Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Tips lulus temuduga kerja kerajaan & temuduga di agensi kerajaan. Sesi temuduga memang mendebarkan. Nak lulus temuduga kerajaan bukan mudah jika kita tak lakukan persediaan untuk temuduga. Korang dipanggil untuk temuduga kerja kerajaan? Dah bersedia untuk lulus?

tips lulus temuduga kerja kerajaan
Nak lulus temuduga kenalah bersedia dari sekarang (kredit: pixiesmusings.blogspot.com)

Tips lulus temuduga kerja kerajaan

Teringat sesi temuduga aku 4 bulan lepas di sebuah agensi kerajaan. Berdebar tu tak payah cakaplah. Mana tak berdebar, kali terakhir aku lalui temuduga kerja 8 tahun yang lalu. Lama tu! Bila dah lama tak hadiri sesi temuduga untuk kerja di agensi kerajaan, tiba-tiba rasa macam nak kena studi banyak benda. Nak baca itu, nak baca ini. Mana satu nak baca untuk lulus temuduga ni? Memang cuak. Betul tak?

Kesihatan diri dan kekuatan mental.

Persediaan paling penting untuk temuduga pastinya ialah kesihatan diri dan kekuatan mental. Kalau mental tak kuat, berdebar tu lagilah cepat terasa. Bagi korang yang sudah lulus dalam exam online untuk apa-apa jawatan sekalipun, tahniah aku ucapkan. Sekarang tibalah masanya untuk korang terjemahkan apa yang korang jawab masa soalan exam online hari tu depan panel penemuduga.

Kekuatan personaliti

Apa yang korang jawab terutama dalam soalan Seksyen C, Ujian Psikometrik bakal diuji dalam sesi temuduga tu nanti. Personaliti korang bakal diuji untuk menentukan lulus atau gagalnya calon temuduga kerja kerajaan.

Soalan perkenalkan diri anda semasa temuduga.

Biasanya ini soalan pertama semasa temuduga. Inilah masanya untuk anda perkenalkan diri anda sebaiknya. Jangan cerita lebih-lebih sangat. Memadai dengan nama, kelulusan pendidikan anda (tak perlu cerita sejarah tadika korang, melainkan jika ditanya), pekerjaan sekarang dan sedikit latar belakang peribadi.

Jawatan penting seperti Penguasa Kastam dan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pastinya memerlukan seorang calon yang benar-benar layak untuk mengisi jawatan tersebut. Personaliti tegas, bijak dalam berdiplomasi dan memiliki kemahiran komunikasi disamping personaliti yang menarik pasti akan memberi korang markah lebih berbanding calon lain.

Nak lulus temuduga? Fahami bidang tugas jawatan & bakal majikan!

Antara soalan paling popular semasa temuduga ialah tentang jawatan yang korang mohon dan bakal majikan korang. Soalan-soalan seperti berikut semasa temuduga;

  1. Kenapa anda memilih untuk memohon jawatan Penguasa Kastam (contohnya).
  2. Apa yang anda faham tentang tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41?
  3. Anda rasa, apa kriteria paling penting seorang penjawat awam?

Ini mungkin soalan-soalan untuk calon temuduga. Jawablah dengan penuh yakin dan tegas. Jangan terburu-buru menjawab soalan temuduga. Anda kenalah menjawab dengan baik. Paling penting, kena jawab. Kalau tak tahu, nyatakan anda tak mampu menjawab soalan panel temuduga. Tak perlu rasanya nak “menipu” panel penemuduga kerana ianya akan menampakkan personaliti buruk anda!

Persiapan asas untuk temuduga kerja kerajaan

Jangan lupa untuk siapkan awal-awal dokumen asas untuk temuduga. Dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, sijil-sijil akademik, sijil kemahiran, sijil penglibatan kokurikulum pastikan bawa salinan asal dan buat salinan fotokopi. Untuk lebih terperinci tentang persediaan dokumen semasa temuduga, boleh terus ke laman ini –> Persiapan Dokumen untuk Temuduga.

Boleh ubah masa temuduga kerja kerajaan tak?

Boleh. Dengan syarat korang buat permohanan 2 hari sebelum tarikh temuduga asal korang. Boleh tanya lebih lanjut di bawah ni;

1) Nama : Encik Mohd. Azhar bin Ismail
Tel : 03-8885 6325
Emel : azhar@spa.gov.my
2) Nama: Encik Abdul Fatah bin Mohd Pilus
Tel : 03-8885 6312
Emel : abd_fatah@spa.gov.my
3) Nama : Cik Nor Hamiza binti Jelani
Tel : 03-8885 6333
Emel : hamiza@spa.gov.my
4) Nama : Encik Norisham bin Sharudin
Tel : 03-8880 6484
Emel : norisham@spa.gov.my

Perlukan Panduan untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan?

Jika anda perlukan panduan bagaimana untuk lulus temuduga kerja kerajaan, disarankan panduan berikut untuk korang. InsyaAllah membantu korang lebih berkeyakinan menghadapi temuduga korang nanti. Korang ingat 1 benda. Lebih baik persiapan korang untuk temuduga, korang dan “menyingkirkan” sorang calon temuduga lain yang kurang bersedia! Pilihan ditangan korang!

tips lulus temuduga kerja kerajaan swasta
Ini testimoni calon temuduga. Anda dah bersedia untuk lulus temuduga?

Download Rahsia & Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!

48 comments

  1. Bagus panduan ni..kandungannya sangat membantu..buat calon2 yang bakal nak lalui temuduga di luar sana, elok dapatkan panduan ni..segera buat persediaan rapi untuk hadapi temuduga anda..

  2. maza dulu pernah hadiri ujian SPA8, PTD dan Temuduga gomen. Kesemuanya gagal.. hahaha

    Sebetulnya ketika itu niat di hati tak mahu kerja gomen, gara-gara fenomena kerja swasta lagi best. Pergi mohon dan ujian itupun disebabkan kena paksa dengan emak. Jadi, faham2 ajelah.. hahaha

    Psst: buku rujukan untuk peperiksaaan itu biasanya apa ek? Terasa ingin tahu juga, sebab masa 15 tahun lalu, maza tak pernah pun tahu ada buku rujukan tertentu untuk jawab peperiksaan itu. hehehe

  3. untuk lulus memang harus memiliki persiapan yang matang agar usaha kita tidak sia-sia, dengan tips semoga bisa cepat lulus dengan nilai terbaik. terima kasih sudah berbagi artikel yang bagus sekali

  4. saya pernah hadir temuduga kerja kerajaan. Saya tak banyak bercakap, yang menemuduga plak yg banyak bercakap, siap bagi tahniah lagi. dia dah bagi clue keputusan temuduga…

  5. Semoga berjaya kepada semua calon yang akan menghadapi temuduga, jangan lupa SAVE no telefon tu, mana tahu ada apa2 nanti 😀

    1. As salam.
      Tempat saya tak pasti. Apapun baik cik Farihah hubungi no telefon yg saya berikan dlm entri ni. Salah sorangnya ialah Nama : Encik Mohd. Azhar bin Ismail Tel : 03-8885 6325 Emel : azhar@spa.gov.my.

      Lagi cepat call lagi bagus. Good luck Farihah!

  6. byk kali guna interview keje kerajaan ni. Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak. Dah 7 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Syukur Alhamdulillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *