Lelaki menopaus: Wartawan pelatih dan Pak Din Bolognese…

Assalamua’laikum.

Alkisah. Ada seorang wartawan pelatih (nama terpaksa dirahsiakan) telahpun mendapat tugasan berkaitan lelaki menopaus. Kebetulan si wartawan pelatih balik ke kampungnya dan terus teringat kepada seorang lelaki tua yang punya banyak pengalaman iaitu Pak Din Bolognese. Boleh juga dia selitkan sedikit intipati dalam laporannya itu nanti.

Macam-macam soalan sudah dia sediakan untuk Pak Din. Lagipun, lama juga dia tak menjenguk orang tua ni sejak cerita Pak Din Bolognese disiarkan sebuah blog beberapa bulan lepas.

Di petang hari yang begitu damai, wartawan pelatih (WP) menemubual Pak Din Bolognese tentang isu ini.

WP: Assalamua’laikum Pak Din. Pak Din sihat?

Pak Din: Wa’alaikummussalam. Alhamdulillah. Sihat gitulah. Sihat orang tua…sihat guane sangat.

WP: Ok Pak Din. Kita straight to the point macam yang saya maklum dalam email hari tu yer…boleh Pak Din?

Pak Din: Boleh-boleh.

WP: Boleh Pak Din beri intro sikit pasal menopaus lelaki?

Pak Din: Mudoh jer, kalau orang puang (perempuan), kita biasa sebut menopaus, tapi orang laki ni lebih glamer kita sebut andropaus.

WP: Andropaus. Macam mana tu Pak Din?

Pak Din: Senang-senang. Gini, kalu dulu masa yer muda-muda, laki ni memang ada rasa ghairah tapi bila sapa (sampai) satu tahap ni, laki tadi mula rasa dok berapa nok ke bini yer (Yakni lelaki mula rasa kurang ghairah untuk bermesra-mesraan dengan pasangan)

WP: Ok, saya faham, tapi sebab apa Pak Din?

Pak Din: Mudoh nok jawab soklan ning. Kalu (kalau) ikut pengalamang nge hok (dengan apa) Pok Din baca, laki andropaus ni kurang hormon testosteron. Adik tau ke dok hormon ning?

WP: Mestilah tahu Pak Din. Saya ni pelajar sains. Ok Pak Din. Soalan seterusnya, apa sebab hormon testosteron ni boleh kurang?

Pak Din: Biasanya sebab doh makin tua. Makang dok wape nok jaga. Ada jugok kata, hisap rokok pong boleh wi (beri) kesang (kesan). Jadi, makang tu kena hok sihat, halal belaka. Kena jugok wak senamang (bersenam) sekali dua dalang (dalam) seminggu. Jangan dok mikir sangat (jangan terlampau tertekan) kalu ada problem.

WP: Soalan terakhir Pak Din. Ada ubat ke?

Pak Din: Ada. Setiap penyakit ade belake ubat kecuali mati. Jadi, benda hok Pok Din royat wi (cakap sebelumnya) tadi, itulah ubatnya. Kang orang Arab ada royat lebih kurang gini ” الوقاية خير من العلاج ” maksudnya mencegah itu lebih baik dari merawat. Dok gitu?

WP: Ok Pak Din. Terima kasih banyak-banyak atas kesudian Pak Din berkongsi ilmu dan pengalaman.

Pak Din: Sama-sama kasih. Bereh. Lagipun memang suka sangat kalu ade orang mari sining. Ade jugok temang (kawan) nok kecek (bercakap).

Sebelum wartawan pelatih meninggalkan teratak Pak Din, sempat dia bertanya satu soalan tambahan kepada Pak Din, “Pak Din ada masalah andropaus ke tak?”

Tiada jawapan daripada Pak Din. Wartawan pelatih terus berlalu sambil menjeling muka Pak Din yang kelihatan sedikit merah dan terkejut!

Patutlah masalah andropaus dikalangan lelaki lebih serius, payah rupanya nak jawab soalan ni!

® hafizmd – Pak Din cakap “main game kat smartphone camni” pun boleh hilangkan stress tau…

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.