Pelayaran kini bermula
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Proses untuk bertukar hosting dan domain dah bermula. Kiranya macam tengah pungah barang-barang naik kapal, tapi terpaksa tunggu 7 hari untuk selesai urusan pindah domain (dari Godaddy ke NetKL).
Arakian setahun dah berlalu, sepurnama Disember pun berlepas, tiba masanya saya julurkan senarai rakan blogger yang paling mesra dan tak jemu tinggalkan komen di setiap entri di blog picisan ni. Jutaan terima kasih pada semua yang sudi singgah. Tanpa anda, memang takde serinya blog ni. Terimalah….(drum please…)
Bersedia untuk bertukar…
Assalamua’laikum.
Baru masuk 2012, virus hackers nampaknya masih lagi memburu blog ni. Seronok sangat agaknya masuk dalam blog ni sampai nak hack muka depan.
Alhamdulillah, dahpun diselesaikan oleh pasukan Jom Hosting, tapi saya dahpun bulatkan tekad untuk pindah hosting dan juga domain blog ni ke tempat yang lebih ‘secure’.
Jadi, buat sementara waktu ni, mungkin ada sikit gangguan. Harap maaf yer.
Saya akan kembali mengamuk dalam masa terdekat ni.
Selamat Tahun Baru 2012M
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Tahun 2012M datang lagi.
Tahun bertambah, kita makin tua.
Makin tua, patutnya kita makin berisi
Makanan hati perlu diawasi, bukan sekadar isi perut saja.
InsyaAllah, bulatkan tekad perbaiki diri.
Moga blog diisi penuh berhati-hati.
Bukan sekadar mencari populariti.
PR dicari, manfaat tak diberi.
Bukan itu blogger sejati.
® hafizmd – Selamat tahun baru buat rakan pengunjung blog ini.
Coleteh Kakak #2 Tak kenal
Assalamua’laikum.
Sambil tangan mencari baju untuk Kakak pakai ke sekolah, Abah macam biasa mengajak Kakak berceloteh di pagi hari.
“Kakak, tau tak bunyi burung?”
“Burung bunyi camni, chuik chuik chuikkk..” Jawab Kakak sambil buat gaya burung terbang.
“Pandai Kakak. Kalau lebah bunyi macam mana?”
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...






