Esok cuti! Apa maknanya?

Esok 31 Ogos

Satu hari yang dulunya penuh pengertian buat nenek moyang kita

Di bumi bertuah yang dulunya Malaya

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos

Satu hari yang dulunya pejuang nusa agama dan bangsa

Bersatu sehati melaung MERDEKA tanda suatu kebebasan

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos

Satu hari yang pasti terus terbenam kukuh di sanubari nenek moyang kita

Satu hari yang mampu menerbitkan sejuta cerita suka duka

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari penuh makna buat kita

Di bumi bertuah Malaysia

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari yang tak semua tahu apa erti sebenarnya MERDEKA itu

Apa maknanya?

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari yang mungkin tak diendah oleh kita yang lebih suka bertelagah sesama sendiri

Satu hari yang tiada beza dengan hari-hari lain

Satu hari yang langsung tiada penyesalan atas sebarang kekusutan ummah yang membelit leher saudara sendiri

Satu hari yang tiada bezanya andai hanya dipenuhi dengan teriakan kosong tanpa roh sejati di sanubari

Esok 31 Ogos 2010

Satu hari yang mesti kita hargai

Satu hari yang tak mungkin lagi kita kecapi andai tiada jati diri

Satu hari yang tiada maknanya andai diri sendiri tiada mengerti jerit perih pejuang pertiwi

Satu hari yang akan dihabis sepi andai tiada pengisian beerti

Esok 31 Ogos 2010

Biarlah ia menjadi satu hari yang penuh beerti

Walau tiada Jalur Gemilang megah di sisi

Ia tetap terpahat kukuh di hati

Kerna di mana bumi dipijak

Di situ langitnya kita junjung

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

® hafizmd – Salam Merdeka buat korang semua!