5 perkara nak kena ingat bila tiba hari raya..

Semua dah fikir nak balik kampung ke? Bagi sesiapa yang ada 2 kampung macam saya ni, dah mula boleh buat sikit planning untuk pulang ke kampung. Tahun ni tahun giliran beraya di kampung saya di Terengganu. InsyaAllah, hari raya ke-3 atau ke-4, pulang pula beraya ke kampung isteri di Pulau Pinang. Dari Barat ke Timur, kemudian ke Utara, kemudian dari utara kembali ke Barat. Hampir lengkapkan travel kami?hehehe…

Tiap kali balik kampung, terutamanya time raya..ada beberapa perkara yang biasanya akan saya perhatikan. Perkara ni bukanlah nampak besar sangat pun, tapi kalau tak ditangani dengan baik…mungkin boleh memberi kesan yang cukup buruk pada mental dan fizikal. Antara benda yang selalu berlegar dalam kepala saya (dan mungkin juga kepala anda!) ialah..

1. Tahap kesesakan waktu memandu nanti.

Kalau diikutkan tahun-tahun sudah, biasanya kalau balik ke Terengganu..ada beberapa tempat yang tahap jemnya boleh tahan juga dan sudah pasti salah satu tempat ialah bila tiba kat tol. Biasalah, lorong tunai mesti beratur tahap petala langit. Jadi, saya biasanya akan topup siap-siap kad touch n go supaya senang dan cepat urusan bayarannya. Kalau tak guna kad ni, memang melekat jugaklah kat tol!

Itu balik ke Terengganu, bila balik ke Penang pulak melalui Kelantan…ada satu tempat tu..kalau tak silap kawasan simpang Tanah Merah kot…tiap-tiap tahun..paling tidak..mesti 1-2 kilometer lebih sesaknya. Bayangkan bila guna kereta lama yang cluth berat sikit..adeh…lenguhnye lutut! Itu tak termasuk sakit mata lagi..spesis yang suka cilok sebelah kiri jalan!

2. Giliran raya tahun ni.

Yang ni Alhamdulillah..setakat ni tiada masalah dan tiada sebarang perkara berbangkit antara kedua-dua belah pihak..sebabnya memang dah set giliran tiap-tiap tahun. Lagipun, keluarga mertua juga dah jadi keluarga sendiri. Terengganu atau Penang..semuanya keluarga saya! Apa yang penting? Kerjasama! Pandai pun…hehe

3. Nak servis kereta.

Kebetulan pulak raya tahun ni tak perlu buat major servis. Kalau tak, naya juga poket ni. Nak harapkan nuffnang..belum cukup nak bayar duit minyak motorpun..hehe…tapi jangan lupa check juga yang lain-lain (angin tayar, lampu brek dan signal segala macam tuh, alatan kecemasan, dll).

4. Keselamatan rumah.

Perkara ni memang saya ambil berat. Paling kurang saya akan bagitahu jiran sebelah kanan saya (kenapa bukan kiri? sebab dia Indian & biasanya lambat balik kampung). InsyaAllah dia akan tolong tengokkan rumah. Sebab tu, masa pilih lokasi rumah 2 tahun lepas, muka jiran sebelahpun kami tengok sekali. Biasanya akan kepala tong gas akan dicabut, mana-mana perkakas elektrik diunplugkan. Lagi cantik, bagitahu pada balai polis yang berhampiran.

5. Baju raya.

Kenapa yang ni last sekali ek? Sebabnya saya memang culas sikit bab-bab baju raya sendiri ni. Ingat tahun ni tak nak beli baju melayu, tapi si isteri cakap “kalau abang sayang tak nak beli, sayang pun taknak pakai jubah tu…”isk…tak leh jadi ni..kena beli jugak demi isteri tercinta. Maka tahun ni, kami bertiga sedondong warna yang sama. Bestkan? Ada orang tukang pujuk beli baju..hehe..

Itu antara perkara yang biasanya secara automatik akan menyelinap masuk ke minda bila puasa dah nak habis. Saya pasti ada banyak lagi perkara lain dan apa kata anda yang tambah di ruangan komen di bawah…hohoho..

® hafizmd – Sedar atau tak, Ramadhan sudahpun berada di penghujungnya. Hanya tinggal lebih kurang seminggu saja lagi yang tinggal untuk kita sama-sama merebut ganjaran bonus paling besar yang ditawarkan DIA buat kita hambanya. Lebih besar dari ganjaran mahupun mana-mana bonus yang ditawarkan oleh sesiapa pun.