Peperiksaan PTD M41. Lulus tapisan awal!
Assalamua’laikum. PTD M41/Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Peperiksaan online PTD M41 rasanya makin dekat. Kali pertama dalam sejarah, aku lulus dalam tapisan pertama jawatan PTD M41. Sebelum-sebelum ni, tak pernah lulus untuk mana-mana jawatan yang aku mohon melalui laman online SPA. Kali ni, sekali mohon jawatan PTD, terus lulus. Adakah ini petanda aku bakal menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik di usia dah tak berapa muda ni? hehe…Adakah aku juga bakal calon exam online PTD 2014? Aku pun tak tahu lagi daaa…
ANDA LULUS EXAM ONLINE PTD M41?
Jika anda lulus, tahniah saya ucapkan. Jika tidak lulus, jangan hampa dan kecewa. Boleh cuba lagi. InsyaAllah rezeki Allah pasti tepat pada tuannya.
Alhamdulillah. Saya salah seorang calon exam online PTD m41 yang lulus hari tu. Memang tak sangka akan lulus. Rezeki untuk lulus. Tapi itu baru langkah awal. Lepas ni, insyaAllah akan dipanggil untuk sesi temuduga bagi calon yang lulus. Bila tarikhnya tidaklah dapat saya pastikan.
Oleh kerana kita masih ada banyak masa, apakata kita siapkan diri kita untuk sesi temuduga PTD M41 nanti dengan banyakkan mengisi masa terluang dengan memahami dasar-dasar kerajaan yang utama.
Sebelum temuduga ada ujian karangan/esei BM BI dulu?
Sekadar yang saya dikhabarkan oleh calon yang menghadiri sesi outreach SPA, katanya ada ujian esei BM dan BI untuk calon yang lulus exam online hari tu. Bila dan bagaimana sesi ujian ini tidaklah dapat saya pastikan lagi. InsyaAllah, jika ada maklumat akan saya kemaskini secepat yang mungkin.
Persediaan menghadapi temuduga PTD. Ada tips tak?
- Baca dan fahamkan dasar-dasar utama kerajaan.
- Tahu dan fahamkan tugas seoarang Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dengan baik.
- Asah kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Asah kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
- Berikan perhatian terhadap isu-isu semasa dan fikirkan apa pandangan kita terhadap sesuatu isu tersebut.
- Memahami perihal/struktur pentadbiran negara.
Anda ada lagi tips untuk hadir temuduga PTD M41 tak? Kalau ada, saya alu-alukan untuk berkongsi di ruangan komen di bawah.
Perlukan panduan untuk temuduga PTD m41?
Ok. Jika anda benar-benar perlukan panduan khas untuk sesi temuduga PTD m41, saya sarankan untuk mendapatkan ebook RAHSIA BIJAK TEMUDUGA. Boleh dapatkan dengan klik pautan di bawah/gambar di bawah:
DAPATKAN SET LATUH TUBI CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PTD M41 -DI SINI-

Jawatan PTD, Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Ya. Korang dah boleh semak samada korang lulus atau tak tapisan pertama jawatan PTD M41 ni. Korang boleh semak di laman berikut:
Caranya mudah.
- Masukkan MYID (No. IC korang) dan password yang betul.
- Kemudian cari permohonan PTD korang. Tengoklah kat situ. LULUS atau TIDAK MEMENUHI SYARAT.
- Jika lulus, kemungkinan besar akan dipanggil untuk menduduki peperiksaan online PTD M41.
- Bila exam PTD 2014? Mungkin bulan Oktober. Semuanya tertakluk kepada keputusan semasa oleh pihak SPA.
NAK LAGI TIPS DAN INFORMASI “EMAS” TENTANG EXAM ONLINE PTD M41? Daftar Nama dan emel anda di bawah. Kita sembang lagi.
Persediaan awal untuk calon exam online PTD M41?
Peperiksaan PTD M41 mungkin online juga. Sekadar untuk rekod, peperiksaan online Penguasa Kastam pada 6 September 2014 merekodkan kehadiran calon online tertinggi melebihi 50,000 calon dalam satu masa. Tahniah SPA kerana telah banyak melakukan penambahbaikan berbanding exam online Penolong Penguasa Kastam yang lalu.
Setakat yang dikongsikan oleh calon Penguasa Kastam, memang berlaku gangguan yang agak “besar” juga sepanjang peperiksaan online diadakan. Nyata sekali, selain persiapan asas untuk exam online PTD, mental juga harus dipersiapkan dengan baik untuk exam online. Macam-macam boleh terjadi! Itu diluar bidang kita sebagai calon exam PTD.
