Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan U29 Bertaraf Diploma
Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan U29
Jadual peperiksaan online Latihan Separa Perubatan U29 telah dikeluarkan secara rasmi di laman Facebook SPA. Adakah anda sudah bersedia menjawab soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan U29 nanti?
Tahniah jika anda salah seorang calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan U29. Mungkin ada yang tak sangka, masih mendapat peluang kedua, mungkin ketiga untuk menduduki exam online U29 ini. Ini namanya rezeki. Peluang dah sampai depan mata, berusahalah sebaik mungkin untuk ‘berperang’ untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan online U29 nanti.
Maklumat ringkas berkaitan Latihan Separa Perubatan U29
Maklumat ini diperolehi terus daripada Portal Rasmi SPA. Secara asasnya, 2 sesi kemasukan bagi jawatan Latihan Separa Perubatan sepanjang tahun iaitu kemasukan bulan Januari dan Julai. Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi peperiksaan secara online dan sesi temuduga. Calon yang berjaya dalam 2 sesi ini, akan layak untuk menjalani Latihan Separa Perubatan U29 dengan diberikan elaun sebanyak RM835.57 sehingga tamat latihan. Tempoh latihan adalah 3 tahun. Tempat latihan bergantung kepada bidang yang dijalani nanti. Anda boleh semak di portal rasmi SPA.
- Contoh: Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
Bagi calon bertaraf Diploma, terdapat 10 bidang yang ditawarkan iaitu:
- Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
- Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
- Latihan Jururawat
- Latihan Jururawat Pergigian
- Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
- Latihan Juruteknologi Pergigian
- Latihan Juru X-Ray
- Latihan Penolong Pegawai Farmasi
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan
Untuk maklumat lanjut berkaitan tugas dan deskripsi setiap bidang Latihan Separa Perubatan di atas, anda boleh terus melayari portal rasmi SPA.
Bagaimana cara nak lulus exam online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma?
Untuk lulus exam online u29 Latihan Separa Perubatan ini, apa yang penting ialah anda hanya buat 2 perkara di bawah:
- Bersedia mulai sekarang
- Bersedia untuk lulus exam online Latihan Separa Perubatan U29
- Bersedia mulai sekarang. Anda jangan buat kerja ‘last minute’ untuk studi. Kerja ‘last minute’ selalunya hasil kurang bagus dan tidak menjadi. Saya sendiri laluinya dalams sesi peperiksaan online PTD yang lepas. Hasilnya, saya gagal! Saya tak nak anda juga bakal kecundang seperti saya.
- Bersedia untuk lulus exam online U29. Inilah yang anda perlu fikirkan mulai dari sekarang. Jangan fikir susahnya soalan peperiksaan online. Mesti calon lain dah bersedia ‘kaw-kaw’ punya. Sentiasa positif walaupun anda pernah gagal dalam sesi peperiksaan Latihan Separa Perubatan sebelum ini. Itu dulu!
“Tips Percuma Exam Online Latihan Separa Perubatan”
Tips dan panduan serta contoh soalan di bawah hanyalah sekadar contoh soalan sahaja. Bukan soalan ramalan. Anda boleh jadikan contoh ini sebagai panduan untuk senang sikit nak baca apa nanti. Taklah terkial-kial nak baca semua benda. Boleh pengsan nak baca semua! Exam online U29 ni 1 jam 35 minit sahaja! So, jangan buang masa baca benda-benda yang agak mustahil untuk ditanya dalam sesi peperiksaan online nanti.
Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan (AWAS! Ini bukan soalan ramalan, ianya hanya contoh soalan sahaja)
Contoh soalan Seksyen A
Contoh soalan #1. Apakah cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan semasa bersenam?
I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
Contoh Soalan#2. Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?
