minyak wangi asyik dapat free je(minyak attar orang balik mekah)
hehe…dapat minyak attar pun bagus jugak…wangi semerbak
aku tak suka pakai minyak wangi. metabolisme badan aku tinggi. cepat berpeluh. Biarlah kalau peluh pun. Perempuan tetap suka jalan dengan aku. haha..
bro special kes..terlalu kacak..hehe
@JO, hohohoho…dia takpe, duit byk…wangi duit dalam poket tu dah cukup cover…ahahhahaa
hahaha..tu sebab perempuan tu tau ada bau wangi dalam dompet ko tu..hahahaha
sape2 pun x kan suka dekat kalau x wangi kan..
err..sampai skrg ni..chii slalu confuse antara EDT ngan EDP..
Setuju, kalau wangi mmg ramai yg suka, kalau tak wangi….erm…
EDT ngn EDP ek…lehla kuar entri pasal ni pulak…hehe
Bleh2.chii tngu. Pastu leh suggest antara perfume yg menjadi pilihan lelaki kacak.
Brut? Dashing? Uber men
@chii, insyaAllah…dashing keras..tak suke..hehe
rasa2 aku tahu siapa ketua tulang ketiak tu 😀
tapi ada orang kata:
wanita suka kepada bau peluh lelaki
entah la betul ke tidak
klu sah peluk jer..klu tak peluk tk ras anyaman pulak haaaa lebih2 lagi nak simpat syg haaaaa
@suri, nyaman dan tenang yer…hihi =)
Tau dah…hehehe…
Bau peluh lelaki? eh, sape tu yg cakap?
Apa kate cikgu?setuju ke ngn kata org tu?hehehe
Bau peluh laki? Kalo wangi ok la. Ni bau mcm da berhari2 x mandi, aduhai pening gak
@chii, hahahha…itu mmg kena baling masuk kolam jer…
pmpn kena jaga penampilan diri..badan mesti bau wangi yang berpada2..
Berpada2..setuju sgt2…kadang2 saye pelik jugak dgn mereka yg suka pakai haruman berlebih2 ni…pening kepala jadinya =)
Wangi itu penting. Kalau busuk awek/bini pun tak suka duduk dekat 😛
bkn awek / bini..sapa2 pon x suka..huhu
@JO. setuju….sape suka bau tak sedap maaa
@PH, tu sudah pasti…tp kalau terlebih wangipun payah juga,kan?
Mungkin kawe sorang yg kurang suka dgn bau wangi. Bau busuk pun tak suka. Kawe suka bau yg natural jer. Tak tahan dgn bau minyak wangi dan tak tahan juga dgn bau ketiak yg busuk 😀
hohoho….neutral ek…maknanya takde bau apa2…erm…kalau jenis bau wangi mmg ok jer…hehehe
Don x kesah wangi ka neutral, yang penting bau nafas tu kena jaga.. buwekk dengan lelaki / wanita yang x taw jaga kebersihan hehe
Bab bau nafas tu mmg penting jugak. Minyak wangi segelenpun tak mampu nak hilangkan nafas berbau… =)
X pk pasal wangi pnnN~
hehe..kalau tak hangit takpe…hehe
bagus info ni bro…tips yang berguna. tapi aku tak suka pada satu wangian ni…minyak atar yang dari mekah tu…bukan menghina atau benci atau apa saja yg negatif…tapi hidung aku mmg tak boleh langsung terima bauan minyak atar atau yang serupa dengan dia…kepala aku mula pening , berdenyut-denyut dan akan rasa loya…bila sekali bau akan payah nak hilang…kadang tu sehari suntuk mcm nak demam..kenapakah itu berlaku? ada jawapan? ada tak cara buat hidung kita terima bau cam gitu..sbb satu masa nantik insyaAllah aku akan ke sana…mesti lagi banyak bau tu..
p/s sekadar mengadu cerita sebenar..hehe
Terima kasih bro BB.
ooo..camtu pulak. agaknya bro kena start belajar bau sikit2 dulu kot…nak elak mmg payah agaknya, tp mungkin bleh try tanya ustaz2…kot2 ada cara nak settelkannya
p/s-thanks bro kongsi cerita…tu yg best tu =)
TE perlukan wangian keras tu..tapi lau dah dok kapal nnt mybe tak fikir sgt pasal bau2 ni..bau gris, minyak dgn laut masin sume jela hehe
Kalau mcam TE, mmg kena ikut keadaankan? Semua dah sama tu…dah lali yer bro TE?
kacak x semestinya wangi…bila dah kacak, berpeluh-peluh busuk pun still ada orang akan suka. satu bonus kalau kacak dan wangi…tp eloklah menjaga bau persekitaran. jngn cemarkan udara dengan bau kita 🙂
hehe…agaknya terpulanglah….tapi aku ttp rase kalau kacak mana sekalipun, kalau ketiak hangit, mmg habis padam kacaknya tadi..hohohoho
tapi, bab pencemaran tu, mmg aku setuju 200% =)
maza tepek bedak kat ketiak aje boleh?
hehehehe
Bedak merah tu ke bang Maza?hehe
Boleh jer, janji tak hangit…hohohoho
Aku suka wangian yang lembut.. Kalau yang keras hidung aku tak tahan.. asyik terbersin dengan wangian yang sendiri pakai
Haruman lembut mmg lebih best. Akupun rasanya serasa dgn bro kulanz jugak, sukakan yg haruman lembut2 jer…hehe
Bersin? Mmg takleh pakai yg keras2 =)
kalau yang keras baunya bukan saja hidung yg cucuk2
kepala pun fenin.. contohnya brand CHANEL.. ada yg
sesuai dan ada yg tidak bergantung kpd hormon badan..
bau akan berbeza…
Setuju tu kak nora. Kena jugak try ngn haruman mana yg sesuai ngn hormon kita. Mmg hasilnya berbeza…hehe
Suka org yg berbau wangi,.. asalkan tidak terover wangi dahla.
Terover apa2pun mmg tak best…hehe
wah..wangian keras pun ada gak..
sesuai lah – guna simplysiti yang KFCM guna tu..
mahal nak mampos..hehe
Mestilah ada…hehe
Itu jenama mahal, KFCM pulak tu jadi model…lagilah mahal..
p/s-kalau norfarhan jadi model ok tak bro?hehe
biasa pakai deodorant je, hilang kan bau ketiak yg bau asem..heee.
hehe…bau asem tu mesti hilang bila pakai deodorant cap nivea…hehe