Bola sepak:Keputusan terkini Malaysia vs Chelsea

Assalamua’laikum.

InsyaAllah, akan ada siaran langsung perlawanan persahabatan Malaysia vs Chelsea di Astro Arena malam ni. Akan dikemaskini juga keputusan terkini perlawanan Malaysia vs Chelsea.

Malaysia 0 vs Chelsea 1 (Drogba 80′)

Bagi aku, perlawanan ini yang paling aku nantikan. Kenapa? Kerana Chelsea memiliki barisan bintang yang cukup hebat di setiap posisi. Dari penjaga gol Peter Cech, John Terry, Lampard sehinggalah Drogba mahupun Torres. Kiranya pasukan yang cukup lengkap!

1 lagi kerana memang teruja habis skuad pilihan Malaysia kali ni. Mereka yang pernah manyarung jersi kebangsaan seperti Amri Yahyah, Hairuddin Omar, Farizal Marlias dan muka baru seperti Joseph Kalang. Cukup mengujakan.

Ulasan:

  • Dibenteng pertahanan, nampaknya kudrat pemain seperti Hafiz Zamani Misbah, Subramaniam (satu-satunya pemain yang bermain 90 minit) masih diperlukan.
  • Pemain muda nampak lebih agresif dan lebih banyak ‘idea’ terutamanya dalam separuh masa kedua (mungkin faktor keserasian)
  • Penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias bermain cukup cantik (mungkin boleh ganti Apek?)

® hafizmd – kita tunggu saja jm 8.4o malam ni. Malaysia Boleh!

hafizmd – kita tunggu saja malam ni, jam 8.40 malam….