A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam
Contoh Soalan#3. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai senaman
A. Untuk penghidap tekanan darah tinggi, berhenti bersenam jika berasa sakit dada, sukar bernafas dan pening.
B. Teruskan senaman seperti biasa walau pun rasa sakit melanda kerana ianya hanya seketika sahaja.
C. Bagi penghidap diabetes, pakai kasut sarung yang selesa untuk elakkan kecederaan di kaki.
D. Jika anda seorang yang obes, kurangkan gerakan agresif yang boleh mencederakan otot.
Contoh Soalan#4. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI
A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.
Contoh Soalan#5. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI
A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam
Contoh soalan #6 – #50 boleh di baca di sini –> 45 contoh soalan Seksyen A Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan
Contoh soalan Seksyen B Latihan Separa Perubatan
Ini sekadar beberapa contoh yang boleh saya kongsikan. Lagi contoh soalan Seksyen B peperiksaan online Separa Perubatan boleh di baca di sini –> ‘Lagi contoh soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan’
Saya harap, apa yang saya kongsikan ini dapat membantu calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan untuk lebih faham apa yang perlu dibaca dalam masa terdekat ini. Kalau anda nak rujukan pantas, saya sudi kongsikan panduan dan contoh soalan berikut untuk anda!
KLIK: DAPATKAN PANDUAN DI ATAS DENGAN HARGA PROMOSI
RM40.00 SAHAJA!
Saya doakan anda lulus peperiksaan online Latihan Separa Perubatan!
TIPS LULUS TEMUDUGA SEPARA PERUBATAN?
Masih tak pasti Contoh Soalan Temuduga Separa Perubatan? Saya kongsikan contoh-contoh soalan temuduga latihan Separa Perubatan khas untuk calon temuduga sesi April 2015.
Kriteria yang dinilai dalam temuduga Separa Perubatan
1. Kelulusan akademik calon Latihan Separa Perubatan.
Penting untuk memeriksa kembali kelulusan yang anda miliki. Adakah ianya menepati kriteria yang diperlukan? Adakah subjek yang anda ambil semasa SPM dahulu sama seperti yang tertulis di portal SPA? Adakah anda lulus subjek minimum seperti yang dikehendaki? Adakah anda lulus Ujian Lisan? Sekiranya tidak, anda bakal tersingkir awal-awal lagi. Anda akan gagal menyertai latihan Separa Perubatan buat selama-lamanya. Maka, jika anda sudah dipanggil ke temuduga separa perubatan, insyaAllah kelulusan anda telah menepati keperluan untuk jawatan yang dipohon. Cuma, pastikan anda bawa bersama sijil asal pendidikan anda.
2. Pengetahuan dan minat.
Panel penemuduga akan bertanyakan kepada calon mengenai Separa Perubatan dan hal ehwal yang berkaitan dengannya. Sebagai calon yang dipanggil ke sesi temuduga, anda perlu kaji setiap latihan yang ada dalam Separa Perubatan sebagai persediaan. Fokus kepada latihan yang anda pilih. Sebagai contoh Latihan Jururawat. Kumpulkan maklumat seperti ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang Jururawat. Selain itu, senaraikan tugas-tugas yang perlu dilakukan selaku Jururawat. Dengan mengetahui maklumat asas sebegini menjadikan anda calon pilihan berbanding calon-calon lain.
3. Pengetahuan am.
Bahagian ini memang mencabar kerana anda perlu mengambil tahu banyak perkara. Buat satu senarai rujukan yang bermula dengan bidang kesihatan, ubat-ubatan, komputer, ekonomi dan isu semasa. Jawab soalan berpandukan fakta dengan membuat rujukan dari mana-mana sumber yang rasmi dan boleh dipercayai. Paling ketara mungkin fokuskan kepada isu-isu semasa dalam bidang kesihatan Malaysia. Paling mudah, baca berita terkini di akhbar-akhbar berkaitan perubatan.
