Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan

- 5 April 2015. Updated 18 October 2015Kerja

TEMUDUGA. Tips Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan April. Nak Tips dan Contoh Soalan Temuduga? Anda dah semak jadual temuduga latihan separa perubatan? Berdebarkan nak pergi temuduga? Mestilah berdebar. InsyaAllah jika persediaan korang dah rapi, kuranglah sikit berdebar tu nanti. Jom baca sampai habis, SHARE dan LIKE yer.

Ok. jika anda belum lagi semak jadual temuduga latihan separa perubatan SPA, terus ke sini dahulu –> SEMAK

tips lulus temuduga latihan separa perubatan 2015

Senarai latihan separa perubatan bertaraf diploma

Tahniah jika anda salah seorang calon temuduga latihan Separa Perubatan. Sudah bersedia untuk menghadapi temuduga latihan SEPARA PERUBATAN? Anda tercari-cari contoh-contoh soalan temuduga separa perubatan? Malah, apa jawapan yang paling terbaik untuk anda berikan semasa sesi temuduga Latihan Separa Perubatan nanti.

Tips Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan

Temuduga Separa Perubatan dijadualkan bermula 5 April 2015 – 17 April 2015. Calon-calon latihan Separa Perubatan seharusnya bersedia mental dan fizikal untuk lebih menonjol berbanding calon-calon temuduga separa perubatan yang lain.

Soalnya, bagaimana calon temuduga latihan Separa Perubatan perlu bersedia? Dah ada idea?

Saya kongsikan beberapa tips ringkas tapi power untuk anda bersedia dan buat semasa sesi temuduga nanti.

  1. Pakaian. Paling penting biarlah kemas dan pakai tali leher jika perlu. Bagi calon temuduga perempuan, pakailah baju kurung yang kemas. Jangan menjolok mata.
  2. Cara masuk dan duduk. Masuk ke bilik temuduga bila diarahkan. Duduk bila diarahkan dan duduk dengan tertib. Tegak dan jangan silang kaki. Rapatkan kaki. Jangan kangkang pula cara duduknya semasa sesi temuduga.
  3. Cara perkenalkan diri semasa sesi permulaan temuduga Separa Perubatan. Seeloknya mulakan sesi kenalkan diri apabila diarahkan panel penemuduga. Mulakan dengan ucapan terima kasih kepada pengerusi temuduga Separa Perubatan. Lagi bagus, kalau anda tahu siapa panel penemuduga pada hari itu. Biasanya, panel penemuduga akan minta anda terangkan maklumat diri seperti nama, sijil dan bidang pengajian, kerja semasa atau pengalaman kerja jika ada.
  4. Maklumat pendidikan. Ceritakan keputusan SPM/diploma anda. Mungkin ada soalan berkaitan semasa temuduga separa perubatan berkaitan apa yang anda pelajari di sekolah.

Soalan popular semasa temuduga latihan Separa Perubatan

Antara soalan popular yang ditanya semasa “temuduga latihan separa perubatan” ialah seperti soalan-soalan berikut:

  1. Mengapa anda tidak sambung belajar di IPTA? Soalan ini lebih kepada soalan untuk menguji minat dan halatuju anda.
  2. Pengalaman kerja. Anda pasti akan ditanya soalan tentang pengalaman kerja anda. Mungkin anda perlu cerita cabaran dan bagaimana anda mengatasi cabaran tersebut. Dengan cara ini, penemuduga akan nampak kelebihan yang anda ada berbanding calon-calon Latihan Separa Perubatan yang lain.
  3. Soalan berbunyi, “kenapa anda memohon jawatan ini”. Jawatan yang anda pilih semasa membuat permohonan akan ditanya oleh penemuduga. Soalan jenis ini ingin menguji minat dan sedikit kefahaman anda tentang bidang yang dimohon. Bersedialah!
  4. Dalam banyak-banyak kementerian, organisasi, malah ada pelbagai peluang ditawarkan oleh pihak swasta, soalan “Kenapa mahu berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia?”. Agaknya, apa jawapan anda?

Soalan-soalan lain temuduga Latihan Separa Perubatan Ambilan Julai 2015

Soalan-soalan pengetahuan Am berkaitan jawatan dan kementerian. Penting untuk anda persiapkan diri dengan soalan-soalan am terutamanya berkaitan perkara berikut:

  1. Nama Menteri Kesihatan/Timbalan/Nama-nama dalam organisasi KKM
  2. Apa latihan pilihan & mengapa pilih latihan tersebut.
  3. Apakah ciri-ciri seorang Jurupulih Perubatan Anggota (contoh jawatan).
  4. Apakah tugas-tugas seorang Jurupulih Perubatan Anggota (contoh jawatan pilihan anda)

Korang perlukan bantuan? Jika korang betul-betul perlukan panduan untuk lulus temuduga kerja kerajaan khasnya temuduga Latihan Separa Perubatan, baca sikit jer lagi.

Panduan & Rujukan Temuduga Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan & Latihan Separa Perubatan

Jika anda masih perlukan rujukan khas untuk lulus temudaga Separa Perubatan, saya syorkan anda panduan Temuduga Latihan Separa Perubatan berikut:

KLIK PAUTAN DI BAWAH & ISI BORANG KHAS UNTUK CALON TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN:

tips lulus temuduga separa perubatan jururawat u29

ATAU

-ISI BORANG KHAS CALON TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN DI SINI-

Nota tambahan tips untuk lulus temuduga Separa Perubatan.

  1. Pastikan anda ada membawa bersama-sama anda surat panggilan temuduga, kad pengenalan, surat beranak, sijil-sijil asal, dokumen-dokumen asal serta surat-surat akuan asal (jika ada) untuk disemak oleh panel temuduga.
  2. Atur mengikut susunan yang dikehendaki dan sebaik-baiknya difailkan supaya nampak lebih kemas dan teratur. (Jangan digulung-gulung sijil anda).
  3. Tentukan di mana, bila dan pukul berapa temuduga itu diadakan. Cuba untuk sampai antara 10 – 15 minit lebih awal supaya anda punya cukup masa untuk berehat dan bertenang, tetapi jangan terlalu lama sehingga anda berasa cemas pula. Jangan sekali-kali datang lambat.
  4. Jangan pakai selipar, tshirt atau apa jua pakaian yang tak sesuai. Jangan musnahkan peluang anda sebaik saja panel penemuduga lihat penampilan anda!

{ 2 comments… read them below or add one }

Dr Fattah August 23, 2015 at 1:24 am

mudah mudahan calon yang terlibat dapat memanfaatkan artikel dari laman ini.

Reply

saswi September 27, 2015 at 4:11 pm

sangat bagus buat, dan bermanfaat bagi pembaca apalagi calon calon yang akan terlibat bisa menggunakannya bisa sangat baik sekali,,,
Baca entri terkini Blogger saswi´s: Cara Hilangkan Bekas Jerawat Dengan Jelly gamat gold g

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }