Browsing articles in "Motivasi"
Apr 26, 2011

Misteri kebun Pak Din dan ganjaran USD 1…

Bahagian 1 – Pak Din Bolognese

(Ada teka-teki dihujung entri dan hadiahnya 1 USD terus ke Paypal)

************************************

Pak Din yang tertidur semasa leka menulis senarai panjang buah-buahan yang ditanam dikebunnya, kini semakin jelas tentang mimpi “….kita bako, kita bako…”.

Apa yang jelas dalam mimpinya sepanjang 20 minit itu, Pak Din pasti yang semua pokok buah dikebunnya habis hangus musnah dijilat api.

Pak Din sedar dari tidurnya bila kedengaran sayup-sayup laungan azan Maghrib. Pak Din bingkas bangun, membersihkan diri dan menunaikan kewajipan seorang hamba kepada Yang Maha Pemilik langit dan bumi serta segala isinya.

Usai segala kewajipan dan makan malam, Pak Din teringat pesan arwah bininya “Abe Din, dok molek tido dekat-dekat Maghrib ning, kang mule mimpi pelik-pelik kekgi…” (terjemahan: “Abang Din, tak elok tidur waktu dah nak Maghrib ni, nanti mulalah mimpi yang pelik-pelik…”

Pak Din memang cukup ingat pesan arwah isterinya ini. Teringat mimpinya petang tadi, Pak Din rasa gusar dan tak sedap hati. Kalau diikutkan, mahu saja dia meredah gelap malam untuk ke kebunnya. Memikirkan banyak kali juga dia terdengar ngauman pak belang, kecut juga hati jantan Pak Din.

“Dakpe ah…esok jerlah aku gi kebong…lagi pong, malang dok ohh lalu doh ning…” (terjemahan: “Tak mengapalah, lagipun dah malam sangat ni, esok saja aku ke kebun…” )

Kali ini, Pak Din tidur nyenyak tanpa gangguan mimpi ngeri lagi. Pagi-pagi lagi Pak Din sudah tercongok depan kebunnya. Pak Din keras membatu, terdiam seribu bahasa, kaku tak bergerak. Luluh hati Pak Din…

Nak baca sampai habis »

Apr 5, 2011

Blogger wanita mula tunjuk belang…

Tunjuk belang? Siapa mereka? Mereka? Bunyinya macam lebih dari seorang! Iya, betul….

Kalau dulu, agak jarang blogger wanita yang berjaya menghuni jurukomen paling mesra (selain Puan Suri) di blog ini, tapi kini tidak lagi. Dengan kemunculan blogger-blogger wanita ini, kehadiran mereka semakin memberi saingan dan tarikan yang tersendiri. Betul tak?

Untuk kali pertama di blog ini, 3 tempat teratas untuk jurukomen paling mesra bulan Mac dimonopoli oleh 3 orang blogger wanita. Tiada hadiah besar-besaran untuk kamu semua, hanyalah ucapan terima kasih dan talian silaturrahim saya hulurkan beserta banner terkini yang ringkas saja.

Siapa 3 blogger wanita yang mula ‘tunjuk belang’?

Nak baca sampai habis »

Mar 18, 2011

Percayakah anda pada kad super ajaib ini?

Assalamua’laikum.

Moga semua rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Macam mana tidur malam tadi? Lena tak? Ke masih rasa mengantuk? Lesu? Kalau dah satu malam mengadap laptop, memanglah mata kita dan minda juga penat. Ubatnya tak lain tak bukan ialah tidur yang cukup dan berkualiti.

Baiklah. Ada sesiapa yang selalu atau jenguk blog Aididleaks? Blog Bro Aidid ni pada saya dah jadi macam satu fenomena. Ada saja MLM-SP yang dibongkarkan oleh beliau. Antara yang paling panas dan mendapat perhatian ialah gelang AC Mizal.

Semalam, sempat juga jenguk blog beliau dan yang paling menarik perhatian saya ialah satu jenis kad yang ditawarkan oleh satu program ni. Memang cukup ajaib kad ni. Tak percaya? Tengok snippet gambar di bawah dulu…

Nak baca sampai habis »

Feb 20, 2011

Kesudahan Pok De dan cicak tokeknya…

Bahagian pertama: Pok De dan cicak tokek

********************

Rutin harian Pok De benar-benar berubah. Saban hari mencari makanan bergizi seimbang untuk  cicak tokeknya. Cengkerik, ulat, serangga…semuanya disediakan penuh perhatian…tak lebih tak kurang. Kadang-kadang, Pok De sendiri kurang makan.

Pagi itu, seperti biasa..Pok De bersarapankan nasi lemak di warung berhampiran rumahnya. Ada rakan-rakan Pok De yang menjuih mulut bila saja Pok De membuka cerita pasal cicak tokeknya. Kawan-kawan Pok De bukan berdengki, jauh sekali iri hati…tapi kesian tengokkan kesetiaan dan kesungguhan Pok De pada sesuatu yang belum sahih dan pasti.

Kali ini, Pok De sudah bersedia. Pagi itu, semuanya tergamam bilamana Pok De tunjukkan dua bukti yang diharapnya mampu menutup mulut ‘busuk’ rakan-rakannya itu…

Nak baca sampai habis »

Feb 4, 2011

Review Januari sambil jaga anak isteri…

Lokasi: Sungai Sintok, Pulau Pinang

"gambar sawah yang cantik hijau"

Review ringkas ini dibuat sambil mata melirik-lirik kepada Hariz yang baru saja dicukur rambutnya pagi tadi. Kesempatan masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin. Anak kecil yang baru berusia 12 hari sedang nyenyak tidur. Kakaknya pula sudahpun di’angkut’ oleh adik ipar dibawa berjalan-jalan. Tinggallah saya dan isteri (yang juga sedang leka dengan laptop kesayangannya…hehe).

Jumlah pengunjung unik ke blog ini pada bulan Januari hanyalah 3,256 sahaja. Tidaklah begitu ramai memandangkan tuan empunya blog tidaklah begitu pandai bermain SEO dan bermain kata. Dengan jumlah yang sedikit ini, saya masih lagi bersyukur sebab masih ada teman-teman blogger yang sudi singgah dan meninggalkan komen sepatah dua. Itu sudah cukup menghibur dan memotivasikan diri.

Okay, seperti biasa, 20 teman blogger paling mesra untuk permulaan bulan Januari 2011 ialah;

Nak baca sampai habis »

Pages:«1...567891011...17»

Papan Iklan


Kategori Entri