Secangkir prestasi, segenggam motivasi…

Sepatutnya, bulan Ogos juga ada sikit sisipan prestasi semasa…namun aku dengan tak sengajanya, tak buat apa-apa cungkilan untuk merungkai prestasi aku untuk bulan Ogos..maaf yer..

Untuk bulan September yang baru saja berlalu, aku gagahkan juga tangan menaip serba sedikit prestasi semasa sebagai tepung penaik motivasi dan untuk melihat sejauh mana aku konsisten dalam arena blogging ni. Namun, yang lebih penting, sebagai medium untuk aku ucapkan terima kasih pada kamu semua….yang sokmo-sokmo tinggal komen, yang selesa jadi pembaca diam, yang singgah jap kat shoutbox dan pada pencari-pencari maklumat semua. Tanpa kamu semua, blog ni sunyi ibarat rumah tak berpenghuni (huuuuu….). Terima kasih yer šŸ˜€

Ok. Aku mulakan dengan…

1. 10 tukang komen tegar yang sokmo-sokmo rajin mengomen di sini.

  1. "pengomel tegar bulan september" Suri
  2. Lowongan kerja
  3. Fiezaradzi
  4. Zezebel
  5. Dedoku
  6. Zik
  7. Sir Marcello
  8. Aktechpage.com
  9. Etomyam
  10. Hanif

Terima kasih pada semua yang sudi tinggalkan komen walaupun aku hanya boleh senaraikan 10 saja tapi nyatanya, komen dan sumbangan kamu semua memang sangat-sangat aku hargai. Jadi, untuk 3 yang teratas akan aku tampalkan banner blog kamu selama sebulan di sebelah kanan yer…

2. Bilangan pengunjung

"prestasi blog panas sepanjang bulan" Untuk bulan September, bilangan Unique Visitor ialah 3157. Jadi, peningkatan dari bulan sebelumnya tidaklah begitu ketara dan boombastik. Ini maksudnya, aku kena lebihkan usaha untuk menambah bilangan pengunjung. Bagaimana? erm….mungkin aku perlu tulis pasal gosip artis dan berita hiburan? oooooh! tidak….cukuplah dengan yang dah ada tu…hehehe

3. Ranking Alexa

"cara nak check ranking alexa blog sendiri" Alexa? Yang aku perasan, makin banyak aku update…makin cepat nombor tu turun. Maka, selepas laporan prestasi Julai, penurunan Alexa memang menunjukkan perubahan yang positif ditambah sedikit kerajinan aku join contest Nuffnang-DiGi tu. Yang aku sedang cuba usahakan macam mana lagi nak tambah “sites linking in” tu…sesiapa boleh tolong tunjuk ajar tak?hehe…

4. Lima entri paling banyak dibaca

  1. Kahwin muda – Antara kebaikan dan keburukan : 453 views
  2. Kamu ada blog? Kenapa sayang blog kamu? : 211 views
  3. 9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya : 210 views
  4. Nasi ayam penyet kini di Gombak : 194 views
  5. Lagu raya dan tol percuma : 175 views

5. Beberapa keyword yang masuk

Ada beberapa carian yang masuk ke blog ini yang aku fikir-fikir, boleh juga dibuat idea bila ketandusan idea nanti. Contohnya;

  1. Macam mana nak renovate kedai – agaknya tengah cari idea nak ubahsuai kedai kot!
  2. Saya sayang kamu tetapi kamu tidak sayang saya – frust bercinta agaknya?
  3. Cara pemakanan tokek – tokek tu ape yer?
  4. Tips dapatkan mc palsu – ini pun ada orang tulis ke? hohoho..

Secara keseluruhannya, aku rasakan yang aku perlu lipat gandakan usaha untuk mencapai Alexa bawah 500k dalam masa yang terdekat. Kalau sekarang, aku hanya mampu tulis 2 entri seminggu, sekurang-kurangnya aku perlu gandakannya menjadi 4 entri seminggu.

Akhirnya, terima kasih sekali lagi pada kamu semua yang sudi singgah di blog ini. Tanpa anda, blog ini tiada serinya.

Ā® hafizmd – blog ini dan blog Pn. Fiezaradzi akan muncul dengan satu contest dengan hadiah terkumpul sebanyak RM jeng jeng jeng….hehehe

16 comments

  1. Contest apakah itu?
    tokek itu spesis cicak, tp lagi bernilai dari cicak..
    berat tokek yg 400 gram berharga rm500K.
    dapat jual sekor, kaya lah.. šŸ™‚
    .-= AzuanĀ“s last blog ..Download Drama Chinta Akasia TV3 =-.

    1. @Azuan, wooooww! 400g=500k? ini lagi mahall dari emas ni! mane nak cari si tokek ni? dapat 10 ekor..jutawan segera den..hehe

      kontest?adelah sikit…yg sempoi2 jer šŸ˜€
      .-= hafizmdĀ“s last blog ..Secangkir prestasi- segenggam motivasiā€¦ =-.

      1. @hafizmd, a’ah bro.. mmg itu harganya.. kalau 1000gram dan keatas, paling minimum 6 juta, then kita yg offers harga.. hehe.. aku pun x tau nak cari mana, tp kalau kt rumah lama2 maybe ada kot.. dpt sekor yg besar pun dah blh jadi jutawan.. hehe..
        .-= AzuanĀ“s last blog ..Download Drama Chinta Akasia TV3 =-.

        1. oooo..aku rase aku pernah jumpe..tak silap aku, orang tua2 panggil ‘penjaga rumah’…memang besar cicak ni..

          uish..silap haribulan…ade jugak p redah rumah lama2…cari tokek sekor dua…hehe

  2. waa terima kasih ya.. sudah dapat prestasi ni.. hehehe
    .-= lowongan pekerjaanĀ“s last blog ..Industrial Engineering Staff Vacancy Balaraja Tangerang =-.

  3. sama la kita ranking alexa antara 600 000
    salah satu cara nak up traffik adalah blogwalking
    .-= WanĀ“s last blog ..Denyut Kasih Medik =-.

  4. bulan lepas memang ramai juga yang kurang aktif blogging atau online.. busy raya agaknya..
    tapi yang bagus tu.. ada juga cicak tokek singgah di blog ni.. šŸ˜€
    .-= kulanzĀ“s last blog ..Permohonan ke Matrikulasi sesi 2011-2012 =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *