Monday, August 30th, 2010 at
4:42 pm
Esok 31 Ogos
Satu hari yang dulunya penuh pengertian buat nenek moyang kita
Di bumi bertuah yang dulunya Malaya
Apa maknanya?
Esok 31 Ogos
Satu hari yang dulunya pejuang nusa agama dan bangsa
Bersatu sehati melaung MERDEKA tanda suatu kebebasan
Apa maknanya?
Baca selanjutnya…
Friday, August 27th, 2010 at
5:27 pm

- Nasi ayam penyet AP, Wangsa Walk
Bagaimana saya boleh tahu pasal nasi ayam penyet ni? Saya memang bukan orang Johor, malah jauh sekali beristerikan orang Johor mahupun Jawa. Ada kawan orang Johor kot? Memang ramai masa belajar dulu-dulu, tapi tak pernah sekali di bawakan juadah ayam penyet. Macam mana nak bawa, takkan nak bawak dari Johor nun jauh di selatan sana.
Jadi, mana saya tahu ayam penyet ni? Kisahnya bermula dalam 7 bulan dulu. Tahun 2009. Bulan Disember. Di UTM. Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Iyer betul! Pastinya di Seminat Smart Blogging Bro Rohaizad. Kesedapannya makin teringat bila baca Bro Rohaizad akan hasilkan ebooknya yang terkini. Apa kaitannya? ermmm..
Sejak dari tu, kalau ada kesempatan, saya bertemankan isteri tercinta akan cuba nasi ayam penyet, tapi bukan di Johor, hanya di Kuala Lumpur. Lokasi dulu di Wangsa Walk, di Wangsa Maju. Sedap tak? Ada rasa macam kat Johor tu ke?
Baca selanjutnya…
Wednesday, August 25th, 2010 at
12:04 pm
Salam Ramadahan.
Alhamdulillah. Sudah hampir separuh Ramadhan kita tempuhi. Bagaimana dengan solat tarawih kita? Bagaimana dengan puasa kita? Bagaimana dengan cara kita berbuka? Semua ini, hanya kita dan DIA saja yang lebih tahu. Sama-sama kita fikir dan renung-renungkan.
Alhamdulillah. Saya kongsikan satu video dari you tube ini untuk tatapan dan makanan jiwa kita yang sentiasa dahagakan makanan bersifat rohaniah sebegini. Satu video yang dirakamkan semasa khutbah Jumaat di Kulim, Kedah berkenaan satu peristiwa yang baru berlaku, dalam Bulan Ramadhan ini.
Peristiwa yang sama-sama kita boleh hayati betapa besarnya hidayah Allah itu. Ini videonya.
Baca selanjutnya…
Friday, August 20th, 2010 at
12:55 pm
Salam.

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda.
Firman Allah dalam Surah al-Ma’idah, ayat 48 yang bermaksud;
‘…..maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan….’
Atas sahutan Kalam suci Allah ini, saya ingin sekali berkongsi satu cara yang mudah untuk kita menambah saham akhirat kita. Apa yang saya kongsikan ini adalah bukanlah dari hasil saya, tapi hanyalah satu perkongsian yang dikira mungkin mampu memberatkan amal timbangan di hari perhintungan yang tiada apa lagi membantu kita selain amal soleh dan kebajikan.
Namun, saya amat tertarik dengan cerita kesungguhan seekor burung pipit yang berusaha memadamkan api yang cuba membakar Nabi Ibrahim as. dan kata-kata burung pipit;
Baca selanjutnya…
Thursday, August 19th, 2010 at
2:28 pm
Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung.
Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti saya ada jantung..hehe. Maka, sedikit pengalaman yang dikongsi Abah dalam mendepani sakit jantungnya, darah tingginya..kolesterolnya..dan sedikit pembacaan, saya rasa perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja yang mahu mencuba ubatan alternatif.
Kalau bercerita pasal ubat jantung (yang diambil di IJN), hati saya cukup pilu bila terkenangkan Abah yang terpaksa telan juga ubat-ubat ini. Bukan satu jenis, tapi kalau tak silap..ada dalam 6 atau 7 jenis ubat yang perlu diambil 3 kali sehari.
Oklah. Pernah dengar nama buah mahkota dewa?
Baca selanjutnya…