Kuning Oh! Kuning…

Assalamua’laikum.

Salam siaran bertemakan warna kuning. Cuba bayangkan hidup kita hanya ada warna hitam dan putih saja ibarat menonton filem@drama hitam putih di tv. Apakah kita lebih seronok dan ceria? Semuanya hanya hitam dan putih.

Apa yang nak dikongsikan hari ni ialah pasal warna kuning. Kenapa kuning? Sebab banyak fakta menarik tentang kuning yang boleh dikongsikan bersama (bersumberkan wikipedia).

Kalau anda ada apa saja pasal kuning, ayuh kongsikan bersama. Kita tinjau dulu apa yang sempat direkodkan perihal kuning oh! kuning.

1. Bayi kuning – kita yang tinggal di Asia dilaporkan mudah kena jaundis@demam kuning. Penawar terbaik ialah susu ibu.

2. Najis bayi kuning – kuning pucat atau coklat kekuningan sebab minum susu formula dan baunya lebih tengik berbanding bayi minum susu ibu, najisnya lebih berbau manis!

3. Kuning telur – warnanya kuning sebab ada pigmen organik iaitu karotenoid.

4. Bekas kuning – kita isi satu bekas kuning dengan air dan hasilnya akan ada serangga yang akan terperangkap di dalamnya! Serangga tertarik dengan biasan warna kuning.

5. Kuning pada bintang & bulan Jalur Gemilangย  – warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

6. Otak kuning – seringkali dikaitkan dengan pemikiran yang kotor dan sinonim pula dengan otak biru!

7. Gigi kuning – maksudnya banyak. Kita makin tua? Kita memang dilahirkan bergigi kuning? Minum teh, kopi & air soda banyak sangat? Berkesan ke kalau guna Colgate Sensitive Pro Relief Whitening?

8. Kuning titan? – merujuk kepada 1 formula kimia yang digunakan untuk menentukan kandungan magnesium dalam serum dan urin. Pastinya tiada kaitan dengan blogger Titan

9. Kuning untuk BERSIH? – warna yang digunakan oleh NGO dalam perhimpunan BERSIH 9 Julai.

10. Kuning itu penakut? – Melambangkan warna untuk si ‘penakut’ di negara orang putih.

11. Warna-warna kuning – kuning tua (orang Terengganu sebut kuning bata), kuning air, kuning langsat, kuning gading, kuning muda. Apa lagi?

12. Abang Koning – anak sulung kepada blogger Akubiomed.

13. Najis kuning – menggambarkan si pembuangnya sihat berbanding mereka yang menghasilkan najis berwarna hitam@merah!

14. Kuning kenderaan – teksi dan bas banyak yang warna kuning. Sebabnya lebih jelas dari jauh. Betul tak?

15. Loghat ‘kunin’? – kalau tak silaplah, mereka di sebelah utara menyebut kuning itu ‘kunin’. Betul ke?

Oklah. Itu saja yang sempat dikongsikan dan difikirkan. Kalau nak tambah, silakan yer.

ยฎ hafizmd – suka warna putih macam seragam pakcik polis ni