Malam Lelaki Kacak!
Assalamua’laikum.
Ambe yakin bebenor, malam tadi semua lelaki baik kacak mahupun kurang kacak, wanita cun mahupun kurang cun tidur lebih lena berbanding dua malam lepas. Mana tidaknya, lelaki-lelaki kacak Harimau Malaya bermain lebih baik dan berhak menang malam tadi menentang Laos. 4 gol tak cukup? Cukuplah tu. Janji menang. Korang rasa siapa dia lelaki paling kacak dalam stadium malam tadi? Ke tak puas hati lagi? Jangan pandai kutuk jer…
Mutu permainan malam Malaysia vs Laos malam tadi memang lebih kemas dan tersusun. Sayap kiri dan kanan memang milik Kunalan dan Wan Zack. Hura-hara jugak jadinya pertahanan Laos nak kekang larian laju Kunalan dan kelincahan Wan Zack. Ambe memang rasa dari awal lagi yang Wan Zack layak untuk diturunkan dalam ‘first eleven’. Lincah dan ada kawalan bola yang baik. Kalau tak, takdenya kelab Jepun nak jemput dia main untuk mereka! Dia paling kacak malam tadi. Setuju?
Masa kalah dengan Bangladesh dalam siri perlawanan persahabatan lepas, ada yang kata sebab pemain Malaysia tak tahan dengan bau badan pemain Bangladesh! Tak patut melawak camni. Kasar tu. Kata orang tak wangi. Kita wangi sangat ke? Terus teringat kat entri lama ambe tentang “Dia Mesti Wangi?“. Ada yang tanya apa itu jenis-jenis minyak wangi. Apa itu parfum/attar, EDP, EDT dan cologne. Meh ambe cerita sikit pasal jenis-jenis minyak wangi yang ada di pasaran online/offline.
- Parfum/attar: Mengandungi kepekatan minyak wangi antara 20-50%. Jadi ia jenis yang tahan lama. Siapa yang biasa guna minyak attar mesti setuju,kan?
- Eau de Perfume (EDP): Kandungan minyak wangian jenis EDP pula antara10-15%. Ini antara jenis minyak wangi yang paling popular sebab murah berbanding parfum.
- Eau de Toilette (EDT): Kandungan minyak wangi antara 8-10%. Tidak tahan terlalu lama dan keharumannya tidaklah sehebat EDP dan parfum. Boleh digunakan dalam kadar yang banyak dan mudah dibawa.
- Cologne: Mengandungi pati minyak wangi yang paling sedikit iaitu 5% saja. Paling kurang pekat dan lebih murah.
Jadi korang dah tau jenis-jenis minyak wangikan? Senanglah nak pilih dan sesuaikan dengan keadaan. Mana nak pakai ke pejabat, waktu siang, malam dan tengah malam!
Buat seluruh lelaki kacak malam tadi yang berada di stadium terutamanya, korang tetap kacak walaupun tak pakai minyak wangi! Sokongan korang pada skuad Harimau Malaya memang amat patut menerima pujian. Moga terus menyokong skuad Harimau Malaya! Tinggal satu saja lagi halangan untuk ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2012. Malaysia vs Indonesia, 1 Disember nanti. Kutuk-kutuk juga, sokong tetap kena sokong sampai bila-bila! Malaysia Boleh!
Info tambahan minyak wangi: Boleh baca entri Cik Tom di sini –> Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume Pantry
@hafizmd – Siapa lelaki paling kacak malam tadi? Koranglah termasuk ambe dan kem Harimau Malaya.
Tanniah buat pasukan Harimau Malaya kerana berjaya menewaskan Laos.
Minyak lelaki jarang Parfum selalunya EDT. Kalau wanita memang biasa Parfum.
Tahniah jugak buat seluruh peminat sejati Malaysia!
Itulah, yg baunya melekat, biasanya disukai oleh wanita
Rasa terkejut juga malam tadi dengar malaysia menang 4-1,rasa berbangga dan terharu
Hehehe..siapa kata Malaysia tak hebat..kan dah hebat tu boleh sumbat 4 gol…
@PK, org kitalah yg kate…hhehe
Bangga mmg bangga, harap pemain tingkatkan komitmen dan fokus utk menang lawan indonesia nanti
malam tadi dok melayan bermain ngan anak anak..pagi tadi baru baca kat akhbar online pasal kemenangan pasukan Malaysia ni..
harap jangan mendongak tinggi sangat sebelum berakhir sudah la..apa pun, Malaysia Boleh !!
Layan anak2 sambil layan bola…mmg pening jugak jadinya..hehe
Itulah. Harap tak dongak tinggi sangat..byk lagi game nak main
Malam tadi aku rasa lelaki paling kacak ialah Wan zack dan juga penyokong yg hadir ke stadium…..hehehe
Setuju. Dia mmg terbaik malam td!
Penyokong setia jugak yg patut dipuji…terbaik!
silap. silap..aku yang paling kacak. haha..sebab petang semalam..aku minum cendol. tu yang menang besarrr tuuu.. haha..jadi..petang sabtu tu..jangan lupa minum cendol ramai-ramaii..
hahaha…musim sejuk ni..cendol panas satu!
Tahniah buat semua lelaki kacak Malaysia
Tahniah juga utkmu sam!
Akhirnya Harimau Malaya menunjukkan taring yg sebenar. K Rajagobal pun nampak kacak malam semalam. Well done…
Dia antara yg kacak mlm td, tpi masih ramai peminat yg nak dia berundur jugak lepas aff ni..
pe2pun, moga Harimau malaya terus mengaum!
Emm lepas ni tumpu pada strategi nak ke final la pulak kan bro?hehe..bro pun emsti lena tidur…hehe
Harap coach raja ada lagi simpan teknik2 rahsia yg lain.
Mmg lena cam biasa…hahaa
Hai bro,
Tahniah sekali lagi kepada pasukan Malaysia, teruskan beri semangat.. moga menang jumpa Indonesia sabtu ni.
Terima kasih bro donny
Misi mesti menang
diharapkan Harimau Malaya kekal maintain kacak berterusan. diharapkan juga penyokong harimau malaya juga kekal kacak dan cantik
Itu yg kita harapkan nak2 lawan indonesia nanti
tahniah buat malaysia. lepas ni dgn indonesia plak…
tapi de lelaki kt stadium kurang kacak la, buka baju, tak sesuai anak i nak tgk.. hihihi
Mmg best game tu! hahhaa..biasalah..over excited