9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya…

"tip ubat cegah sakit perut buang air kecil"Dalam duk kusyuk baca entri blogger yang terkentut di Blog Khairolghani, terus jer dapat idea nak tulis entri ni. Mana tahu, ada blogger yang masuk acara kendalian Bro Ijad ni, masih lagi dalam keadaan trauma dek kerana ‘kekincitan’ dan ‘kekentutan’ yang tidak disengajakan mahupun disengajakan. Jadinya, entri ni khas untuk mereka-mereka yang masih lagi mencari tips dan cara untuk elak ke tandas dengan kadar kekerapan yang tinggi.

Ingat yer..tips ini hanya sah jika anda masih lagi dalam keadaan terkawal. Andaikata sudah dalam keadaan di luar kawalan, sila ambil mana-mana tips yang berkaitan sahaja. 9 tips ini juga sesuai buat sesiapa saja yang sering ke tandas kerana ada masalah buang air kecil.

1. Catat jenis makanan dan minuman yang kita ambil

Penting untuk kita kenalpasti makanan @ minuman yang sebabkan kita kerap ke tandas. Paling kurang, ingat apa yang kita minum/makan dalam jangkamasa 2 hari yang lalu. Senang untuk kita kenalpasti apa puncanya. Kadang-kadang puncanya mungkin kerana alahan pada makanan/minuman. Senang sikit kerja doktor nak bagi preskripsinya nanti.

2. Perhati jumlah cairan yang kita ambil

Senang cerita, kita minum ikut kadar kapasiti tubuh kita. Katakan kita bertubuh besar, mungkin cadangan 8 gelas air sehari tidak cukup, maka pandai-pandailah kita adjust kapasiti sesuai cairan yang masuk. Jenis cairan pula, bukan setakat air masak saja, bahkan sup, jus buah, air isotonik juga sesuai. Pastikan ia sesuai dengan keadaan anda.

3. Jauh sikit dari kafein

Mesti anda perasan, kalau kita minum nescafe contohnya..pasti kadar kekerapan kita ke tandas akan bertambah. Betul? Jadi, kalau boleh, elakkan minum kafein yang berlebihan. Sekali-sekala apa salahnya.

4. Makan makanan tinggi serat

Amalkan makan makanan tinggi serat seperti oat, buah-buahan. Ia dapat melancarkan sistem pencernaan kita. “Kerja” di tandas pun jadi lebih lancar!

5. Jaga berat badan kita

Nak atau tak, kena juga jaga berat badan supaya tak terlebih berat. Sesuai sangat dengan bulan puasa ni, kita cuba kurangkan berat badan. InsyaAllah, perut yang sihat mendatangkan minda yang lebih cerdas!

6. Bawa spare seluar ‘kecik’

Ini ditakuti kita sudah di fasa luar kawalan. Mana tahu, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Paling tidak, ada juga sparepart yang kita bawa.

7. Pakai tuala wanita!

Bagi wanita, kalau takut sesuatu perkara yang mungkin tidak diingini berlaku, mungkin boleh pakai tuala wanita sebagai langkah keselamatan. Lelaki? Kalau nak pakai juga, terserahlah!

8. Tahu tandas terdekat

Yang ni penting. Pastikan kita tahu lokasi tandas yang terdekat. Senang nak cekau bila ada kecemasan. Tak pasal-pasal nanti..

9. Cari backup team

Jangan malu untuk berkongsi masalah dengan ahli keluarga/kawan rapat mahupun doktor. InsyaAllah, pasti mereka akan beri sokongan. Mana tahu, mereka pun ada masalah yang sama!

Jadi, kalau sesiapa yang sedang sakit perut sebab banyak sangat tibai masa buka puasa tadi, boleh juga ambil iktibar mana-mana yang patut. Harus diingat juga, sama-sama kita juga pemakanan kita bila tiba Hari Raya nanti.

® hafizmd – belum pernah sakit perut lebih dari 1 hari..alhamdulillah