Berapa ramai calon exam online PTD M41, taklah aku tahu setakat ini. Tapi aku tetap akan bersedia sebaik mungkin. Paling tidak, untuk mendapatkan pengalaman sebenar menduduki peperiksaan online PTD M41 nanti. Apa yang mampu kita lakukan untuk menghadapi peperiksaan online PTD M41 ialah:
- Membaca Panduan Exam yang disediakan oleh pihak SPA. Boleh rujuk di sini: Panduan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41
- Mantapkan diri dengan ilmu pengetahuan Am.
- Peka dengan isu-isu semasa dan isu-isu global
- Bersedia dengan nota-nota GST, GTP dan dasar-dasar kerajaan yang lain.
- Bersedia dari segi mental kerana terdapat soalan-soalan psikometrik (jika format sama yang digunakan seperti exam online sebelum ini) yang mencabar tahap kesihatan psikologi calon exam online.
- Bersiap sedia dengan soalan-soalan Matematik.
- Dan banyak lagi nak kena baca termasuklah tugas-tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik, PTD M41.
Banyak juga nak kena hadap. Betul tak? Mestilah kena tahu banyak benda. Pegawai Tadbir Diplomatik PTD M41 bukannya calang-calang jawatan. Ianya memerlukan calon yang tepat kerana seorang PTD pastinya antara lain menjadi tulang belakang terpenting kemajuan Malaysia yang kita cintai ini.
Wahai bakal calon exam PTD M41, adakah anda sudah bersedia untuk menduduki exam online PTD M41 nanti?
SET LATIH TUBI & SOALAN PANDUAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 EDISI TERKINI 2020
Jika anda perlukan alat bantuan dan rujukan pantas, inilah apa yang anda perlukan. Rujukan pantas peperiksaan online PTD versi terkini. Apa yang bakal anda ketahui dalam rujukan ptd ini?
- Format terkini peperiksaan PTD 2020. Ia akan menjelaskan secara terperinci topik dan format Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C.
- Soalan Seksyen A
- Soalan Seksyen B
- Soalan Seksyen B
Dapatkan di sini –> PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PTD M41
Tiada apa-apa kerugian jika anda mendapatkan panduan khas ini. Ia telah terbukti membantu ramai calon exam online SPA sebelum ini. Lihat saja contoh di bawah:
Ini antara calon peperiksaan PTD M41 tahun 2014 yang telah lulus. Anda bagaimana?
Dapatkan terus di pautan ini:
Dapatkan di sini –> PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE PTD M41
Ada kawan-kawan yang lulus tapisan awal PTD tak? Silalah komen di bawah yer =)
Seronoknya kalau saya berjaya menjadi salah seorang calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan PTD.. Selepas saya graduat dulu, tak terfikir pun nak memohon.. Memang mustahil boleh dapat… hehehee
itulah…lepas grad dulu…ilham utk mohon jawatan ptd tak datang..dah tua2 ni baru datang ilham…hehe
Tahniah bro Hafiz..In Syaa Allah, kalau ada rezeki, tak ke mana..semoga berjaya!
Zaman berubah, periksa online dan soalanya pun pasti lebih mencabar.
Hi Hafiz~May I have your email address pls ? hendak tunjuk ajar dari anda ya~ hehee
hehe… nanti saya emel awak yer…kita sama2 kongsi tips utk exam online ptd ni..
periksa online bisa lebih transparan dan informasi akan cepat didapat
Tahniah bro.Semoga Allah mempermudahkan urusan bro.. 🙂
kalau dapat katanya ini rezeki datang tanpa duga
satu cabaran kalau nak dapat job kerajaan harap usahanya akan berterusan untuk kerja tersebut
Tanniahlah. 🙂
Tahniah bro.
dan selamat berjaya untuk peringkat yang seterusnya.
InsyaAllah ada rezeki.
Orang kata jadi PTD ni cepat naik pangkat dan naik gaji.
kemah!
tahniah boh…semoga berjaya untuk ujian/peperiksaan yang seterusnya.
Siapa tak gembira kan?hehe..semoga berjaya jawat jawatan tu bro..hehe..tak tua mana lagi..muka macam babyface lagi tu..hehe
bini gua kata susah nak masuk woo..
nak jawab pun tak ckuup masa. haha
wahh dah nak dekat PTD pulak ker, cepat rasanya selepas kastam tempoh hari tuh
artikel yang menarik dan bermanfaat, terima kasih sudah berbagi
molek sangat
tahniah
harap2 lapisan yang dok tunggu kat depan nanti juga boleh lepas
Tahniah harap dapatlah buat exam online itu nanti.
Tahniah dan good luck utk step seterusnya
Assalam.. lama rasanya tak berziarah ke sini.. Alhamdulillah. Semoga dilancarkan segalanya & berjaya ke langkah yg seterusnya. Semoga berjaya… aamiin.. 🙂
eh japp…
hang dapat tawaran jawatan tu ka??
Belum…baru penuh syarat jawatan ptd jer…hehe…eksited
ini bukan calang-calang punya jawatan ni
Saya pun lulus jgk tapisan awal br2 ni… tp rs seram sejuk la plk bila ingt kna ambk exam bagai 🙁
tahniah. samalah kita…seram sejuk gaklah…dengar citer soalan2 exam ptd ni mmg lain macam “senang”nya…hohoho
Dengar cerita dari kawan. Memang susah gila. Tak cukup masa katanya. Aku takda chance nak mohon.. Hehe
tahniah..
saya tidak pernah berjaya untuk ambil peperiksaan..sampai dah expired yang daftar dengan SPA..
semoga lepas sehingga stage 3
Sekaraang semua online.. senangnya.. he he he..
mmg senang sbb dah tak perlu ke tempat nak exam.
tp dengar citer, soalan exam online spa mmg boleh tahan “senangnya”…hehe
haa hari ni dapat masej untuk menduduki peperiksaan online PTD…seram pulak bila baca komen2 kat sini.. Ramai senior yang lebih berpengalaman ni, berbanding saya yang baru nak melangkah ke alam pekerjaan ni..
doakan yang terbaik untuk semua 🙂
saya pun baru dapat malam td mesej utk duduk exam online ptd m41.
berdebar2 jugaklahkan?
apapun..insyaAllah akan dikongsikan contoh2 soalan exam online ptd utk kita. harap2 dapatlah membantu serba sedikit.
thaniah syaz! sama2 kita berjuang…yeah
takut nya tunggu exam online ni. register awal tahun haritu lepas grad, alhamdulillah dapat pluang jwb exam ni. takut Allah je taw
=) mmg rasa berdebarkan?
apalah soalan yg nak ditanya nanti..insyaAllah saya akan kongsikan tips dan contoh2 soalan ptd m41 nanti. moga2 kita lebih bersedia nanti =)
tahniah erny!
Salam…sya rasa sgt seram sjuk bila dpt msj tuk amik exam ptd..sy fresh grad chemistry. harap en hafiz dan pembaca sume dpt bg tunjuk ajr n kongsi tips nk amik exam ptd…:)
As salam Fazila.
InsyaAllah. Nanti saya kongsikan tips2 dan insyaAllah ada contoh2 soalan yg boleh membantu kita calon exam online ptd utk lebih bersedia. =)
Fazila, tahniah yer!
Tahun ini dikatakan calon PTD amat ramai..mungkn mencecah ratusan ribu..
By the way,terima kasih admin di atas perkongsian ini.Memang amat bermanfaat untuk bakal calon ptd.Thumb up!
calon ptd mmg ramai. cabaran amatlah sengit. mungkin ambilan jawatan ptd kali ni paling ramai dalam sejarah.
doakan kami berjaya yer bro! thanks bro
Pengalaman saya membantu calon peperiksaan SPA sejak Januari lalu memperlihatkan sistem exam online SPA masih tidak stabil.
Setiap kali exam online diadakan pasti akan ada masalah.
Bukan apa, kesian dekat calon 🙂
Apa pun, good luck saya ucapkan! Dan semoga berjaya juga buat semua calon exam PTD tahun ini. Tak pasti lagi ramai mana calon, tapi rasanya berpuluh ribu orang juga!
Harapnya kali ni lebih baik persiapan SPA.
Thanks bro.
Tahniah lepas tapisan pertama dan Good luck untuk peringkat seterusnya :)!
Thanks Nadot!
Taniah dan selamat maju jaya untuk calon peperiksaan ptd ini
Dapat juga jemputan exam PTD 1 November ni..tapi…memang tak letak harapan langsung.haha
As salam adele!
lama betullah tak dgr citer Adele =)
samalah kite..hehe..tp tetap studi jugak utk exam ptd kali ni..
tahniah bro semoga terus maju jaya