9 tips untuk blogger yang sakit perut dan sama waktu dengannya…

"tip ubat cegah sakit perut buang air kecil" Dalam duk kusyuk baca entri blogger yang terkentut di Blog Khairolghani, terus jer dapat idea nak tulis entri ni. Mana tahu, ada blogger yang masuk acara kendalian Bro Ijad ni, masih lagi dalam keadaan trauma dek kerana ‘kekincitan’ dan ‘kekentutan’ yang tidak disengajakan mahupun disengajakan. Jadinya, entri ni khas untuk mereka-mereka yang masih lagi mencari tips dan cara untuk elak ke tandas dengan kadar kekerapan yang tinggi.

Ingat yer..tips ini hanya sah jika anda masih lagi dalam keadaan terkawal. Andaikata sudah dalam keadaan di luar kawalan, sila ambil mana-mana tips yang berkaitan sahaja. 9 tips ini juga sesuai buat sesiapa saja yang sering ke tandas kerana ada masalah buang air kecil.

1. Catat jenis makanan dan minuman yang kita ambil

Penting untuk kita kenalpasti makanan @ minuman yang sebabkan kita kerap ke tandas. Paling kurang, ingat apa yang kita minum/makan dalam jangkamasa 2 hari yang lalu. Senang untuk kita kenalpasti apa puncanya. Kadang-kadang puncanya mungkin kerana alahan pada makanan/minuman. Senang sikit kerja doktor nak bagi preskripsinya nanti.

2. Perhati jumlah cairan yang kita ambil

Senang cerita, kita minum ikut kadar kapasiti tubuh kita. Katakan kita bertubuh besar, mungkin cadangan 8 gelas air sehari tidak cukup, maka pandai-pandailah kita adjust kapasiti sesuai cairan yang masuk. Jenis cairan pula, bukan setakat air masak saja, bahkan sup, jus buah, air isotonik juga sesuai. Pastikan ia sesuai dengan keadaan anda.

3. Jauh sikit dari kafein

Mesti anda perasan, kalau kita minum nescafe contohnya..pasti kadar kekerapan kita ke tandas akan bertambah. Betul? Jadi, kalau boleh, elakkan minum kafein yang berlebihan. Sekali-sekala apa salahnya.

4. Makan makanan tinggi serat

Amalkan makan makanan tinggi serat seperti oat, buah-buahan. Ia dapat melancarkan sistem pencernaan kita. “Kerja” di tandas pun jadi lebih lancar!

5. Jaga berat badan kita

Nak atau tak, kena juga jaga berat badan supaya tak terlebih berat. Sesuai sangat dengan bulan puasa ni, kita cuba kurangkan berat badan. InsyaAllah, perut yang sihat mendatangkan minda yang lebih cerdas!

6. Bawa spare seluar ‘kecik’

Ini ditakuti kita sudah di fasa luar kawalan. Mana tahu, tiada kejadian tidak diingini berlaku. Paling tidak, ada juga sparepart yang kita bawa.

7. Pakai tuala wanita!

Bagi wanita, kalau takut sesuatu perkara yang mungkin tidak diingini berlaku, mungkin boleh pakai tuala wanita sebagai langkah keselamatan. Lelaki? Kalau nak pakai juga, terserahlah!

8. Tahu tandas terdekat

Yang ni penting. Pastikan kita tahu lokasi tandas yang terdekat. Senang nak cekau bila ada kecemasan. Tak pasal-pasal nanti..

9. Cari backup team

Jangan malu untuk berkongsi masalah dengan ahli keluarga/kawan rapat mahupun doktor. InsyaAllah, pasti mereka akan beri sokongan. Mana tahu, mereka pun ada masalah yang sama!

Jadi, kalau sesiapa yang sedang sakit perut sebab banyak sangat tibai masa buka puasa tadi, boleh juga ambil iktibar mana-mana yang patut. Harus diingat juga, sama-sama kita juga pemakanan kita bila tiba Hari Raya nanti.

® hafizmd – belum pernah sakit perut lebih dari 1 hari..alhamdulillah

36 comments

  1. haha..bagus..ada tips yg berguna..selalu kalau sakit perut sebab tak leh membuang,mesti pekena nescafe..confirm laju je ke toilet..

  2. hahaha, pakai tuala wanita…belum pernah cuba lagi neh 😀
    .-= etomyam´s last blog ..Rombakan Kursus Pegawai Tadbir Diplomatik PTD =-.

  3. terbaik bro tips ni..siap pakai tuala wanita..boleh pinjam ke?haahah.
    aku dlm bulan puasa ni pernah skli sakit prt…sampai 13 kali dlm sari tu ulang alik tandas..huhu

  4. Hahahahahaha…. tergelak kejap tadi baca pasal tuala wanita. Ingatkan nak bagi tips tu untuk lelaki. Mana dapat idea tuala wanita ni untuk sakit perut? marah semua wanita kat luar sana karang.
    .-= zezebel´s last blog ..Gecko tokay tokek price =-.

    1. hehehe…maaf yer kalau ade yg terase 😀 tp mmg tips ni boleh pakai..kalau terdesak sgtlah..sbb ade yg jenis buang air kecil tanpa kawalan tuh..lehla try tips ni..mana tau berguna time2 kritikal..:D

  5. penah trjadi kat ak msa skolah rendah dlu.. ak pnyala tk tahan nk buang aiq besaq.. pastu cikgu tknak bg.. bkali2 ak mintak, cikgu2!! tak tahan nih!.. cikgu muka selamba ckp.. rrr.. xleh2..
    pastu.. apelagi.. trbuang ak kt situ, dia igat aku ni main2.. ambik nak sgt.. tkjut dia! huhu.. itula stakat ni yg ak igt..
    .-= diden´s last blog ..Kad Hari Raya – E-kad dari seniaku =-.

  6. Pingback: Secangkir prestasi, segenggam motivasi |Prestasi blog Bulan September | hafizmohd.com
  7. nie p0n kira ptua gak la.. klaw kta asyik kuar msuk tndas tpi hajat kta tue tak juga kuar2 ,amek je segenggam garam n tabur kn dlm t0ilet 2,k0mp0m semua hajat dpt di kuar kn sebab kta kn tak ble teng0k benda2 halus yg kat dlm t0ilet 2..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *