Bola sepak: Lelaki, perempuan dan dot dot

Assalamua’laikum.

Masih demam bola? Bagi aku, jawapannya pasti YES!

Kalau setiap hari ada perlawanan skuad Malaysia, setiap hari jugalah aku akan tonton perlawanan tu (kalau ada siaran langsunglah…hehe). Nampak sangat minat bola walaupun tak reti sangat main bola.

Ironinya, ada juga lelaki type A yang langsung tak minat bola, dan dalam masa yang sama, mesti ada lelaki type B yang tak faham kenapa ada lelaki seperti type A yang tak minat bola. Ianya seolah-olah lelaki dan bola tak dapat dipisahkan seperti pisang dan jantung pisang?

Sebaliknya…

Ada juga wanita type C yang memang langsung tak minat bola, dalam masa yang sama wanita type C tadi memang agak sukar untuk memahami lelaki type B dan mungkin juga lebih mendambakan lelaki type A. Wanita type C dan lelaki type A ibarat ikan sama ikan, burung sama burung?

Jangan terkejut sebab wanita sekarang ada juga type D yakni yang sukakan sukan bola (faktor kehenseman pemain tidak dikira dalam kes ini) dan sudah tentu lelaki type B mungkin pula mendambakan wanita type D ini dan mereka boleh diibaratkan seperti nasi dagang dan ikan tongkol?

Jadi, andai anda sudah berkahwin, pasangan anda type yang mana? Apakah sama minatnya? Atau anda hanya sekadar peneman di saat 10 minit pertama?

Jika pasangan anda punya minat yang sama (contoh: minat sukan bola sepak) tapi berlainan pula pasukan yang diminati, apakah akan ada ‘pergeseran’ seperti blogger Ladfeamir ceritakan?: Boleh baca sini

® hafizmd – hairan bila ramai yang pertikaikan semangat patriotik kita atas dasar warna baju yang dipakai semata-mata…

p/s – Apakah kes sebegini juga termasuk dalam maksud sekufu?

 

 

 

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.