Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 untuk Lulus!
Kastam. Contoh Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 di bawah adalah tips untuk lulus Contoh Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17. Tips dan contoh soalan temuduga ini dikongsi oleh calon pembantu Penguasa Kastam yang menghadiri sesi temuduga W17 sendiri.

Untuk lulus temuduga pembantu Penguasa Kastam, anda perlu memahami dan memiliki ilmu untuk lulus temuduga W17. Perkongsian di bawah khas untuk anda, calon pembantu Penguasa Kastam sesi temuduga bulan Oktober/November. Mudah-mudahan, ianya mampu membantu anda untuk menjawab soalan temuduga dengan lancar dan yakin.
Panduan Lulus Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
Khas kepada calon W17 Pembantu Penguasa Kastam, pastikan anda membaca tips-tips mudah berikut untuk meningkatkan peluang anda lulus sesi temuduga nanti. Tips berikut nampak mudah, tapi jika anda amalkan, InsyaAllah mudah-mudahan anda akan menjadi salah seorang calon temuduga Pembantu Penguasa Kastam yang akan lulus nanti.
1. Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Temuduga Pembantu Penguasa Kastam
- Jawab soalan dengan tepat – Elakkan bercakap tentang perkara-perkara yang tidak berkaitan atau tiada kena mengena dengan soalan yang ditanya secara berlebihan atau keterlaluan. Contohnya jika ditanya tahap pendidikan, tak perlu ceritakan bermula dari TADIKA. Cukup sekadar tahap pendidikan tertinggi yang anda ada.
- Sentiasa memandang pada semua penemuduga – Jangan hanya fokus pada seorang penemuduga semasa menjawab soalan temuduga pembantu penguasa kastam w17.
- Elakkan mengalih topik perbincangan.
- Jangan memandang rendah kepada para penemuduga. Pastikan cara anda menjawab soalan seolah-olah anda tahu segala-galanya. Ia hanya akan menampakkan ke’ego’an anda semasa sesi temuduga pembantu penguasa kastam. Tak pasal-pasal, peluang untuk lulus menurun!
- Jangan sesekali sebut nama orang berpangkat besar semasa sesi temuduga w17. Mungkin penemuduga anggap anda nak gunakan kabel untuk lulus temuduga pembantu penguasa kastam. Hati-hati!
- Dihujung sesi temuduga, anda diberi peluang untuk bertanya. Sebolehnya elakkan bertanya soalan-soalan bersifat teknikal untuk menunjukkan anda tahu segala-galanya. Contoh soalan yang baik ialah seperti, “Apakah pihak syarikat ada menyediakan peluang kepada pekerja untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi?”
Ingat yer, tips-tips untuk mudah lulus temuduga w17 di atas nampak mudah tapi ramai calon yang cuai sehingga peluang untuk lulus temuduga pembantu penguasa kastam menjadi semakin rumit.
Calon yang bijak mengawal emosi dan berkeyakinan akan menonjol di mata para penemuduga. Mereka juga manusia seperti kita. Mereka tak kenal kita, mereka hanya melihat perwatakan kita. Mendengar butiran percakapan kita. Lenggok bahasa badan kita bakal menjadi perhatian dan penilaian penting samada calon layak lulus atas gagal temuduga!
Apa tugas seorang pembantu penguasa kastam w17?
Mungkin akan ada soalan ringkas berkaitan tugas seorang pembantu penguasa kastam. Tugas pembantu penguasa kastam ialah bertanggungjawab menjalankan peperiksaan ke atas barang-barang yang diimport / eksport, bagasi-bagasi penumpang yang keluar / masuk di pintu-pintu masuk negara, membuat imbangan daftar-daftar muatan, mengawal pergerakan barang-barang yang keluar/masuk kawasan-kawasan zon bebas, gudang pengilangan berlesen, gudang-gudang berkesan, kilang-kilang eksais, menjalankan tugas-tugas juruwang serta pungutan duti, menjalankan tugas-tugas pencegahan seperti pengintipan, serbuan, rondaan serta penggeledahan kapal/kenderaan dan membantu dalam tugas-tugas pentadbiran biasa.
Apa fungsi dan peranan JKDM?
Pastikan anda tahu serba sedikit fungsi utama dan peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Fungsi dan peranan JKDM yang perlu calon pembantu penguasa kastam kuasai ialah:
- Memungut Hasil Negara
Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi kenderaan.
- Memberi Fasilitasi Kepada Sektor Perdagangan Dan Perindustrian
JKDM telah memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.
- Memastikan Pematuhan Perundangan
JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan akta-akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan dan pihak yang berurusan dengannya.
Perlukan Nota tambahan, contoh soalan temuduga dan tips untuk lulus temuduga Pembantu Penguasa Kastam?
Sebenarnya banyak lagi yang hendak saya kongsikan. Untuk memudahkan anda, TimInfokerjaya telah menerbitkan satu panduan khas untuk calon temuduga pembantu penguasa kastam w17 untuk sesi Oktober/November.
Antara nota tambahan yang bakal didedahkan ialah;
Nota 46 : Fungsi Unit Analisis Dan Dasar Cukai
Nota 47 : Fungsi Unit Komitmen Antara Agensi
Nota 48 : ATA Carnet
Nota 49 : Definisi GST
Nota 59 : Tindakan Kerajaan Untuk Kelancaran CBP
Nota 60 : Kesan CBP Kepada Defisit Fiskal
Nota 61 : Usaha Kerajaan Untuk Menerangkan CBP
Jika anda benar-benar ingin selangkah didepan calon W17 yang lain, panduan temuduga W17 ini memang khas untuk anda!
Dapatkan di sini –> Panduan Lulus Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
Ini bukti calon peperiksaan kastam yang lepas yang telah mendapatkan panduan ini. Mereka Alhamdulillah telah lulus.
Anda bagaimana? Dapatkan sekarang panduan temuduga pembantu penguasa kastam w17. Buat persediaan sebaiknya. Saya doakan anda lulus temuduga w17 ini.
Dapatkan di sini –> Panduan Lulus Temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17
Info yang sangat bermanfaat.. sangat membantu calon yang bakal menghadapi temuduga untuk jawatan ini..
harap2 membantu calon temuduga pembantu penguasa kastam utk lulus nanti..
info sangat bermanfaat terimakasih
ramai yang mohon kastam walau pun kuotanya sangat terhad.
Ramai yg semakin minat utk mnjdi pegawai kastam.
contoh soalnya sangat bermanfaat
thanks untuk infonya,,salam kenal
lama tak singgah… alamak jualan pun dah tutup…
perkongsian yang berguna bg lepasan SPM/STPM, Diploma yg nak cari kerja gomen. terima kasih tuan..
dulu selalu gak dapat interview bahagian kastam. tapi belum ada rezeki lagi jawatan tetap. Terima kasih share artikel ni. Boleh cuba untuk next interview
Moga moga bisa membantu
Weeeh, ane malah baru tahu gan.. Thanks sudah bervagi
terimakasih contohnya,,