4. Sikap dan perwatakan.
Penemuduga akan membuat penilaian berdasarkan sikap dan perwatakan yang anda tampilkan bermula dengan gerakan pertama anda masuk ke bilik temuduga, cara anda memberi salam, cara anda menjawab soalan, gerakan tangan, pandangan mata dan cara anda mengucapkan terima kasih. Semasa temuduga, anda mungkin akan menghadapi pelbagai bentuk pertanyaan termasuklah soalan berbentuk provokasi. Oleh itu anda perlu bijak mengawal emosi dan sentiasa ingat bahawa anda sedang ditemuduga. Tarik nafas setiap kali ditanya soalan yang anda rasa sukar. Jika tidak tahu, nyatakan pendapat anda sejujur-jujurnya.
5. Kelancaran, kepetahan dan kercerdasan menjawab soalan.
Untuk menjawab soalan temuduga dengan lancar, anda perlukan persediaan dan latihan. Tampilkan bahawa anda merupakan seseorang yang gemar berkomunikasi dan berbincang. Upayakan untuk menjawab soalan tanpa tersekat-sekat. Bidang Separa Perubatan memerlukan seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik semasa menjalankan tugas. Tunjukkan kemahiran anda berkomunikasi dengan orang awam. Anda boleh berlatih bercakap di depan cermin. Cubalah, insyaAllah ada peningkatan.
6. Penglibatan ko-kurikulum.
Semasa di sekolah dahulu, apakah kelab, persatuan dan unit beruniform pilihan anda? Aspek ini bakal mempengaruhi keputusan temuduga Separa Perubatan anda. Jika anda tidak mempunyai rekod ko-kurikulum yang baik, anda bakal kecundang jika ada calon temuduga separa perubatan lain yang lebih menonjol. Untuk sukses dalam kerjaya Separa Perubatan, anda haruslah menjadi seseorang yang boleh bersosial dan bercampur dengan orang ramai. Maka, jika anda tidak aktif sewaktu persekolahan, pasti anda punyai bakat tertentu. Nyatakan dan kaitkan bagaimana bakat atau kemahiran anda mampu memberi manfaat dalam kerjaya separa perubatan ini.
Perlukan Panduan Pantas Lulus Temuduga Separa Perubatan?
Jika anda benar-benar perlukan bantuan, saya amat syorkan Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan. Lawati laman di bawah untuk mendapatkan salinan anda.
Selamat berjaya. Sesiapa yang berusaha insyaAllah jalannya lebih cerah dan lebih yakin semasa sesi temuduga separa perubatan nanti.
temuduga ramai yang tak berhasil pada sesi mesti lebih banyak belajar tips dari blog seperti ini dah dibongkar tipsnya
thanks untuk infonya gan
Ramai pesaing ni, sebab tu kita kena ada tips yang boleh membantu kita menghadapi temuduga
thanks gan untuk infonya, salan kenal….
rugi kalau dapat offer interview tapi tolak.. latihan separa perubatan nie dapat elaun tiap bulan, then kerja dijamin lepas belajar, macam belajar free camtu. pada yang diberi peluang tu better grab. saya dah terlepas peluang nie, 3 kali dapat panggilan tapi tak gi.. sayangnye. mungkin ade hikmahnye
masa saya interview dulu, dia suruh terangkan bagaimana pergerakan oksigen dalam badan.
wahh.. teringat zaman nak msuk separa perubatan.. bulan depan da nak posting daa.. yang penting kene datang awal.. waktu tu aku num 1 utk temuduga.. sebab penemuduga x stress waktu tuw masih mood ceria.. 🙂
terimakasih sudah membantu
Makasih tas lis’tnya gan, moga bermanfa’at…
kunjungi juga gan
jual sepatu baru, harga murah kualitas impor. minat hub: call/wa: 082338505387 pin bb: 5883E832
Ramai pesaing ni, sebab tu kita kena ada tips yang boleh membantu kita menghadapi temuduga 6 Kriteria Soalan Temuduga Separa Perubatan 2015 spesifikasi dan harga Acer one z1401