Tanda sakit perut appendik. Memori setahun setengah yang lalu!

- 14 April 2014Keluarga

Tanda sakit perut appendik? Tahu tanda penting sakit appendik di bahagian perut sebelah kanan? Baca tanda sakit perut appendik.

tanda sakit perut appendik

Kantung appendik kecil tapi besar fungsinya! (kredit: wikipedia)

Assalamua’laikum. Dah nak hampir setahun setengah isteri saya dibedah, dibuang appendiknya yang disahkan bengkak agak teruk. Satu memori yang amat sukar untuk dilupakan. Serius, sampai sekarang masih ingat bagaimana kuat dan tabahnya isteri menahan sakit selama hampir seminggu. Tak termasuk selepas dibedah (My wife, Fiezaradzi memang seorang yang tabah!).

Kes isteri saya sakit perut ni bermula sangat cepat. Sampai sekarang tak pasti apa puncanya isteri sakit perut dan akhirnya disahkan sakit perut sebab appendik dah bengkak dan perlu dibedah dengan segera. Entri ni ditulis sebagai  peringatan khas (terutamanya diri sendiri) kepada SUAMI, IBUBAPA dan sesiapa saja yang ada sakit perut luar biasa.  Moga pengalaman tersebut jadikan kita lebih berhati-hati dan paling penting cepat membuat keputusan yang tepat!

Tanda-tanda awal perut sakit appendik

Antara tanda paling awal sakit perut sebab appendik yang dapat diperhati dan diceritakan sendiri oleh isteri ialah;

  1. Sakit perut sekitar pusat. Sakit ni boleh rasa berjam-jam lamanya.
  2. Sakit perut ni pulak diikuti sekali oleh muntah, penat, kurang selera makan.
  3. Dah habis sakit sekitar pusat, sakit perut merebak pula ke bahagian sekitar bawah tulang rusuk sebelah kanan. Kat sinilah tempatnya appendik tu.
  4. Muntah-muntah tu jarang tapi boleh berlaku kadang-kadang bila lepas makan. Dahlah tak lalu makan, lepas tu muntah-muntah. Akibatknya, isteri alami penurunan berat badan yang agak ketara. Kesian teringat isteri masa tu. Maaf yer sayang!
  5. Demam. Iya. Suhu badan akan naik tak konsisten, tapi memang demam.
  6. Lain-lain tanda sakit perut sebab appendik bengkak/tersumbat? Boleh baca di entri ni. Baca: “10 Tanda Radang Appendik.”

Sakit perut? Jangan bertangguh!

“hari ni dah masuk 3 hari sakit perut. Nak kata masuk angin, biasanya bila letak minyak cap kapak Alhamdulillah, lega dah…sakit mmg sebelah kanan, sakit yg berulang2..bila sakit tu datang..tekak terus automatik loya..menimbulkan kepelikkan..kalau pergi klinik msti dapat jawapan klise’ (msuk angin, skip makan, gastrik). Jadi malas nk pegi..hihi ” – komen Cik A.
Bertindak cepat dan tepat. Terima kasih kepada Saudara Nasaruddin yang sudi berkongsi pengalaman beliau tentang anaknya yang juga sakit perut sebab appendik bengkak. Katanya;
“Selepas perkara terjadi kepada anak saya yg berumur 5 thn barulah terbaca maklumat ini: Bermula dgn demam, diikuti cirit birit dan muntah loya serta tidak berselera makan. Pada peringkat awal doktor hanya bagi ubat demam, batuk/selsema dan antibiotik. selepas tiga hari demam, ciritbirit dan tak selera makan berterusan dan mula mengadu sakit perut.Saya ingat hanya sakit perut biasa (angin/lapar 3 hari tak makan). Untuk kali ke2 mendapatkan rawatan di klinik swasta, suspek anak saya mengalami radang appendik dan disarankan rujuk hospital pakar putrajaya, dan di sahkan masaalah appendik dan terpaksa menjalani proses pembedahan. Alhamdulillah pembedahan berjaya dan selamat. Untuk pengatahuan 9 daripada 10 ciri2 diatas berlaku kepada anak saya , maka JANGANLAH MEMANDANG RINGAN jika anak2 kita mengalami tanda2 spt diatas. “
@hafizmd – Penyakit datang dan pergi sebagai tanda ujian dan sayang kepada kita oleh pemilik diri kita yakni Allah. Berusahalah sehabis mungkin. Selebihnya serah kepada Allah jua untuk tentukan keputusannya. Sama-sama kita bertabah dan redha dengan ketentuan Allah.

{ 31 comments… read them below or add one }

zik April 14, 2014 at 5:41 pm

Bahaya betul, pernah juga sakit perut berpanjangan.. Bila check gastrik, kalau appendik susah.. Kalau dah pecah, bahaya tuh..

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:38 pm

kalau pecah bahaya wooo..boleh ancam nyawa…

Reply

cheqeem April 14, 2014 at 6:27 pm

pernah juga terjadi macam nie.. 5,6 tahun lepas rasanya.. masa tu memang selalu kena gastrik.. tapi sakit masa tu lain macam sikit sampai tak lalu nak jalan dan kene pimpin.. sakitnya pula sampai menangis lah.. huhu.. dlm fikiran terbayang appendik jer.. alhamdulillah.. takda pape.. tetap kena tahan dekat wad 3 hari… hehe…

kalau ada tanda-tanda yg seperti hafiz tulis tu lebih baik rujuk dengan yg pakar cepat2 kan..

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:37 pm

Alhamdulillah. Moga cheq eem sihat2 hendaknya.

betul tu..kena cepat2 rujuk hospital

Reply

Adib Site April 14, 2014 at 7:03 pm

bila dh buang appendik, Jadi tak perlulah risau, kerana penyakit tersebut tidak akan berulang lagi.

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:37 pm

Dr 1 segi tu, mmglah..cuma tgk pada isteri.cepat juga perutnya masuk angin

Reply

titan April 14, 2014 at 7:08 pm

alhamdulillah..perut gua masih hensem dan gagah perkasa lagi..

Reply

suri April 14, 2014 at 10:24 pm

jaga kesihatan masa muda itu baguskan

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:36 pm

Bagus2..kekalkan keperkasaanmu itu..hehe

Reply

suri April 14, 2014 at 10:22 pm

saya cuma migren jer bab makan tak boleh miss, tidur, rehat semua kena wajib cukup kalau tak memang akan lemau satu badan. alhamdulillah semua ok.kalau tak ok mau tak nyer saya tak beronline sebulan.

ya saya tahu sebab ada baca dalam blog sis f tu. sekarnag diam sahaja tuannya. itu dalam hati saya harap sekarnag dia akan bertambah sihat uruskan keluarga. harap pembedahan tu berjalan lancar ya :)

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:36 pm

Migren kena banyak rehat =)

mrs fieza sgt sibuk dgn kerja barunya…mmg jarang sangat dah bukak blog dia..hoho…dia sihat2 macam biasa..alhamdulillah

Reply

Denaihati April 14, 2014 at 11:21 pm

ada kes yang bila dikesan kena terus buat pembedahan, nak kena jaga makan sebaiknya bagi kita yang belum kena.

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:35 pm

Kes terus kena bedah appendik..isteri saya camnilah tuan..terus kena operate malam tu jugak

Reply

Hairul Azni April 14, 2014 at 11:55 pm

Sebab tu kita tak boleh pandang ringan simptom2 yang selalunya orang anggap suatu perkara biasa..contohnya seperti demam, sakit perut, muntah, loya dan sebagainya..kena pantau benda2 mcm tu..

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:35 pm

Setuju tu bro. Cuma yg saya rasa kesalkan ialah masa bawak isteri ke hospital X tu.

Air satu drip masuk, lepas tu isteri masih tak ok…darah dah amik tp tak diberitahu keputusan ujian darah. tunggu punya tunggu sampai sudah tak dapat result ujian darah.

Reply

Khir Khalid April 15, 2014 at 2:54 am

Kena jugalah berjaga2 walaupun belum ada apa sintom atau sakit2 yg spt di atas tu… T kasih atas perkongsian info ni..

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:33 pm

Betul tu bro. Kena sentiasa berhati2 dan peka. terima kasih kembali bro

Reply

azlanvai April 15, 2014 at 10:57 am

Adik aku pernah kena ni.. lewat kesan.. sampaikan bernanah isi perut..huhu

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:32 pm

Allahuakbar. Bahaya tu bro.moga adik semakin sihat

Reply

eyriqazz April 15, 2014 at 10:58 am

Adik dan pakcik2 saya pernah kena appendiks ni..Memang operate terus..Thanks bro for info…

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:32 pm

Makin byk kes kena operate appendik ni..harap dijauhkan dari penyakit2 berbahya macam ni..

terima kasih kembali bro

Reply

Sya Isya April 15, 2014 at 1:07 pm

thanks bro. baru saya tahu pasal tanda-tanda appendix ni. Lepas ni kalau ada kenalan yang ada sakit macam ni, boleh lah bagi info kat kawan dan keluarga.

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:31 pm

terima kasih kembali.
itulah. harap sama2 kita dapat peka dan berkongsi dgn mereka yg tersayang =)

Reply

akubiomed April 15, 2014 at 1:16 pm

Minta elakkan dan dijauhkan mengalami masalah appendik ini.

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:30 pm

Ameen. Moga2 dijauhkan dari penyakit appendik dalam perut ni

Reply

myrujukan April 15, 2014 at 1:25 pm

sakit dari perut ni bahaya, jangan bertangguh sebab kesannya segera dan badan akan tidak selesa selagi tidak diselesaikannya

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:29 pm

Betul tu. Memang kena cepat2 buat checkup

Reply

Faizal Fredley April 15, 2014 at 7:48 pm

wohaaa….aku pernah kena suspect apendik nih….2 hari kena tahan..nasib baik suspesk jer..

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:28 pm

alhamdulillah..habis tu, bro sakit ape mase tu ek?

Reply

Azizi April 16, 2014 at 10:53 am

Apendik memang bahaya, senang cerita penyakit dalam perut semuanya bahaya. Selepas pembedahan dah tak boleh buat kerja berat-berat lagi. Terima kasih atas info ini. Memang penting.

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:27 pm

Betul tu bro Azizi. Kesannya boleh kata sampai sekarang masih terasa lagi ngilunye

Reply

Leave a Comment