Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan | Exam online Separa Perubatan U29

panduan exam online separa perubatan u29

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan U29

Jadual peperiksaan online Latihan Separa Perubatan U29 telah dikeluarkan secara rasmi di laman Facebook SPA. Adakah anda sudah bersedia menjawab soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan U29 pada 8 Mac 2016 nanti?

Anda calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan? Ada sesuatu yang istimewa khas untuk anda di sini:

KLIK: BACA PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN

contoh soalan peperiksaan online latihan separa perubatan u29
Risau takut tak lulus lagi exam online U29?

Tahniah jika anda salah seorang calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan U29. Mungkin ada yang tak sangka, masih mendapat peluang kedua, mungkin ketiga untuk menduduki exam online U29 ini. Ini namanya rezeki. Peluang dah sampai depan mata, berusahalah sebaik mungkin untuk ‘berperang’ untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan online U29 nanti.

Maklumat ringkas berkaitan Latihan Separa Perubatan U29

Maklumat ini diperolehi terus daripada Portal Rasmi SPA. Secara asasnya, 2 sesi kemasukan bagi jawatan Latihan Separa Perubatan sepanjang tahun iaitu kemasukan bulan Januari dan Julai. Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi peperiksaan secara online dan sesi temuduga. Calon yang berjaya dalam 2 sesi ini, akan layak untuk menjalani Latihan Separa Perubatan U29 dengan diberikan elaun sebanyak RM835.57 sehingga tamat latihan. Tempoh latihan adalah 3 tahun. Tempat latihan bergantung kepada bidang yang dijalani nanti. Anda boleh semak di portal rasmi SPA.

  • Contoh: Latihan Penolong Pegawai Perubatan.
contoh soalan peperiksaan online latihan separa perubatan
Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Bagi calon bertaraf Diploma, terdapat 10 bidang yang ditawarkan iaitu:

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Untuk maklumat lanjut berkaitan tugas dan deskripsi setiap bidang Latihan Separa Perubatan di atas, anda boleh terus melayari portal rasmi SPA.

Bagaimana cara nak lulus exam online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma?

Untuk lulus exam online u29 Latihan Separa Perubatan ini, apa yang penting ialah anda hanya buat 2 perkara di bawah:

  1. Bersedia mulai sekarang
  2. Bersedia untuk lulus exam online Latihan Separa Perubatan U29
  • Bersedia mulai sekarang. Anda jangan buat kerja ‘last minute’ untuk studi. Kerja ‘last minute’ selalunya hasil kurang bagus dan tidak menjadi. Saya sendiri laluinya dalams sesi peperiksaan online PTD yang lepas. Hasilnya, saya gagal! Saya tak nak anda juga bakal kecundang seperti saya.
  • Bersedia untuk lulus exam online U29. Inilah yang anda perlu fikirkan mulai dari sekarang. Jangan fikir susahnya soalan peperiksaan online. Mesti calon lain dah bersedia ‘kaw-kaw’ punya. Sentiasa positif walaupun anda pernah gagal dalam sesi peperiksaan Latihan Separa Perubatan sebelum ini. Itu dulu!

“Tips Percuma Exam Online Latihan Separa Perubatan”

Tips dan panduan serta contoh soalan di bawah hanyalah sekadar contoh soalan sahaja. Bukan soalan ramalan. Anda boleh jadikan contoh ini sebagai panduan untuk senang sikit nak baca apa nanti. Taklah terkial-kial nak baca semua benda. Boleh pengsan nak baca semua! Exam online U29 ni 1 jam 35 minit sahaja! So, jangan buang masa baca benda-benda yang agak mustahil untuk ditanya dalam sesi peperiksaan online nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan (AWAS! Ini bukan soalan ramalan, ianya hanya contoh soalan sahaja)

Contoh soalan Seksyen A

Contoh soalan #1. Apakah cara yang selamat bagi mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

Contoh Soalan#2.  Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

Contoh Soalan#3. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai senaman

A. Untuk penghidap tekanan darah tinggi, berhenti bersenam jika berasa sakit dada, sukar bernafas dan pening.
B. Teruskan senaman seperti biasa walau pun rasa sakit melanda kerana ianya hanya seketika sahaja.
C. Bagi penghidap diabetes, pakai kasut sarung yang selesa untuk elakkan kecederaan di kaki.
D. Jika anda seorang yang obes, kurangkan gerakan agresif yang boleh mencederakan otot.

Contoh Soalan#4. Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

Contoh Soalan#5.  Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

Contoh soalan #6 – #50 boleh di baca di sini –> 45 contoh soalan Seksyen A Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Contoh soalan Seksyen B Latihan Separa Perubatan

contoh soalan seksyen b exam online latihan separa perubatan
contoh soalan exam online latihan separa perubatan diploma
contoh soalan seksyen b exam online latihan separa perubatan u29
Nak lagi contoh soalan?

Ini sekadar beberapa contoh yang boleh saya kongsikan. Lagi contoh soalan Seksyen B peperiksaan online Separa Perubatan boleh di baca di sini –> ‘Lagi contoh soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan’

Saya harap, apa yang saya kongsikan ini dapat membantu calon peperiksaan online Latihan Separa Perubatan untuk lebih faham apa yang perlu dibaca dalam masa terdekat ini. Kalau anda nak rujukan pantas, saya sudi kongsikan panduan dan contoh soalan berikut untuk anda!

ANDA PERLUKAN PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA?

Isi kandungan panduan ini:

  • 20 Nota Ringkas – kami terangkan bab mana yang anda perlu fokus
  • Penerangan Format exam online Latihan Separa Perubatan
  • 200++ contoh soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan – ia bukan soalan sebenar, tapi hanya contoh soalan yang digubal khas oleh tim kami yang berpengalaman luas membantu calon exam online SPA sebelum ini.
  • Maklumat seksyen
  • Definasi jawatan

contoh soalan peperiksaan online separa perubatan u29 2020

EBOOK CONTOH SOALAN EXAM ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA U29

KLIK: DAPATKAN PANDUAN PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN SEKARANG.

contoh soalan peperiksaan separa perubatan u29Mereka berebut2 dapatkan panduan ni untuk lulus. Anda bagaimana?

Saya doakan anda lulus peperiksaan online Latihan Separa Perubatan!